Bab 8 🍃

221 31 16
                                    

Keluhan demi keluhan keluar dari celahan bibir Taehyung. Dia buntu, memikirkan cara untuk mengembalikan hubungan antara dia dan Areum kembali seperti dulu. Walaupun gadis itu banyak kali menolak dirinya namun dia tidak akan pernah berputus asa. Bila sudah dapat nanti, jangan harap dia lepaskan.

"Degil." Satu perkataan yang dilontarkan buat Taehyung yang sedang terbaring lesu atas sofa. Dia berdecit seketika sebelum mencelikkan mata memandang abang tirinya, Baekhyun.

"Bukan degil tapi malas."

"Sama sahaja, Kim Taehyung." Baekhyun membalas. Geram pula melihat adik tirinya yang degil mahu pergi klinik apabila demam sebegitu.

"Aku demam selsema bukan demam panas. Kau tak payah risaulah." Ujar Taehyung. Dia bangun dari pembaringan lalu mencapai tisu dari kotak yang berada atas meja di hadapannya. Nampaknya hidungnya tidak memberi kerjasama. Rimas pula dirinya.

"Kau tidak akan berjumpa dengan Areum hari ini, kan?" Baekhyun sekadar menyoal. Dia tahu yang Taehyung akan pergi juga walaupun dirinya sakit. Itu membuatkan dirinya risau jikalau terjadi apa-apa terhadap adik tirinya itu. Disebabkan itu dia banyak berpesan supaya berehat di rumah sahaja. Namun kedegilan menguasai diri Taehyung. Hm.

"Kau tahu kan, aku pergi sana hari-hari."

"Sampai bila? Sampai kau penat kejar Areum? Boleh tak kau jual mahal sikit sebagai seorang lelaki? Biar dia yang terhegeh-hegeh pada kau." Serius Baekhyun berkata. Dia tahu segalanya, apa yang menimpa Taehyung. Dia kadang-kadang berasa kesian melihat Taehyung yang terlalu mencuba memulihkan hubungan mereka.

Taehyung ketawa kecil. Dia memandang wajah Baekhyun yang masam. "Apa yang kau cakapkan ni? Biarkan? Kau tak kenal Areum. Kalau aku biarkan dia terkejarkan aku, sampai mati pun tak akan. Dia keras sikit."

"Suka hati kaulah. Aku takut nanti kau yang patah hati." Kata Baekhyun seraya itu menyandar lemah pada sofa. Dia tidak boleh berbuat apa. Itu masalah Taehyung. Dia sekadar mampu melihat dari jauh dan bantu apa yang patut.

"Tapi aku tak benarkan kau pergi hari ini. Kau demam. Ingat tu?"

"Hm.. tengoklah macam mana."

Taehyung juga menyandar lemah pada sofa. Tisu yang dipegangnya sekali lagi mengesat hidungnya yang berair. Harap dia semakin membaik. Tidak mahu dia berjumpa dengan gadis kesayangannya dengan keadaan yang sihat seperti itu. Nanti tak macho.

***

Areum menarik selimut sehingga paras bahu akibat terlalu sejuk. Badannya menggigil. Sejuk bukan kerana suhu bilik yang rendah tetapi dirinya mengalami demam panas. Semalam elok sahaja dirinya, tiba-tiba pagi ini dia tidak sedap badan. Semalam pun dia ada mimpikan Taehyung. Mungkin sebab itu dia demam. Terlampau rindu.

"Kenapa tak habiskan ini, Eum?" Puan Kang menyoal saat melihat mangkuk berisi bubur ayam yang masih tidak luak dimakan. Tadi dia ada pesan kepada anaknya suruh habiskan tetapi apabila dia menjenguk anaknya kembali, bubur itu masik lagi banyak terisi.

"Eum dah makan tadi."

"Iyalah, tapi makanlah sampai habis. Macam mana nak hilang demam kalau macam ni?" Soal Puan Kang berbaur tegas.

"Hmm.." Areum mengangguk kecil tanpa mencelikkan mata. Kepalanya pening.

"Nanti kita pergi klinik eh?"

Areum menggeleng. "Tak nak."

"Ish kamu ni, tak pernah berubah. Susah nak bawa kamu pergi klinik." Bebel Puan Kang.

"Omma.. Eum nak rehat." Areum mengiringkan badannya membelakangi ommanya. Puan Kang menggeleng kecil melihat anaknya sebelum keluar dari situ.

Areum cuba melelapkan matanya, mahu tidur. Kalau terjaga pun asyik sakit kepala sahaja. Sambil itu dia termenung menunggu rasa mengantuk itu hadir. Hampir setengah jam Areum termenung, dia mula mahu terlelap tetapi mendengar pintu bilik dibuka membuatkan dia terjaga semula. Selepas itu dia merasakan pula katilnya bergerak tanda orang tersebut naik ke situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(OG) Daddy Kim + KTHWhere stories live. Discover now