•.¸♡ 01 : First Meet ♡¸.•

Comenzar desde el principio
                                    

Dia langkas mengutip buku-buku lelaki itu sehingga terkutip bukunya sendiri juga. Lalu terus memberikan kepada lelaki itu. Dia sempat melirikkan matanya melihat nama yang sedia ada dibuku tersebut.

"Jeon Jungkook.." katanya perlahan
"Ehh kau nih. Belek nama aku pulak pehal" Tegur Jungkook.

Jungkook adalah pelajar yang terkenal di sekolah oleh kerana kepintarannya yang luar biasa. Dia juga dilahirkan dalam keluarga yang berada. Bukan itu saja.

Dia semestinya kacak dan memiliki sepasang anak mata berwarna biru,ditambah pula matanya kelihatan bersinar-sinar. Ini kerana dia dicampur dengan darah luar.

"Memang tak reti nak terima kasih ke?!" Saera mengherdiknya. Dia naik geram pula dengan lelaki yang tidak bersopan itu.

"Arhh lantak aku la"

PAP!!

Muncul seorang lelaki menampar kepala Jungkook.

"Betul apa cakap dia, yang kau nak bising sangat pehal. Bukan dia rembat boxer kau pun" Tegur Mark.

Dia sahabat baik kepada Jungkook. Sama seperti Jungkook, mempunyai rupa yang kacak dicampur dengan darah Taiwan. Selain itu dia juga dari golongan kaya tetapi dia malas belajar. Selalu mendapat giliran terakhir di dalam kelas. Tapi masih sekelas dgn Jungkook.

["Cerdik semula jadi siak still duduk kelas depan 😂"-Author"]

"Huh, kau depan awek semua lagak gentleman!" Balas Jungkook dengan perasaan menyampah.

Mark mengendahkan kata-kata Jungkook lalu perkenalkan dirinya. Almaklum lah jumpa awek cantik takkan nak lepaskan peluang.

"Hi, aku mark" dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tanda perkenalan.

"Saera dan ini kawan saya Jisoo" Saera membalas.

"Mamat ni nak intro-intro sangat pehal,macam la satu sekolah ni tak kenal dia huh" Bisik Jisoo pada Saera dengan perlahan. Namun masih dapat menarik perhatian dua jejaka itu.

"Ehem sorry, Jungkook ni memang bodoh sikit. Mak dia tak pernah ajar dia ucap terima kasih. Dia reti sebut thank you je" Ujar Mark sambil menggosok kepala Jungkook ala-ala beby boy.

"Bukan sama je ke?" Tegur Jungkook.
"Kau ni tak pernah nak support member buat lawak kan?!" Bidas Mark dalam berasa malu.

Saera dan Jisoo ketawa melihat gelagat dua ekor berok itu.

Tanpa membuang masa Saera ingin meninggalkan tempat itu dengan mencuit lengan Jisoo untuk memberi isyarat.

"Eh korang! Kami pegi dulu ye nanti lewat sampai kelas hehehe" Beritahu Jisoo.

Belum sempat mereka melangkah kali kedua. Jungkook menahan.

"Kelas kita sekali kan? Jom arh jalan sekali." Ajak Jungkook

Mark mengangkat kening ala-ala the rock gituw. Dia hairan dengan ajakan Jungkook. 'Tadi bukan main marah, ni jadi kucing pulak sondol-sondol kat kaki ujar Mark dalam hati.

Jisoo dan Saera mengangguk sahaja. Mereka pun mengorak langkah bersama-sama.

Sepanjang perjalanan hanya Mark dan Jungkook sahaja yang bising mengalahkan kanak-kanak. Saera dan Jisoo hanya tertawa melihat mereka.

"Adakah mereka sudah mula digelar kawan?" Fikir Saera sendirian.




•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•







My Crush, Bestfriend & I【JJK】Donde viven las historias. Descúbrelo ahora