Bahagian 10

1.2K 31 113
                                    

Suasana jadi hening. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Letty menjeling ke arah Umar yang ralit menyuap makanan ke mulut.

Letty tersenyum.

Sekali lagi Letty menjeling ke Umar yang sedang meneguk air kosong dari gelas. Umar meneguk sebanyak tiga kali teguk dan meletakkan gelas kembali ke meja. Umar menyuap nasi ke dalam mulutnya, setelah 44 kali kunyahan, Umar menelan makanan dalam mulutnya.

Cair luluh hati Letty, melihat Umar makan penuh tertib dan mengikut sunnah seperti itu. Letty rasa seperti mahu memeluk Umar dan menjerit pada dunia bahawa Umar adalah miliknya.

Ktinggg! Letty menolak pinggannya ke depan, mengambil kain napkin dan lap mulutnya. "Sedap, kenyang betul rasanya," kata Letty sambil memegang gelas dengan dua jari.

Umar berhenti mengunyah, dahinya berkerut melihat ke arah Letty.

"Awak makan kasi habis nasi tu, kalau tidak, saya lempang karang." Penuh lemah lembut Umar memberikan kata kata.

Makan tak habis adalah satu perkara paling Umar benci. Setiap makanan perlu diraikan. Barangsiapa yang makan tidak habis, bermakna dia belum bertemu dengan nikmat makan yang sebenar.

Mata Letty berkaca, gunung berapa di dalam tubuhnya telah meletup. Umar yang berada di depannya dilihat sekejap kecil, sekejap besar.

Ada dua perkara yang paling dia benci dalam dunia dan pernah ditulis di bab 2. Pertama, datang lewat ke temujanji. Kedua, menegurnya makan tak habis. Kini, Umar telah melakukan kedua duanya sekali.

"Kita putus, kita putus. Awak cilanat!" Letty menyimbah air ke dada Umar, bangun dan terus berlari meninggalkan restoran makanan western.

Umar menangis. Kondom perisa pisang bersayap terbang laju entah ke mana mana.

Tamat

TemujanjiWhere stories live. Discover now