Bahagian 5

1.3K 30 27
                                    

"Awak okay tak?" Sedikit berkerut dahi Letty melihat Umar yang termenung di depannya.

"Okay, okay. Saya okay." Balas Umar sedikit kucar kacir. Sebenarnya Umar jadi geram, kebiasaannya Umar akan memesan jus tembikai 2 gelas. Yang mana gelas pertama Umar akan minum dengan sekali sedut, dan memesan gelas yang kedua untuk minum dengan rileks. Tetapi memandangkan harga jus tembikai yang dilihatnya di dalam buku menu tadi serupa celaka mahal nak mampos, Umar membatalkan niatnya mahu memesan gelas yang kedua.

Bagi Umar, jus tembikai tetaplah jus tembikai. Tidak ada bezanya jika diminum di warung tepi jalan ataupun di hotel 7 bintang. Dengan hanya berbeza bentuk penyedut minuman, penyedut minuman biasa berwarna putih di warung tepi jalan membuatkan harga jus tembikai sedikit murah dan hanya disebut air tembikai oleh pembeli ketika mahu membeli. Manakala penyedut minuman berpusing warna hitam, dan sepotong tembikai bentuk tiga segi diselitkan di mulut gelas di restoran western dan restoran restoran hotel buatkan harga jus tembikai jadi 3 kali ganda lebih mahal. Kapitalis memang celaka.

Hati Umar jadi sejuk bila melihat nasi goreng chicken chop yang dihidang di depannya. Dan, Umar jadi sedikit cemburu bila melihat nasi goreng lamb chop milik Letty lebih menyelerakan. Hati Umar mula berbelah bahagi, timbul niat dalam hatinya mahu meninggalkan Letty keseorangan dan membayar bil untuk kedua dua hidangan tersebut. Namun, Tuhan Cinta selalu manis dalam menjaga jodoh hamba hambanya. Dewi Cinta bersayap membawa busur panah lekas lekas dihantar dan anak panah asmara berbentuk hati tercacak di kepala Umar. Lalu hilanglah segala niat buruk dalam hati Umar.

Dewi Cinta dengan pantas mengejar iblis yang menghasut Umar, bertalu talu panah berapi dilancarkan ke arah iblis. Sehinggalah salah satu anak panah terkena tepat ke dada iblis. Namun, tidaklah namanya iblis jika mengalah dengan mudah. Lalu iblis berubah bentuk menjadi gunung berapi dan ketawa dengan kuat.

Dan tidak jugalah namanya Dewi Cinta jika tidak bijaksana. Dewi Cinta bertukar menjadi segumpal awan mendung, dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kalahlah gunung berapi dalam pertarungan tersebut.

TemujanjiWhere stories live. Discover now