Bab 6 🍃

262 48 17
                                    

Aku tidak tahu.

Aku tidak tahu untuk membuat keputusan. Taehyung, sudah cuba memujuk dan meminta maaf pada aku. Semangat dalam dirinya menyentuh perasaan aku tetapi aku masih memerlukan masa. Sampai bila? Aku tidak pasti. Memang aku masih sayangkan dia bahkan aku cinta padanya. Cuma aku terfikir, aku juga punya hak untuk menjauhkan diri darinya dan biarkan sahaja dia terus mengejar aku. Kalau dia betul sayangkan aku, dia tidak akan penat untuk mendapatkan aku.

"Hey, mengelamun apa?"

Aku tersentak kecil saat Jungkook menegur aku dengan melambaikan tangannya depan muka aku.

"Ada apa?"

"Kau okey sahaja? Kalau kau tidak sihat, kita tak payah pergi."

"Tak tak saya sihat je." Jawab aku tersenyum yakin. Aku cuba mengambil beg bagasi aku untuk ditempatkan ke dalam bonet kereta tetapi Jungkook terlebih dahulu membuat demikian. Dia tersenyum manis sebelum memunggah barang-barang yang lain.

Semalam Jungkook mengajak aku pergi bercuti bersama kawan-kawannya. Pada awalnya aku tidak mahu pergi tetapi aku terima juga bagi mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Taehyung. Sejak kebelakangan ini Taehyung selalu datang rumah aku, melayan aku dengan baik sampaikan aku tidak sanggup untuk menghalang dirinya bahkan menghalau dirinya juga aku tidak sanggup. Jadi lebih baik aku jauhkan diri daripada Taehyung untuk beberapa hari.

"Yow abang Jimin sudah datang! Jangan tinggalin aku wey." Mata aku menangkap kelibat Jimin bersama dengan Hoseok yang memasuki perkarangan rumah aku sambil membawa beg-beg pakaian. Senyuman mereka kalau boleh sampai ke telinga.

"La datang rupanya, ingatkan tak datang. Bolehlah aku pergi dengan Areum je. Senang, boleh dating." Ujar Jungkook setelah dua orang sampai di hadapan kami.

"Hoseok yang mandi lama."

"Eh aku pula? Kaulah."

"Tak baik tau tuduh orang macam tu."

"Eleh dia main sabun masa mandi."

Jimin dan Hoseok mula menyalahi antara satu sama lain.

"Korang mandi sekali kan?" Soal Jungkook.

Lambat-lambat mereka berdua mengangguk.

"Jadi dua-dua salah. Uhm.. masukkan sendirilah beg-beg kau berdua. Aku tak nak tolong." Setelah itu Jungkook berlalu ke tempat pemandu kereta dan masuk.

Aku mengerling seketika Jimin dan Hoseok yang membuat muka tidak puas hati sebelum aku berlalu masuk ke dalam kereta.

***

"Kalau kau mengantuk kau tidur ajelah. Nanti dah sampai aku gerakkan kau."

Pandangan aku ke luar tingkap teralih pada Jungkook yang sedang memandu. Sempat aku melihat dua orang kawan Jungkook yang sedang enak tidur di belakang melalui cermin depan.

Aku bersandar lemah pada tempat duduk sambil mengeluh halus.

"Saya tak tahu nak rasa apa sekarang."

Jungkook mengerling aku seketika sebelum memfokuskan pada pemanduan.

"Memangnya kenapa? Kau ada masalah?"

"Tak, bukan. Sepatutnya saya rasa gembira bila awak ajak bercuti tapi saya.. tak rasa macam tu. Maafkan saya, Jungkook."

Aku rasa bersalah sekarang.

"Nampaknya aku salah waktu." Ujaran Jungkook yang perlahan itu masih dapat didengar oleh aku. Ini makin buat aku rasa bersalah.

Aku mengemam bibir sambil mengenggam tangan bersama dengan erat.

(OG) Daddy Kim + KTHWhere stories live. Discover now