"yura tahan sakit sikit ya?"

dia mengangguk walaupun masih tersedu sedan. haih menangis pun comel lagi. ni kalau aku yang menangis, dengan beruk pun dah tak nampak beza dia.

"lain kali main elok elok tau. tak mahu main tolak tolak macam tadi, tengok siapa yang sakit sekarang? kita kawan baik baik je ya" pujuk aku sambil mencuci lukanya tadi.

"tapi mina yang tolak kita dulu!" balas yura sambil jarinya ditunjukkan ke arah budak kecil yang berada berhampiran dengan aku. matanya jelas risau keadaan yura, tapi nampaknya dia tak berani nak datang sini bila dia yang buat kawan dia sakit.

"sebab itulah eonnie kata kena main elok elok. tak mahu gaduh gaduh. yura kan kawan baik dengan mina? takkan nak gaduh lama lama pulak? tak rindu ke nanti?" aku menutup bekas first aid kit lalu cuba membangunkan yura dari duduknya.

dia memandang aku dengan muka sedihnya sebelum mengangguk perlahan. kemudian yura memandang mina yang berada tak jauh dari situ.

"mina, sini kejap" panggil aku perlahan. mina macam nak taknak je datang, takut aku marah mungkin.

"mi- mina- mina minta maaf. kita tak sengaja nak tolak awak. awak tarik baju kita kuat sangat"

"hm kita pun mintak maaf sebab tarik baju awak kuat kuat" yura menghulurkan tangan kecilnya kepada mina.

comel betul budak budak ni ish kalau macam ni aku pun nak selalu la bergaduh.

"kita maafkan awak" mina menyambut huluran yura.

"okey dah. pergi main elok elok. tak mahu main ganas ganas macam tadi tau? nanti eonnie marah baru tahu" sengaja aku mencekak pinggang sambil memandang kedua dua gadis kecil di depan aku dengan muka yang tegas.

"nak main dengan eonnie!"

aku tersenyum lebar apabila kedua duanya memeluk kaki aku. kepala mereka aku gosok perlahan.

"pergi dulu. eonnie nak letak barang kejap"

"okey! jom yura!"

aku menghantar mereka dengan pandangan sebelum bergerak ke arah bangku yang tersedia. aku pusing belakang, memandang sekeliling. pagar pun aku pandang juga.

takde apa pun. kenapa aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku?

"perasaan aku je kot. siapa pulak la yang nak tengok aku kan"

-

third person

seonghwa memerhatikan seohee yang memasuki rumah anak anak yatim dalam diam. apahal pula perempuan tu nak kena pergi sana? tak pasal pasal dia kena ikut sekali.

"seohee tu membesar kat sini ke?" soal seonghwa kepada pembantunya, yeosang.

"tak. ibu bapa dia meninggal masa dia berumur 16 tahun. jadi dia bekerja untuk tampung kehidupan dia dengan adik dia. takde pula dia duduk kat mana mana rumah macam ni"

seonghwa mengangguk faham walaupun matanya tak lepas memandang seohee dari disapa seorang wanita yang agak berumur sehinggalah seohee mendekati seorang gadis yang jatuh terduduk.

seonghwa mencebik apabila melihat seohee membantu gadis kecil itu.

"apahal dia nak kena tolong budak tu pulak? bukannya tu adik dia pun"

"kalau tengok gaya macam dia suka budak budak je bos" tambah yeosang yang juga memerhatikan seohee.

apabila seohee memusingkan tubuhnya, cepat cepat seonghwa dan yeosang menundukkan kepala mereka walaupun mereka di dalam kereta. apabila seohee sudah berpaling semula, seonghwa mengeluarkan kepalanya semula.

"yeye je kau ni dia suka budak. entah entah tu anak luar nikah dia ke apa"

"tapi dia tak pernah bercinta la bos"

"kau apa tahu hidup dia" seonghwa menjegilkan matanya ke arah yeosang sehingga yeosang menggigit bibirnya sendiri. tapi betul la apa yang dicakapnya tu-

seohee mana pernah bercinta. nak bercinta pun tak sempat, tak terfikir langsung.

"bos yang suruh saya cari pasal dia. saya pasti dia memang tak pernah bercinta apatah lagi nak buat benda tu dengan lelaki lain"

"eleh kau tengok je muka suci dia tu, kat belakang kau, kau tak tahu dia buat apa"

"tapi saya pasti—" kata kata yeosang dipotong seonghwa.

"eh bisinglah kau dengan kepastian kau tu! sibuk nak pertahankan dia. aku ke dia yang bos kau sekarang ni?"

haritu beria suruh orang cari maklumat pasal seohee, lepastu bila dah kata benda betul, dikatanya salah. apalah bos ni. yeosang mencebik.

"bos la"

"hah dahtu dengar kata aku eh? aku yang bayar gaji kau, bukan perempuan tu"

yeosang mencebik. seonghwa yang salah, dia pula yang kena marah. seonghwa ni memang suka marah tak kena tempat.

"bos suka dia eh?"

"takde sebab untuk aku suka dia. sedangkan jeon heejin tu pun aku boleh tolak, inikan perempuan macam ni" seonghwa langsung tak memandang yeosang semasa menjawab, malah matanya kekal pada seohee yang sedang bermain dengan beberapa orang kanak kanak.

"tapi kenapa bos macam suka dia?"

segera seonghwa menjeling wajah kacak yeosang.

"kau dah gila ke aku nak suka dia? aku kena kahwin dengan dia sebab terpaksa je tau. ter. pak. sa. takde sebab lain. entah entah dia yang sukakan aku tapi buat buat macam tak suka pastu sukala dia dapat kahwin dengan aku" seonghwa memandang semula ke arah seohee selepas menyatakan huraiannya.

"oh— okey okey. yela bos betul"

tak suka tapi sibuk nak tahu pasal seohee tu sampai ikut ke sini. dia ingat kang yeosang ni bodoh sangat ke tak dapat buat andaian sendiri?

 dia ingat kang yeosang ni bodoh sangat ke tak dapat buat andaian sendiri?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now