Hembusan

391 5 0
                                    

****Assalamualaikum..semoga pembaca dan wattpad sekalian sentiasa dilindungi dan disayangi Allah. Semoga sentiasa bahagia disamping insan dan keluarga tersayang. Maaf kerana dua hari ini saya tidak sempat update kisah ni. Network problem..isk3. Hehhe..baiklah taknak ganggu masa kalian. Selamat membaca. Komen kalian sangat dialu-alukan. Salam sayg tuk semua****

Chapter kali ini didedikasi untuk pembaca dan penyokong yang sangat memberi saya inspirasi dan semangat untuk terus menulis, @AishahHasni Terima kasih..mmuaah! mmuaah!! dari saya..hehehe***

Hairi berjalan di sebuah lorong yang gelap. Dia memasukkan kedua tangan di kocek sweaternya. Dia hilang arah. Dia terasa mahu menuju ke sebuah tempat, tetapi dia tidak tahu di mana. Kelihatan di lorong itu terdapat beberapa kumpulan manusia yang menghisap dadah, ada yang menghidu gam dan ada terbaring di tepi longkang seperti mayat. Badan mereka cengkung dan sangat selekeh. Dia yang mahu lepak disitu tadi terus membatalkan niatnya. Tiada ketenangan di sini. Dia terus keluar dari lorong tersebut dan berjalan dan terus berjalan. Langkahnya lemah, fikirannya serabut. Tiba-tiba dia terhenti, kelihatan beberapa orang yang berpakaian serba putih. Dia hanya melihat, lelaki-lelaki yang berjubah putih dan berkopiah putih berderet menuju ke seberang jalan. Dia melihat tempat di seberang jalan terdapat sebuah masjid yang terang. Tanpa berfikir, kakinya dengan sendiri melangkah ke sana. Dia melangkah masuk melepasi pagar, dari dalam dia ternampak lelaki-lelaki tadi sedang duduk secara berkumpulan sambil membaca Al-Quran. Dia menutup mata seketika, dia dapat mendengar jelas alunan yang merdu. Bacaan itu sama sekali menenangkan jiwanya.

“Assalamualaikum dik…”

Hairi tersentak dan menoleh. Seorang pemuda berpakaian jubah tersenyum padanya. Mukanya sangat berseri. Hairi terpinga-pinga, “Waalaikum..Waalaikummussalam..”

Pemuda tadi tersenyum, “Adik dari mana ni? Buat apa kat sini..”

Hairi bingung. Dia terdiam. Dia juga tidak tahu apa yang menariknya ke sini. “Saya…arm..dari…arm..”

Pemuda tadi tetap tersenyum, “Takpelah..mari ikut saya. Lepas ni, ada tazkirah daripada imam. Memang setiap malam lepas isyak, kami adakan bacaan Al-Quran dan tazkirah secara berkumpulan. Marilah join sama…”

Hairi hanya mampu mengangguk. Dengan kekok, dia mengikut pemuda tadi masuk ke dalam masjid.

Hairi membuka kasutnya dan mahu melangkah tetapi belum sempat dihalang oleh pemuda tersebut. Hairi tersentak sedikit. “Maafkan saya, penuh berkat biarlah kita melangkah masuk ke masjid dengan kaki kanan. Sama juga kita masuk rumah. Rumah itu ibarat syurga..sama juga dengan masjid. Rumah Allah.” Kata pemuda tersebut dengan tenang. “Seperti dalam hadis Rasulullah SAW juga bersabda,

Dari Anas yang berkata; “Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri” (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim). Jangan lupa pula mulakan dengan doa.” Sambung pemuda itu lagi sambil tersenyum sebelum masuk ke dalam masjid.

Hairi mengangguk mengerti, dia menunduk seketika melihat kakinya lalu melangkah masuk dengan kaki kanan seraya membaca, “Bismillahhirrahmannirrahim...” lalu masuk ke dalam masjid.

“Begitu Pemurahnya Allah SWT...jika kita berniat baik. Niat saja..kita sudah mendapat satu pahala, apatah lagi bila kita melakukannya, berganda-ganda pahala yang diberikan pada kita. Sama juga dengan jahat, jika kita berniat tetapi tidak melakukannya pahala juga yang kita dapat. Begitu Maha Pemurah dan Maha Pengampun Allah swt pada kita, hambanya.” Kata seorang imam dengan penuh semangat.

Hairi yang duduk di barisan belakang sekali sambil ditemani pemuda tadi hanya dengar dengan teliti. Kadang-kadang kening Hairi mengerut tanda memikir apa yang dikatakan imam.

Teman terulungWhere stories live. Discover now