Kingdom Frost Part 2 : Go Deep Into The Past Part 1

357 22 10
                                    

Mereka pun teruskan perjalanan mereka.

Solar : Eh kejap. Kalau nak ke Kingdom Frost, kita kena lalu Hutan Gemstone kan?
Ice : Ya.

Suzy telah kembali ke wujud harimaunya. Merida pula duduk di atasnya. Sharlot berada di belakang sekali. Mereka kini telah tiba di depan Hutan Gemstone.

Ice : Ikut patik kalau tuanku tak nak sesat.

Kerabat diraja yang lain masih tidak selesa bila Ice panggil mereka dengan gelaran "tuanku" dan gelar diri sendiri "patik". Terutamanya bila mereka dapat tahu yang Ice juga adalah putera diraja juga.

Gempa : Ice, kenapa kau masih panggil diri kau sendiri "patik"? Kau kan kerabat diraja juga?
Ice : Kan patik dah bagi tahu, patik dah lama berhenti dari jadi putera. Patik lagi suka kehidupan patik sekarang. Jadi, izinkan patik gelarkan diri patik, "patik" dan kalian, "tuanku".
K.D-Ice : B-baik......

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka melalui Hutan Gemstone dengan bantuan Ice. Semasa dalam perjalanan, Hali membuka mulut.

Hali : Ice, kenapa tadi masa kau baca pertunjuk kristal terakhir tu, muka kau jadi muram?

Ice memandang muka setiap dari mereka dengan serius.

Ice : Korang betul betul nak tahu?
All-Ice : Nak!

Ice pandang ke depan semula dan mengeluh.

Ice : *mengeluh* Lebih baik aku tunjukkan je pada korang.

Mereka berlapan tak faham dengan apa yang Ice katakan. Tiba tiba, Ice mengeluarkan pedangnya dan menghunuskan pedangnya pada tanah. Suzy, Merida dan Sharlot pun menghampiri Ice dan menyentuh pedang itu. Sebuah cahaya keluar dari pedang itu dan memancar ke udara. Sebuah kokun berwarna biru terhasil disekeliling mereka. Mereka semua sangat terkejut.

Awang : H-hei! Apa ni?!

Ice, Suzy, Merida dan Sharlot memandang mereka semua dengan senyuman yang menakutkan.

Ice : Selamat datang, ke masa silam ku.

Tiba tiba, mereka yang lain hanya boleh melihat cahaya putih........

Seketika kemudian, cahaya putih itu pun mulai reda. Mereka semua berada di dalam sebuah istana.

Solar : K-kita dekat mana ni?
Thorn : Nampak macam sebuah istana....
Blaze : Eh? Ni bukan ke istana Kingdom Frost?

Istana itu diperbuat daripada ais. Mereka boleh rasa yang suhu di dalam istana itu mula menurun.

Blaze : Burrrrr..... Sejuknya kat sini......

Dari jauh, kelihatan dua orang kanak kanak perempuan yang sama umur berlari ke arah mereka dengan gembira. Satu berambut biru ais dan seorang lagi berambut hijau kasturi. Mereka ketawa kegembiraan. Mereka kelihatan berusia 5 tahun. Yang ajaibnya adalah, mereka menembusi mereka semua.

Badang : A-apa....

Tiba tiba, Ice muncul di sebelah mereka semua.

Ice : Inilah memori ku. Kanak kanak yang korang lihat tadi, mereka adalah kakak kembar ku. Yang berambut biru itu, dia adalah anak sulung. Nama dia adalah Menma. Dan yang berambut hijau itu pula, anak kedua. Anissa. Ketika ini, aku belum lahir lagi.
Solar : Hah? Macam mana kita boleh lihat masa kau belum lahir lagi?
Ice : Kerana, ini lebih kepada masa silam. Kita belum masuk ke memori aku lagi.

Ice menghayunkan tangannya ke depan. Keadaan di sekeliling mereka berubah dari lorong istana ke dalam sebuah bilik. Di dalam bilik itu, ada seorang wanita dan seorang lelaki. Wanita itu memiliki warna rambut yang sama dengan Anissa. Lelaki itu pula memiliki rambut berwarna putih. Perut wanita itu kelihatan seperti mengandung. Lelaki itu mengusap perut wanita itu.

Wanita : Saya harap yang anak ketiga ni pun perempuan.
Lelaki : Hm.. Kalau lah dapat anak perempuan lagi.

Mereka melihat mereka berdua.

Ice : Mereka adalah mak dan ayah aku. Raja Bahar dan Permaisuri Aishah.

(Author : Aishah~. Jangan ragu ragu dengan cinta ini~.
Solar : Kak Author, stop nyanyi. Bukannya sedap pun. =_=
Author : Hm.. Yelah. Tahu lah suara aku ni serak. TwT)

Ice : Mak aku bukanlah berdarah diraja. Mak aku adalah penduduk biasa dari Kingdom Forest. Waktu ayah aku pergi melawat kampung di Kingdom Forest 25 tahun yang lalu...

Ice menghayunkan tangannya sekali lagi menampakan ayahnya yang masih muda ketika itu.

Ice : ..ayah terserempak dengan mak dan jatuh hati pada pandang pertama. Ayah pun melamar mak untuk menjadi kekasihnya. Mak pun setuju. Mereka pun berkawin 3 tahun kemudian. Inilah sebab kenapa Kak Icha ada rambut berwarna hijau.

Mereka mendengar segalanya dengan tekun. Mereka pun kembali ke bilik itu semula.

Ice : 9 bulan kemudian, aku pun lahir. Mak tak terima yang aku ini adalah lelaki. Jadi dia tidak pernah memperdulikan ku. Lain pula dengan Kak Menma, Kak Icha dan ayah. Mereka sangat menyayangi ku. Mereka sentiasa menolongku, memberi perhatian kepada ku. Tapi........semuanya berubah ketika aku berusia 8 tahun. Kak Menma dan Kak Icha tidak memperdulikan ku lagi. Pernah aku kena buli dulu..

Ice menghayunkan tanganya sekali lagi. Keadaan berubah menjadi flash back Ice tadi. 

Ice : ..aku minta tolong ke mereka, tapi mereka tidak menolong ku. Mereka malah ketawa dan merakam aku kena buli. Tak hiraukan yang aku cedera.

Mereka terkejut mendengarnya. Ice menghayunkan tangan sekali lagi. Keadaan sekarang berada di singgah sana istana.

Ice : Ketika aku pulang, aku pun mahu mengadu perkara itu pada ayah, tapi ayah malah menolak ku sehingga ku jatuh. Ayah pun berlalu pergi. Tapi, ayah sempat berkata sesuatu.

Bahar : Lemah. Orang yang lemah tidak layak hidup di dunia ini.

Mereka semua terkejut mendengar apa yang Bahar katakan tadi.

Ice : Kerana tidak tahan, aku pun mengambil keputusan untuk lari dari istana. Aku pun melakukannya. Aku ada sempat curi buku jampi dan peta negara ni sebelum lari. Aku pun gunakan peta itu untuk lari sejauh yang mungkin dari rumah. Aku pun pergi ke Hutan Sakti. Setelah tiba di sana, aku pun berehat sementara. Tiba tiba, aku terdengar bunyi kucing mengiaw. Aku pun pergilah ke arah bunyi itu. Dan aku nampak seekor anak harimau dikepung oleh sekempulan kayote biru.

Ice kecil : Hmp! Pergi dari sini kayote jahat! Jangan ganggu anak harimau ni!

Ice kecil mengambil sebilah pisau dan penghayunkannya ke udara untuk menakutkan kayote kayote itu. Dan dia berjaya. Kayote kayote itu lari dari situ.

Ice kecil : Jangan risau anak harimau. Saya disini untuk membantu kamu.

Ice mengoyakkan sedikit bajunya dan ikatkan pada kaki anak harimau itu. Harimau itu pun berdiri terkial kial mahu bangun. Ice pun mengentuh kaki anak harimau itu, dan tiba tiba, cahaya berwarna hijau muncul. Ice cepat cepat menarik tangannya kembali.

Ice : A-apa yang jadi tadi?

Harimau itu cuba berdiri dan kali ni berjaya. Dia melepaskan kain yang berada dikakinya. Luka itu telah sembuh.














1010 perkataan

Hahahaha! Sebab panjang sangat, author buat 2 part. Nantikan part seterusnyak. Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Kristal Kuasa (COMPLETE) Where stories live. Discover now