🃏 •BAB 24•

74.6K 4.9K 859
                                    

STELLA pantas mengejar langkah laju Sofea. Adumakk. Atlet ke apa? Laju betul!

"Cik!" Sofea baru sahaja hendak mengetuk pintu office Tuan Hambali. Namun pintu itu sudah dibuka dari dalam.

Terkebil-kebil Sofea memandang lelaki dan Tuan Hambali di hadapannya.

"Sofea? Kamu buat apa kat sini?" Tuan Hambali terkejut melihat wajah Sofea.

"Err Sofea ingat nak jumpa uncle." Sofea menjeling lelaki itu atas bawah. Ini bukan ke lelaki yang hantar Raissa ke rumah dia kelmarin?

Siapa ni?

Hari tu nampak macam kepoyoan dia terserlah. Tapi hari ni, segak dengan sut berwarna kelabu. Jam mahal. Kasut pun nampak mahal. Muka pun macam muka bank. Muka bank? Boleh relate?

Mungkin dia maksudkan macam muka rimau kut. Maybank. Sebab tu la. Hahah!

Merepek!

"Saya minta diri dulu." Daiyan Ghazi bersalaman dengan Tuan Hambali sebelum berjalan tenang melepasi Sofea.

Berkerut dahi Sofea. Macam familliar.

"Maaflah Sofea. Uncle tak mahu diganggu." Tuan Hambali tersenyum nipis sebelum kembali melangkah masuk ke officenya.

"Tapi uncle..."

Sofea buat muka apabila pintu bilik itu ditutup benar-benar di hadapan wajah. Nasib baik tak kena hidung mancung aku.

"Ish payah betullah!" Sofea mendengus kasar.

"Cik... cik nak buat appointment?" Stella senyum manis.

Sofea mendengus kasar. Macam perli jek!

"No thanks." Terus dia melangkah laju mengejar langkah lelaki tadi.

"Hold on!"

Daiyan Ghazi yang mendengar terus menahan lift daripada berhenti. Kemudian bibirnya menyenget sedikit melihat wajah Sofea.

"Thanks." Sofea senyum.

Daiyan Ghazi hanya mengangguk sebelum bergerak sedikit menjauhi Sofea.

Diam. Daiyan Ghazi dah menyumpah seranah dalam hati apabila Sofea tak sudah-sudah menganalisis wajahnya dari tadi. Ish budak ni!

"Kau dah kenapa?" Bengang. Siapa tak bengang kalau orang duk tenung macam tu. Aku pun naik seram.

Sofea terus tersengih lebar.

"Daiyan! Ya Allah betul lah ni kau? Siyes?" Teruja. Dipandang Daiyan atas bawah.

"No need to exaggerate. Childish!" Cepat tangkap pula budak ni.

Bersinar mata Sofea memandang Daiyan.

"Daiyan. Ilham mana?"

Daiyan terus memandang wajah bersinar Sofea apabila menyebut nama itu. Terus dia buat muka.

"Aku tak kenal dia."

"Takkanlah kau tak kenal dia. Kau orang kan pernah bergaduh masa kat kantin dulu."

Daiyan menepuk dahi. Ahh sudah. Mengungkit pula dia ni.

"Kau expect aku nak pasang GPS kat dia sampai boleh tahu dia kat mana sekarang ni?!" Marah Daiyan. Bukannya nak tanya aku sihat ke tak. Sibuk tanya pasal mamat tu.

"Tanya je. Janganlah marah." Sofea mencebik. Dasar Daiyan! Annoying tak sudah!

"Raissa okey tak?"

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now