"Tengku Malique Jordan!" Panggil ayah Malique dengan suara keras. Wajah anaknya dipandang bengis sebelum meja makan dihentak kuat.

"Kita tak boleh paksa Maliq. Lagipun, hutang dah selesai. Tawaran tu hanya pilihan kecemasan. Lainlah Maliq sendiri mahu menerimanya." Pujuk ibu Daniel lalu melontarkan pandangan sayu kepada Puan Wendy yang mengeluh.

"Entah duit mana dia dapat untuk bayar hutang yang banyak tu." Rungut ayah Malique sambil mengurut dahinya yang berdenyut.

"Dia cari duit sendiri." Celah Arishya dengan nada tenang. Daniel dikerli sejenak sebelum tersenyum kelat.

"Dia kerja apa?"

"Modelling di Window Magazines."

🌙 White Moonlight 🌙

Kelas 5 Louis Vuitton

"Baiklah students, saya ada pengumuman penting untuk kamu." Guru matapelajaran Bahasa Melayu bersuara sambil menepuk tangan bagi mencuri perhatian anak muridnya.

"Pada lusa hari, batch kamu akan mengikuti lawatan industri pelancongan Kolej Vokasional Shah Alam selama 3 hari. Sepanjang lawatan tu, kamu akan belajar tentang keindahan negeri kita." Mendengar pengumuman tersebut, pelajar mula bersorak teruja.

"Cikgu!"

"Ya?"

"Pakaian bebas kan?"

"Betul. Esok, kamu akan menerima baju daripada pelajar kolej tersebut untuk dipakai pada lusa hari. Dan selebihnya, kamu bebas untuk pakai pakaian sendiri. Tapi, kamu perlu pastikan pakaian kamu sopan dan teratur. Faham?" Jelas guru itu lagi dengan terperinci.

"Waa, aku rasa tahun ni ialah tahun yang paling banyak aktiviti untuk batch kita." Edward bersorak suka.

"Kau tau berseronok je. Study kau ke mana?" Sindir Fahmi dengan sengihan jahat diberi.

"Yelah, bukan selalu nak enjoy last year tau." Edward membalas lalu menyambung kerja yang tergendala.

Maliq memandang Arvynne yang sibuk memfokuskan diri pada kerja Bahasa Melayu yang diberikan. Wajahnya berkerut sahaja saat menjawab soalan.

Malique geli hati melihatnya. Selepas kejadian makan malam beberapa hari itu, ayahnya langsung tidak mengomel tentang syarikatnya mahupun tawaran ayah Arishya.

Mungkin sahaja beliau pasrah dengan keputusan anaknya yang terlalu degil.

Keesokan hari

Kelas 5 Louis Vuitton, 5 Gucci, 5 Chanel dan 5 Celine sahaja diarahkan untuk kekal berada di dewan perhimpunan bagi mendapat baju yang dijanjikan kelmarin.

Barisan mengikut saiz baju mula dibina. Seperti yang dijangka, pelajar perempuan berpusu-pusu masuk ke barisan saiz S sementara pelajar lelaki berjalan tenang menuju ke barisan saiz M, L dan XL.

Raphaella memerhati barisan saiz S, lama. Kemudian, matanya beralih kearah barisan saiz M.

Akhirnya, mereka berenam mengambil keputusan untuk mengambil barisan M. Saiznya tidak besar namun bagi bentuk tubuh seperti mereka, pasti sahaja saiz itu kelihatan besar.

Arvynne membuka lipatan baju itu lalu berkerut seketika. Kepalanya disengetkan sebelum baju itu dipadankan di badannya.

"Too big huh?" soal Arvynne, membuatkan rakan-rakannya tergelak melihatnya.

Tidak ketinggalan, Malique yang sedari tadi memerhati turut tersenyum melihat baju yang dikenakan oleh buah hatinya.

"Kau tengok siapa Maliq?" soal Fahmi, cuba mengalihkan kepalanya kearah figura yang diperhati oleh rakannya.

"There's—no one! Erghh, let's go to the classroom." dalih Malique kemudian menarik perhatian rakan-rakannya daripada memandang Arvynne.

"Oh iyakan. Subjek Chemistry pula lepas ni. Jomlah" ajak Fahmi, mematikan niatlah lalu mengikuti langkah Malique yang tergesa-gesa menarik mereka keluar daripada dewan.

🌙 White Moonlight 🌙

8:10 AM

Pelajar tingkatan 5 memandang Arvynne dan rakan-rakannya dengan tatapan terkedu. Penampilan yang dipertonjolkan amat berbeza dengan mereka.

Bahagian hadapan baju bersaiz M itu diselit masuk ke dalam seluar jeans ketat berwarna hitam. Juntaian rantai perak dibiarkan bersama tali pinggang berjenama.

Masing-masing mengenakan bracelets keluaran Pandora. Rambut mereka juga diikat mengikut gaya fesyen tersendiri.

Ringkas namun vintage!

Dua bas yang memuatkan 50 orang muatan datang setelah beberapa minit mereka selesai taklimat lawatan. Setiap bas bakal dinaiki 2 kelas sepanjang perjalanan.

"Arvynne, bagasi." pinta Malique yang tiba-tiba muncul di sebalik Eleora. Bagasi Arvynne diambil lalu diletakkan di dalam ruangan yang tersedia.

"So classes, enjoy your short trip and college all the knowledges you get!" bicara guru penasihat dengan lantang membuatkan semua pelajar bersorak riang.

Kedua bas mula bergerak menuju ke jalan besar Kuala Lumpur dan meredah beberapa negeri untuk sampai ke—

—Negeri Terengganu.

TBC

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now