AMARAN KETIKA MEMBACA
Baca di tempat yang terang, elakkan membaca di tempat yang gelap bagi mengelakkan berlakunya kerosakkan mata.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Wuhuuuu, I'm Superstar, I'm Lagency, I'm Pop"
Jenna keseronokkan menari di dalam biliknya sambil menonton muzik video I'm Superstar dari Michael Jackson.
"Jenna, mama bawa kamu air minuman ni... Haih... Tak habis-habis menari dengan lagu yang dah berair telinga mama ni" . Olahan Mama Jenna.
"Alah... Tak apalah Mama, lagu ni best, TOP! Dah lah Michael Jackson tu handsome, menawan, sesiapa pun sudi nak jadi Isteri dia"
"Kamu jangan nak berangan lah Jenna, masih umur 12 Tahun tu, ada hati... Dahlah minum ni, mama nak masak dekat dapur..."
"Okay Mama"
Mama Jenna bergerak ke dapur untuk memasak.
Jenna sudah lelah menari dengan lagu I'm Superstar. Dia pun mematikan Televisyennya.
Jenna terbaring di atas riba katil kerana kelelahan membuat konsert menari katanya.
"Haih... Jenna... Jenna... Michael Jackson tu dah lama mati. Kenapalah kau tergilakan dekat dia sangat... Mencintai seseorang yang dah mati memang sesuatu kerja yang absurd. Dahlah aku nak mandi... Mandi peluh aku tadi menari"
Jenna mengambil tualanya. Kemudian dia bergegas ke bilik air. Bilik air di rumah Jenna hanya ada satu di tingkat bawah. Rumah Jenna merupakan rumah tunggal. Berjarak 3 Meter dari 40 rumah jiran-jiran Jenna. Jenna menetap di United States, Florida. Dia tinggal bersama-sama keluarganya yang sporting iaitu Daddy dan Mama sekeluarga. Jenna tidak mempunyai adik-beradik. Tetapi kasih sayang tehadap ibu-bapanya adalah sangat akrab bagi Jenna.
Mama Jenna selalu menghabiskan masanya di dapur untuk memasak. Menu utama Mama Jenna merupakan makanan kegemaran Jenna sendiri untuk sehari-harinya. Jika Mama Jenna sakit, Mama Jenna tidak akan memasak tetapi mereka sekeluarga akan makan di luar.
Malam Hari
Jenna meniarap di atas katilnya sambil melihat kalender bulan Jun.
"19....20....21....22....23.... Hah! Yes yes yes yes, hari yang aku tunggu memang tak lama lagi. Harini 21, jadi tinggal 2 Hari je lagi..."
Jenna turun kebawah sambil membawa kalender bertemu Daddy Jenna dan Mama Jenna.
"Mama...Daddy...".
"Ya... Jenna, ada apa?"
"Cuba Mama teka, lagi 2 Hari nanti hari apa?"
"Hmmm, mama rasa Hari Keusahawanan sekolah Jenna!"
"Alah, bukanlah... Daddy cuba teka hari apa?cepatlah jawab"
"Daddy rasa hari hilangnya pesawat MH370 dekat Malaysia kali ke-enam tahun"
Jenna mengeluh.
"Bukanlah... Lagi 2 Hari kan Hari Lahir Jenna, takkan tak ingat"
Mama Jenna dan Daddy Jenna terkejut.
"Hah, iyalah... Hari Jadi Jenna... Lagi 2 Hari je Jenna nak masuk 13 Tahun... Habis... Apa plan kamu untuk hari jadi kamu Jenna?"
"Jenna tak tahulah. Nanti Jenna tanya Matt dengan kawan-kawan dekat sekolah"
Jenna pun masuk ke biliknya semula.
"Sekarang dah pukul 10 Malam. Esok sekolah. Hmm kalau macam tu aku tidur dululah... Goodnight Sweeties"
terima kasih kerana membaca. sila berikan rekomendasi anda di ruangan komen. bab selanjutnya aku dilanjutkan pada hari berikutnya.
YOU ARE READING
13 Tahun Ke 30 Tahun
FantasyCategory : Fantasy, Life and Romance. Languange : Bahasa Melayu Sinopsis Kehidupan Jenna yang amat tergilakan dunia Majalah dan Fesyen. Dia sudah meluat dengan dunia remaja ataupun masih disebut sebagai "anak-anak remaja". Hari Ulang Tahun Jenna men...
