Bahagian 2

1.8K 46 75
                                    

Letty melihat jam di tangan kirinya, pukul 10 pagi. Sudah 30 minit melepasi waktu sepatutnya Umar datang menemuinya. Letty sedikit merengus, ada dua perkara yang paling tidak digemari dalam hidupnya. Pertama, tidak menepati masa. Kedua, jika seseorang menegurnya makan tak habis.

Letty mula berkira kira mahu meninggalkan taman tasik dan pulang ke rumah. Sebelum itu, Letty membuka aplikasi facebook dan mahu memuatnaik status "Men A Trash!" Namun, Tuhan itu terlalu manis dalam mengatur jodoh hamba hambanya. Ketika jari jemari Letty ligat menaip, dia terlihat seorang laki laki yang sedikit huru hara menuju ke arahnya. Letty buka aplikasi whatsapp dan melihat gambar profail Umar. Dan tersenyum.

"Maafkan saya, saya sedikit terlewat kerana ketika mahu kemari, bas yang saya naiki jugak dinaiki oleh seorang wanita mengandung. Wanita itu mahu bersalin, entah macam mana, pemandu bas pengsan. Jadi saya mengambilalih tugas pemandu bas dan menghantar wanita itu ke hospital. Setelah itu, saya mahu kemari, wanita itu menahan kerana mahu saya namakan anak tersebut." Peluh terbit di dahi Umar.

Datang lewat ke temujanji pertama bukanlah satu perkara yang boleh dianggap bagus. Selain mendapat penilaian pertama yang buruk, ia juga mampu membuatkan potensi untuk ke hotel bajet menurun. Umar sedikit berpeluh dan berdebar.

Letty tersenyum dan mengesat peluh di dahi Umar. Mata Umar sedikit layu. Lagu Purnama Merindu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berkumandang. Tidaklah ada yang mengetahui siapa yang memasangnya.

Sepasang pasangan kekasih Bangladesh yang menyaksikan kejadian itu telan air liur berkali kali. Dan pakwe Bangladesh menarik makwenya ke celah celah pokok di tepi tasik.

"Jom duduk tepi tasik tu," Letty menarik tangan Umar menuju ke tepi tasik.

Umar yang mengekor dari belakang terlihat punggun mantap Letty yang bergegar mula terbayang hotel bajet dan kondom perisa pisang.

"Ermmm, nyamannyaaaa...." setelah duduk bersila di atas padang rumput, Letty mengangkat kedua dua tangannya seakan akan mengeliat ke atas.

Umar yang baring bergelimpangan di atas padang rumput ketuk lutut berkali kali. Kali ini Umar terbayang dua kondom perisa pisang.

TemujanjiWhere stories live. Discover now