2

82 15 30
                                    

Tangan Chenle yang di pegang Renjun itu terlepas akibat direntap oleh Chenle lalu melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan terlebih dahulu.

Renjun yang sedar terdapat sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan dengan Chenle melepaskan kesemua barang yang di pegangnya lalu berlari pantas ke arah Chenle dan menarik tangan Chenle ke arahnya dengan kuat menyebabkan kedua-dua mereka jatuh berguling di sisi jalan raya tersebut.

"Yah Chenle? "

Renjun menepuk perlahan pipi Chenle. Seketika, Chenle mula sedar kembali.

Renjun mula duduk bersila dan meletakkan kepala Chenle di atas pahanya.

Chenle juga turut bangun dan duduk bersila di depan Renjun.

"gwaenchanha? "

Chenle membelek-belek bahagian badannya dan mengangguk tanda dia okey.

"Hyung okay tak? "

"Hyung takpe lah. Jangan risau pasal hyung. "

Renjun senyum lalu berdecit kerana pipinya terasa sakit akibat terdapat sedikit luka bergaris dan bengkak di pipinya.

Renjun mula berasa pening.

"Masa ni jugak lah kau nak sakit, Renjun! Aish!"

"Tapi,.. "

"Hyung tak apa-apa lah. Lele tu jaga diri. "

Chenle hanya menundukkan kepalanya.

Tiba-tiba terdengar Chenle menangis kecil.

"Yah? Kenapa ni? Lele sakit ke? Kat mana? "

"Tak tsk, Chenle mintak maaf, hyung. Kalau Lele tak lintas aja jalan macam tu aja, mesti hyung tak sakit. "

Renjun ketawa kecil walaupun terasa perit di bahagian pipinya dan rasa peningnya semakin menjadi-jadi.

"Tak apa la,.. "

Renjun berhenti bercakap apabila seorang perempuan menghampiri mereka.

"Maafkan saya. Saya tak perasan tadi yang awak sedang lintas jalan masa tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya rasa bersalah sangat dengan apa yang terjadi. "

Renjun hanya menjeling perempuan itu dan memandang ke arah bertentangan dengan perempuan itu.

Kalau perempuan itu tidak memandu keretanya ketika mereka berada di situ mesti dia tidak cedera dan tidak akan membahayakan Chenle.

"Chenle okey je cuma hyung,.. "

Chenle memandang ke arah Renjun dan menggelengkan kepalanya perlahan kepada perempuan tersebut.

"Saya Yoon Ae Ri, pemberita SBS. Encik okey ke tak ni? Saya bawak encik pergi klinik, okey?"

Renjun memandang Ae Ri sekilas lalu memandang Chenle dan dia terus bangun mengutip barang-barang yang dibeli tadi.

Renjun ingin cepat pulang ke rumahnya kerana dia berasa semakin pening dan penglihatannya juga sudah kabur.

Ae Ri dengan cepat bangun dan membantu Renjun mengutip barang-barang.

Apabila Ae Ri mendekatinya, Renjun terus mengelak daripada dekat dengan Ae Ri.

Chenle yang sudah bangun dan turut memegang beberapa barangan yang dibeli itu berdiri di sebelah Renjun.

Renjun yang hanya berdiam diri dari tadi membuatkan hati Chenle semakin risau dan tidak senang.

"Jom. "

Renjun sempat merampas plastik bag di tangan Ae Ri lalu berjalan pulang ke rumahnya.

Ae Ri berasa semakin bersalah dengan apa yang telah berlaku.

The Unknown Prince [C]Where stories live. Discover now