Part 2

8.2K 304 11
                                    

WAKTU rehat...

Tersebar sekelip mata khabar angin tentang pelajar popular, Amran itu mempunyai hubungan dengan Natelia.

Semua pelajar bergosip pasal gosip hangat ni. Rata-rata pelajar mengatakan mereka bercinta senyap-senyap. Ramai pelajar perempuan yang kecewa sebab Am yang kacak itu sudah berpunya.

Am memang menjadi popular dalam sekelip mata. Apatah lagi apabila digandingkan dengan Natelia, pelajar perempuan yang terkenal. Siapa je yang tak dengki dengan populariti Natelia? Dah lah dua orang pula tu lelaki pujaan ramai yang dikaitkan dengannya. Tapi siapa berani nyatakan ketidakpuasan hati mereka? Walaupun Natelia cantik namun ianya tak mampu menafikan perangai Nate yang telah orang ramai tahu. Kaki masalah, kaki cari gaduh, dan kaki langgar peraturan ikut suka dia je. Namun kasih sayang guru membuatkan guru buta untuk menilai itu semua.

Kerana itu... Natelia masih selesa di sekolah ini.

Keputusannya pula memang membanggakan pihak sekolah kerana sangat cemerlang. Sokongan dan perhatian guru pada Natelua juga membuatkan pelajar lain tidak mahu cari pasal dengan Natelia. Namun ego Nate yang tinggi tak mahukan semua ni. Dia tak harap kasih sayang guru ni semua... namun guru sendiri yang mahu menyayanginya.

Mungkin rezeki dia dan dia bertuah. Hati batu macam dia ni buat dia survive. Perangai Natelia yang lain dari yang lain jugalah yang menyebabkan perhatian Farhan diberikan kepadanya. Perkenalan dan permulaan segala pergaduhan dia dan Farhan juga kerana ego masing-masing.

Dua tahun sebelumnya..

Nate berjalan seorang diri kerana Aliya dan Lisa tidak hadir hari ini. Natelia yang kebosanan mula tidak tentu hala. Lalu dia membawa langkah menuju ke bilik guru.

Mulalah semua guru menegur Natelia mesra. Natelia sini... Natelia sana. Dasar sekolah pilih kasih. Tiba-tiba best student yang macam dia juga masuk dalam bilik guru. Bila dua-dua nak keluar serentak timbul masalah. Disebabkan dua-dua tak nak bertolak ansur, nak keluar pintu pun berebut.

"Aku perempuan. Aku keluar dulu. Aku kisah apa. Aku nak keluar dulu juga!," marah Nate.

"Woi minah sengal, aku sampai dulu kat pintu ni... tiba-tiba kau nak keluar dulu pahal?," bidas Farhan tidak mengaku kalah.

"Jangan nak pondan sangat. Mana sikap gentleman kau? Ni gentelman je aku tengok," balas Nate geram.

"Weh! Jangan nak gentelman kan aku. Aku bukan pondan! Aku sampai dulu dan aku ada hak nak keluar dulu jadi aku akan keluar dulu," kata Farhan dengan nada bengang lalu menghalang laluan keluar melalui pintu itu.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now