"Hmmm.. andai waktu boleh diputar seperti dulu.. aku pasti akan sangat gembira!" Gumam Eira. 

Dirinya terus dan terus memikirkan hal itu tanpa henti. Gadis itu terlihat sangat merindukan masa-masa dirinya bersama dengan Harraz sepanjang ia menyelesaikan kes Hantu Bilik Guru Disiplin dahulu. Seniornya itu sentiasa berada sangat dekat dengannya walaupun mereka hanya sebatas senior dan junior sahaja pada saat ini. Jelas di wajahnya bahawa ia amat merindukan sikap Harraz yang dahulu berbanding sekarang. Namun, gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tahu bahawa setiap manusia akan berubah. Dan dia hanya boleh menyerahkan segala-galanya kepada Allah agar dirinya sentiasa tabah dan kuat untuk menjalani ujian tersebut.

Seminggu kemudian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya keluar. Eira dan para sahabatnya langsung kembali ke SMK Seri Setia untuk mengambil keputusan mereka dengan perasaan yang resah dan takut untuk melihat keputusan tersebut. Di sana mereka bertemu dengan Skuad Saintis Muda dan Skuad Wartawan Glamour. Sudah hampir empat bulan mereka tidak bersua muka dan akhirnya mereka bertemu kembali. Masing-masing sudah banyak berubah, hanya sahaja sikap mereka sama seperti yang dulu.

"Well, well, well, well! Siapa yang ada dekat sini, huh!" Ucap Nisa dengan gaya angkuhnya seperti biasa.

"Ouh~ Eira and the gang! Gadis paranormal yang boleh lihat hantu.. ada dekat sinilaa~ Ughhh... scary~~" Sampuk Iqa.

"Wartawan gila dan juga Saintis Mental pun ada dekat sini! Hah, dah lama kita tak berjumpakan!" Ujar Eira sambil bersedekap dada.

Ketiga-tiga skuad itu berpandangan tajam antara satu sama lain. Kelihatannya ada aura peperangan yang sangat dahsyat di antara mereka. Orang yang berada di sekeliling hanya melihat sahaja hal tersebut dalam keadaan cemas. Takut akan ada peperangan di antara para gadis tersbut. Namun, hal itu tidak bertahan lama apabila mereka semua langsung katawa beramai-ramai. Orang sekeliling mereka pun berasa pelik akan tingkah-laku tiga buah skuad tersebut. 

"Hahahahahahaha... cukup dowh! Aku tak mampu nak teruskan lagi!" Tawa El.

"Betul tu betul! Hahahahaha.." Sokong Fatin.

"Well~ itu sangat scary! Hahahahaha.." Ucap Syaheerah.

"Long time no see my friend!" Ucap Eira.

"We all miss you guys!" Ujar Nisa sambil tersenyum.

"Kami pun!!!" Jawab Skuad Wartawan Glamour dan Skuad Penyiasat Paranormal serentak.

Mereka semua ketawa lalu berpelukan secara beramai-ramai untuk melepaskan rasa rindu setelah tidak bertemu selama empat bulan. Kejadian yang dulu telah merapatkan mereka semua sehingga menjadi sahabat. Kerjasama ketiga-tiga skuad dalam menyelesaikan masalah bilik guru disiplin dulu membuatkan mereka semua menjadi sangat rapat, bahkan mereka juga sering belajar beramai-ramai. Kini, mereka sudah dewasa dan tentu sahaja hubungan persahabatan itu semakin rapat dan mereka bukan kanak-kanak yang tidak matang sehingga ingin terus bergaduh seperti dahulu.

"Perhatian kepada pelajar lepasan SPM! Sila berkumpul di Dewan Jaya Sari untuk seisi pengambilan keputusan SPM!" 

Sebuah pengumuman penting telah menarik perhatian para pelajar. Eira dan yang lain langsung bergegas ke Dewan Jaya Sari untuk berkumpul. Di sana terlihat ramai pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan mereka diumumkan dalam keadaan cemas. Eira mula merasakan sebuah tekanan yang sangat hebat apabila berada di dalam dewan tersebut. Bukan hanya dia sahaja merasakan tekanan tersebut. Mereka yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama seperti Eira. Namun, mereka cuba untuk bertenang dan mengambil deretan tempat duduk bersama-sama.

"Fuhhh.. cuak betul wehy~" Gumam Afiqah.

"Bertenang! Kalau kau cuak.. kami lagi cuak tahu tak!" Pujuk Huda.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now