🃏 •BAB 23•

Start from the beginning
                                    

Daiyan Ghazi terdiam. Tidak terkelip matanya memandang Tuan Hambali.

Tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Uncle bukan ayah yang baik. Uncle bukan suami yang baik. Jadi uncle harap, kamu dapat jadi seorang yang jauh lebih baik dari uncle." Tuan Hambali tersenyum memandang pemuda itu.

Daiyan Ghazi mengeluh. Kenapa dengan Tuan Hambali?

"Cukuplah dia terseksa selama ni. Kamu ambil lah dia. Uncle izinkan."

Daiyan memandang mata berkaca Tuan Hambali. Jelas terbias rasa kesedihan.

"Uncle restu."







SOFEA melangkah menuju ke tingkat paling atas syarikat Tuan Hambali. Langkahnya penuh yakin. Ya yakin. Yakin yang kepala Adeera akan hilang kena baham dengannya!

"Cik? Ada apa yang boleh saya bantu?" Stella yang sedang menyelak fail di tangannya memandang gadis muda dihadapannya. Tidak pernah lihat. Mungkin tetamu?

"Saya nak jumpa Adeera. Perempuan tu ada?" Yakin sahaja aura Sofea. Terjungkit sebelah kening Stella.

"Oh cik Adeera ada kat bilik dia. Ada apa ya?"

Sofea senyum.

"Terima kasih!" Sofea terus melangkah mencari bilik Adeera. Jumpa. Dia perasan banyak mata memandangnya. Tapi lantaklah. Yang penting sekarang ni aku nak jumpa si babun tak sedar diri tu.

Huh.

Tok... Tok... Tok...

Belum sempat Adeera berkata, pintu terlebih dahulu dikuak kasar dari luar.

Muncul susuk tubuh Sofea. Tanpa dijemput, Sofea terus masuk ke dalam bilik office itu dan pintu ditutup kasar.

"Kau ni memang tak guna kan?"

Adeera ketawa.

"You ni siapa? Masuk-masuk bilik i pastu cakap i tak guna. You salah orang kut. Keluar." Adeera kembali memandang telefon bimbitnya. Malas hendak melayan orang.

Sofea mencebik. Tangannya terus menghempuk kuat meja di hadapannya. Ternaik bahu Adeera.

"Eh perempuan. Kau sedar tak yang kau tu parasit! Aku tak tahulah nak cakap apa tapi kau memang tak sedar diri kan? Mak kau tu dahlah perampas laki orang. Anak pula macam sial! Kau ingat aku tak tahu, kaulah yang buat jenayah tu kan?" Marah Sofea bukan sikit. Mengenangkan wajah mendung Raissa yang mengalirkan airmata tidak henti-henti kelmarin buatkan dia nak sahaja tampar muka Adeera.

Adeera terkebil-kebil memandang wajah di hadapannya. Lambat-lambat dia menarik senyum. Sinis.

"Ooo Sofea. Wah wah apa khabar?" Adeera memeluk tubuh. Mukanya angkuh.

Sebab apa dia boleh kenal Sofea tanpa Sofea beritahu? Sebab dulu Sofea pun pernah tiba-tiba muncul kemudian memarahinya sebab dia pernah tertolak Raissa jatuh tangga kat sekolah. Macam tadi. Cuma bezanya yang masa sekolah dulu, Sofea menyimbah air oren di kepalanya.

"Aku datang sini bukan nak berapa khabar dengan kau. Such a bitch you are!" Sofea senyum sinis. Lebih sinis apabila wajah bermekap tebal itu berubah sedikit.

"Perangai kotor kau tak pernah berubah kan? You're disgusting. Dari dulu sampai sekarang. Kau tak pernah berubah. Raissa tu adik tiri kau. Tergamak kau buat dia macam ni!" Tajam mata Sofea mencerlung memandang Adeera.

Adeera tersenyum megah. Oh yeah?

"Buat apa?"

"Tak perlu nak berpura-pura. Aku tahu. Mesti tak lain tak bukan, kau yang bocorkan rahsia syarikat ni kan?"

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now