"aarghh! mana awak?!" jeritan Ara semakin kuat. air mata tak henti mengalir ke pipi. dia berlari ke arah balkoni lalu menjenguk ke bawah.
tiada, teman lelaki kesayangannya itu entah hilang kemana.
jaga diri sayang,
saya janji akan datang balik
nota kecil itu digenggam erat sambil menangis.
"jangan buat saya macam ni!" nombor telefon teman lelakinya itu didail buat kali ke berapa entah.
"Ara?! kenapa ni?" lantas Puan Jung memeluk anak perempuannya itu. sebelum sempat Ara mengucapkan apa apa, dia jatuh pengsan.
SKIP
"kenapa ni? apa dah jadi?" soal Jungkook cemas.
"tak tahulah kook, dia tak nak cakap" risau Puan Jung dibuatnya.
"okaylah, kook masuk dulu" Jungkook tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam wad dimana Ara berada.
"Ara.." sapa Jungkook perlahan. tiada reaksi daripada gadis itu. hanya duduk di atas katil, termenung.
"Ara, jangan macam ni. cuba bagitau kenapa?" Jungkook, sebagai rakan baik kepada Ara cuba memujuk. semenjak dia sedar daripada pengsan tadi, dia tidak mahu bercakap.
"mungkin lepas awak cakap ni, awak rasa lega siki-.."
"kenapa kook, kenapa? kenapa dia tinggal Ara? kenapa dia tanak bagitahu Ara dia pergi mana? kenapa tiba tiba?"
bertubi soalan yang diajukan. Jungkook terdiam, tidak tahu nak jawab.
"dia dah janji, janji nak kahwin dengan Ara, bawak Ara pergi jalan jalan, janji sehidup semati. tapi kenapa kook?" air mata mula jatuh ke pipi mulus Ara. Jungkook mengeluh perlahan.
"dah lah, janganlah fikir pasal dia tu sangat, dah dia nak pergi, biarkan jelah dia pergi. sekarang ni Ara happykan diri Ara dulu okay?" Jungkook menyelit rambut di telinga Ara. air matanya diusap lembut.
SKIP (few years later)
"Jung Arabella" gadis kacukan Korea dan America itu menoleh kearah si ibu yang berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis.
"pergilah turun, kita ada tetamu" kata Puan Jung lembut.
"siapa?" soalnya sepatah.
"hah tulah omma suruh kamu turun, pergi tengok" oleh kerana sifat ingin tahu, Ara mengangguk lalu bangun dari katil menuju ke tangga untuk ke ruang tamu di bawah. Puan Jung mengikuti dari belakang.
Ara memandang kearah tetamu tersebut. seorang wanita dan lelaki yang mungkin suami isteri dalam lingkungan 40-an begitu. mungkin rakan Tuan dan Puan Jung.
"kawan omma ngan appa je pun. haih" getus hatinya.
"marilah duduk dahulu. ada benda yang nak dibincangkan" kata Puan Jung dari belakang. Ara kaku seketika kemudian mengikuti langkah si ibu.
"Kim, ini lah Arabella" kata Puan Jung sambil memegang bahu Ara, memperkenalkan Ara kepada wanita yang bergelar Kim itu. Ara tersenyum kekok lalu menunduk hormat.
"cantik manis orangnya" kata Puan Kim sambil menyisip teh panas dari cawan.
kemudian, semua orang disitu tertumpu kepada seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Jung ini.
"hah Jung, ni pula Taehyung" kata Puan Kim. lelaki yang bernama Taehyung itu tunduk hormat lalu duduk bersebelahan Tuan Kim.
"sama sama cantik, sama sama kacak. sesuai sangat lah tu. saya pon nak sangat berbisan dengan BFF saya ni" semua disitu ketawa kecuali Ara dan Taehyung.
"Ara, appa nak kamu dan Taehyung kahwin"
author nak cakap, terima kasih yang sudi baca dan yang sudi vote. part 1 ni agak membosankan dan merepek. author sayang kamu 👻❤️
ANDA SEDANG MEMBACA
love of my life
Fanfiction[finished] . "tak boleh ke awak cuba sayang saya? layan saya macam isteri awak? buat saya rasa bahagia?" . . "you are my only and one the love of my life" *SAD ENDING 🖤 . ~ BM fanfiction 🌸 start ; 22 December 2019 end ; 10 February 2020
