CHAPTER 10 🌹

2.6K 321 16
                                    

SEGALA kertas yang perlu ditandatangan dipandang dengan pandangan kosong. Jungkook tiada mood untuk menanda tangan segala kertas persetujuan daripada company lain. Fikirannya menerawang ke arah mesej ugutan yang diterima pagi tadi.

Ish, tak guna !

Jungkook mengeluh berat. Walau apapun, dia perlu jugak habiskan kerja ni kalau nak balik awal menjenguk isteri kesayangan. Satu fail dicapai. Fail itu dibuka dan belek satu persatu. Daripada syarikat terkemuka. Jungkook terangguk angguk membaca.

Terkemuka itu bagus. Tapi tak setanding syarikat Jeon's yang masih lagi megah di seluruh pelosok dunia. Yup, Jungkook tahu dia kaya. Tapi, tak perrrnnnah menunjuk. Baguskan dia ?

Tit tit tit.

Butang ditekan. Jungkook sedia mendengar.

"Ya, Yeonjun ?"

" Tuan Jeon, CEO syarikat P.Holding datang nak bertemu dengan tuan."

"Bagi mereka masuk"

" Baik, Tuan Jeon"

Jungkook membetulkan kot dan tienya. Pastikan dia nampak segak sebagai penyandang jawatan tertinggi di syarikat. Tetamu datang menghadirkan diri. Seorang pemuda yang kacak datang sambil tersenyum.

"PARK JIMIN ?!" Terjerit Jungkook dibuatnya. Jimin tersengih. Matanya dikenyitkan ke arah Jungkook. Menggoda gitu. Tapi lain pulak dibalas Jungkook. Kepala Jimin dipeluk.

"Lama gila tak jumpa kau duh !" Ucap Jungkook. Jimin tersenyum lagi. Faham dengan perasaan sahabat lama.

"It's been a long time. Since we're on middle school. Dah beberapa tahun duh." Jimin menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Jungkook ketawa kecil.

"Kau macam mana sekarang ? Dah kahwin ?" Soal Jungkook. Jimin mengecilkan matanya lantas menggeleng.

"Masih lagi mencari tulang rusuk seorang Park Jimin." Terletus ketawa Jungkook kerana mendengar ayat Jimin. Jimin turut ketawa lucu.

Terima kasih kepada Jimin. Kerana Jimin, Jungkook telah melupakan masalahnya sebentar.

"SAYANG OOO SAYANG. SAYA DAH BALIK !" laung Jungkook. Aku segera meluru ke ruang tamu. Beg pejabat Jungkook dicapai dan diletakkan di atas sofa. Aku turut menolong Jungkook mencabut kot hitam yang dipakainya.

Terasa diri ditenung. Aku segera memandang ke arahnya.

"Apa tengok tengok ?" Soalku. Jungkook ketawa kecil. Kerana geram dengan Jungkook, lengannya dicubit. Jungkook mengaduh kesakitan.

"Lainkali cakaplah, kenapa" marahku. Aku ingin cepat cepat berlalu pergi dari situ. Malangnya, tanganku disambar Jungkook. Lalu menyebabkan aku termasuk ke dalam dakapannya.

"EEE. APA NI ?" marahku. Jungkook ketawa.

"Kenapa asyik marah ni ? Tak baik tahu tak. Nasib baik comel" Ucap Jungkook. Aku buat muka muak. Jungkook tersenyum.

"Awak dah kenapa ni ? piyod eh ?"

"Mana ada lah. Saya pun tak tahu kenapa saya macam ni. Heh" Tersengih pulak bila aku tengok wajah kacak Jungkook. Kagum pulak bila dapat suami sempurna dari segi rupa. Ehem ehem.

"Sayang, nanti kawan saya nak datang. Awak masaklah sedap sedap eh ?" Pinta Jungkook. Aku mengganggukkan kepala. Patuh arahan suami.

 [√] Mr.Gynophobia | 정국Where stories live. Discover now