“Kadang-kadang kita manusia ni mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Allah sentiasa menghembuskan hidayah, petunjuk dan kesedaran pada kita. Kadang-kadang kita nak buat jahat tetapi segera disedarkan dengan peringatan kita terhadap hukum-hukum Allah dan segala dosa-dosa yang akan diberikan setimpal dengan perbuatan kita. Tapi..malang sekali..kebanyakan dari kita, hanya membiarkan hembusan yang berharga itu berlalu begitu saja. Kita masih dikawal oleh nafsu. Mahu memuaskan hati kita yang tidak pernah puas.”

Hairi menunduk, dia mengenggam tangannya. Hatinya bergetar. Tiba-tiba dia rasa takut dan amat merasa dia di dalam kerugian. Pemuda itu hanya menoleh dan melihat Hairi dengan tenang.

“Sampai bila kita akan dimainkan dengan nafsu dan terus hanyut dengan perasaan kita sendiri. Sampai bila? Sebut pasal kematian, adakah kematian kita pasti akan tiba apabila kita sudah meningkat tua saja? Orang muda lambat lagi ke nak? Orang muda takkan mati ke?”

Kedengaran suara tawa kecil.

Imam tadi tersenyum, “Jadi...tanya kembali pada diri kita. Muhasabah diri!, siapa kita? Untuk apa kita dicipta dan dilahirkan di dunia ni? Semata untuk lara????”

Hairi melihat Imam. Mukannya muram. Dia terasa sebak dan ingin menangis.

“Saat-saat yang diberi oleh Allah ini..gunakan dengan sebaiknya.” Kata imam seiring membacakan ayat Al-Quran yang bermaksud,

Firman Allah : Wahai orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila rasul  menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membataskan antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu dikembalikan.                                                         (Surah Al-Anfal : 24)

Kelihatan pemuda-pemuda bersalaman dan ada yang menuju keluar berlalu pulang. Pemuda tadi yang bernama Hasmar ingin menutup lampu dan kipas tetapi terhenti apabila melihat Hairi yang bersandar didinding dan termenung. Dia menuju ke arah Hairi.

“Dik..taknak balik ke?”

Hairi menoleh dan melihat Hasmar dengan wajah yang lesu, “Maaf bang, boleh saya tinggal sini?”

“Maaf kalau abang bertanya, ibu kamu dah tahu kamu ke sini?”

Hairi menggeleng.

“Kalau macam tu, baliklah..tak baik kamu lama disini, tambahan pula ibu kamu tak tahu kamu dimana. Seeloknya, biarlah kita kemana-mana adanya restu dari kedua orang tua kita. Lebih-lebih lagi seorang ibu.”

Hairi diam dan menunduk.

“Dik jangan salah faham, abang bukan tak benarkan kamu datang ke sini dan duduk di sini lama. Sebaiknya beritahulah ibu kamu dulu ya. Kalau kamu mahu duduk disini juga, telefonlah ibu kamu. Takut dia risau pula.”

“Bang...sebelum ni, saya tak pernah kisah dengan kerisauan ibu saya. Saya selalu buat dia susah hati. Saya banyak dosa bang...” Kata Hairi lemah sambil menunduk.

Hasmar terdiam sebentar lalu duduk di sebelah Hairi.

“Saya...terlalu banyak biarkan air mata ibu mengalir kerana saya. Tangisannya banyak sia-sia kerana sikap buruk saya pada dia.” Sambung Hairi dengan nada yang sedih.

Hasmar hanya setia mendengar apa yang diluahkan padanya.

“Saya hilang arah bang. Saya terlalu takut saya tidak dapat tunaikan tanggungjawab selepas arwah ayah saya meninggal sehingga saya larikan diri dan terus hanyut dengan keasyikan dunia. Saya sesat..baru-baru ni juga saya hampir merogol seorang gadis..saya banyak dosa bang. Saya tak tahu nak kemana lagi...” Hairi menekup kedua tangannya dimukanya. Kedengaran suara tangisan dan sedunya.

Teman terulungWhere stories live. Discover now