"Junghyun, awak buat apa dekat sini?
Dah malam. Awak kan duduk dengan keluarga awak." Bimbang benar Yeonju.

"Saya tidur sini malam ni. Baju saya ada dekat sini kan?" Junghyun menarik Yeonju dekat dengannya. Yeonju menyandarkan kepala pada bahu Junghyun.

"Awak datang sini kalau nenek awak tahu macam mana?" Yeonju mengetap bibir. Junghyun hanya berdehem malas.

"Pandailah saya jawab nanti." Balas Junghyun acuh tak acuh.

Junghyun bermain dengan tangan Yeonju. "Saya rindu awak Yeon. Awak tak rindu saya?" Sisi kepala Yeonju dikucup.

"Saya rindu awak juga, Hyun." Balas Yeonju perlahan. Cukup Junghyun dengari. Pipi Yeonju diusap-usap.

"Appa, eomma sihat? Jungkook sihat?" Yeonju mula bertanya khabar.

"Sihat semua sihat. Jungkook macam biasa sibuk dengan university taknak langsung jejak rumah. Baru-baru ni Jungkook ada perang mulut dengan halmeoni and I'm guess.. Jungkook bersama kembali dengan kekasih dia yang halmeoni bantah tu. Likes me but we're hiding." Junghyun tergelak dihujung ayat.

Junghyun masak sangat dengan perangai Jungkook. Dia cakap dia nak, dia buat dan dapat. Dia cakap dia benci dia benci. Benci jika neneknya itu terus menerus mengongkong hidupnya.

"Dan apa yang mengejutkan, Jungkook duduk dengan kekasih dia tanpa pengetahuan halmeoni. That'll be big war." Junghyun senyum nipis. Adiknya itu sahaja yang berani nak perang mulut dengan orang tua itu.

Yeonju yang mendengar hanya senyum.

"Jungkook dia keras kepala tak macam saya yang ikut cakap halmeoni. " Junghyun senyum tawar. Teringat semasa dia terpaksa melepaskan Yeonju. Menyakiti wanita itu dengan ayatnya.

"Semua orang ada personaliti yang berbeza. It's okay Hyun." Yeonju menepuk peha Junghyun.

"Sayang dah makan?" Topik diubah lagi. Junghyun memandang Yeonju.

Yeonju mengikat rambutnya yang serabai.

"Baru nak masak. Kenapa? Awak lapar?"

Junghyun mengangguk dengan wajah comelnya. Yeonju mencubit pipi jejaka itu.
Dah tua pun comel lagi.

"Saya masak. Awak pergi bersihkan diri okay?" Sempat dihadiahkan ciuman di pipi Junghyun dan dia mengorak langkah kearah dapur, menyambung kembali apa yang dilakukan sebentar tadi.

🌼🌼🌼

Puan besar Jeon, Jeon Hyesun berdiri di hadapan tingkap bilik selepas siap makan malam. Langit malam yang pekat dihiasi bintang dan bulan di dada langit kelihatan cantik. Wine yang berada dalam gelas kaca itu disisip sedikit.

Bintang kelihatan cantik, berkelip-kelip dalam kepekatan malam. Tergelam timbul sinarannya tetapi itulah yang menyebabkan ia cantik. Menyinari kegelapan malam dengan cahaya yang kecil jika dilihat dari jauh.

Tidak seperti bulan. Walaupun hanya bulan sabit. Tetap bercahaya terang bersama si bintang. Bulan sentiasa ditemani oleh bintang tidak kira bagaimana sifatnya. Mengikut peredaran masa.. bulan sabit, bulan separuh dan bulan penuh.

Setiap kali bulan penuh, Jeon Hyesun sentiasa berada dalam kesunyian. Bahkan bulan penuh yang bersinar terang itu dikelilingi oleh sekumpulan bintang yang bersinar bergermelipan. Berbanding dirinya, walaupun memiliki kemewahan dan anak-anak, cucu dan cicit. Dia berasa kosong. Kosong seperti padang pasir yang terbentang luas.

Sedang wajah cantik itu tekun memandang langit malam. Satu hal terlintas di fikirannya. Terus dia mengeluh panjang.

Mengenai cucunya yang degil dan keras
kepala itu. Jeon Jungkook. Fikir kembali mengenai cucunya itu otaknya sudah serabut.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now