Kasih Dari Dasar Laut.Episod sembilan.

347 21 4
                                    

Melihat gergasi itu lenyap begitu saja, mereka semua berasa sangat gembira.

"Akhirnya gergasi itu sudah lenyap dari dunia ini, kita tidak perlu risau lagi." Kata Ayehe dan permaisuri gembira.

Agak berlainan pula dengan Sinu. tidak kelihatan perasaan gembira di dalam raut wajahnya.

"Sinu... mengapakah wajahmu kelihatan berlainan? Kau kelihatan tidak gembira." Ayehe bertanya.

Sinu memandang wajah Ayehe dan permaisuri. Kelihatan airmata Sinu bergenang di dalam Mata, namun, tidak jadi turun ke pipi.

"Sinu...kau adalah orang yang sangat berjasa di dalam membantu kami menyelesaikan masalah ini. Berterus teranglah jika ada sesuatu yang menggangu fikiranmu."
Kata permaisuri.

"Tuanku, tiada gunanya jika aku berterus terang. Aku sudah memilih untuk membantu tuanku berdua. lagipun, ada baiknya juga aku membantu tuanku. Aku cuma berasa sedikit bersalah kepada puan Ayehe. Jawab Sinu.

"Mengapakah kau merasa begitu? Kerana bantuanmu itu, akhirnya tuanku akan hidup kembali. Sinu, saya akan meminta supaya tuanku, memberikan kau anugerah setelah dia sedar nanti." Kata permaisuri mencela.

"Tuanku, apa yang saya risaukan adalah perkara yang lain. Ianya berkaitan dengan puan Ayehe. Tuanku telah menerima usulkan daripada puteraku, pasti sumpahan itu akan kembali." Ulas Sinu.

"Apakah maksud katamu ini wahai Sinu? tolonglah jangan membuat saya risau! Kerana, saya benar-benar sangat risau sekarang." Kata Ayehe menyuarakan kebimbangan.

Kerana hari sudah mula senja,
Permaisuri pun minta, supaya mereka semua segera menuruni bukit.

Setiba mereka di kaki gunung, Sinu mengeluarkan tongkat saktinya lalu membacakan mentera pendek.
Terasa pusaran angin mula menyerap mereka semua dan telah muncul tepat di hadapan istana.

Sebelum Sinu minta izin untuk kembali ke menara, Sinu sempat berbisik pada Ayehe.

"Tuanku harus fikirankan kembali, keputusan yang puan akui itu! Menggunakan kembali cermin ajaib, pasti ada kesannya. puan, juga telah bersetuju dengan syarat gergasi itu, tanpa puan berfikir panjang." bisik Sinu.

"Saya sanggup berbuat apa saja, asalkan tuanku boleh kembali. saya akan datang berjumpa kau esok."
Jawab Ayehe.

Ayehe dan permaisuri bergegas masuk ke dalam istana. Mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Apa yang ada di dalam hati wanita berdua itu adalah, ingin segera menjenguk suami tercinta mereka.

Permaisuri dan gundik menerpa ke arah katil dimana, raja telah ditempatkan.

"Tuanku, akhirnya kami sudah berjaya mendapatkan alat untuk mengembalikan tuanku. Tuanku bersabarlah."
Bisik Ayehe dan juga permaisuri. Setelah Ayehe melepaskan rindunya pada raja, Ayehe pun bergegas mendapatkan putera.

"Puteraku sayang, akhirnya ayahmu akan kembali, bonda berasa Sangat gembira."
kata Ayehe mengucup puteranya.

Ketika di dalam tidur, Ayehe telah bermimpi. Gergasi yang sudah berubah itu tersenyum padanya. Pemuda gergasi itu berkata Kepada Ayehe.

"Kau sudah bersetuju untuk berkhawin denganku. Kau harus ingat! seratus tahun itu tidak akan lama, kerana aku tidak akan menjadi tua. selagi aku belum bebas daripada sumpahan durjana ini. Kau juga tidak akan pandai tua, kerana kau harus menunggu kemunculanku. Oh...Ya! Aku ingin memberi kau amaran, Setelah suamimu itu kembali, kau dilarang untuk berhubungan badan dengannya. Ingat...jangan membuat aku berasa sakit hati." Kata gergasi itu.

Ayehe mencuba untuk membantah dan menjawab pemuda gergasi itu. namun, tidak sempat kerana Ayehe telah terjaga dengan tiba-tiba.

Pagi itu, permaisuri dan Ayehe merancang untuk membawa raja ke atas bukit. Mereka ingin segera mengembalikan suami tercinta mereka. Namun, cuaca agak tidak baik. awan kelihatan mendung, dan telah menghalang matahari daripada bersinar. Ayehe dan permaisuri menunggu sehingga tengah hari, namun mentari gagal bersinar.

Kerana rancangan pada hari itu telah gagal, Ayehe pun minta izin pada permaisuri, untuk berjumpa dengan Sinu. Ayehe teringat
akan Kata-kata pelik yang Sinu bisikkan padanya.

Di menara usang, Ayehe memberi salam pada maharani. Maharani tersenyum, seraya bertanya khabar tentang cucunya. Ayehe menjawab dengan jujur, puteranya sihat. Manakala Sinu pula, sedang makan tengahari. Ayehe menunggu sehingga Sinu selesai makan dan merehatkan perut yang baru diisi penuh itu.

Sejam kemudian, Ayehe pun mengajukan pertanyaan pada Sinu.

"Sejak kau berkata dan berbisik ke telingaku, aku berasa sangat muskil! Apa sebenarnya maksud kata-katamu itu wahai Sinu?" Ayehe mengajukan pertanyaan.

Kerana Ayehe inginkan jawapan, Sinu tidak mampu berselindung lagi. Sinu terpaksa berterus terang.

"Tuanku, gergasi itu sebenarnya adalah putera tunggalku. Puteraku itu telah disumpah oleh ayahnya sendiri. Suamiku adalah seorang penyihir terhebat. Kami berdua telah berkhawin atas dasar cinta. Namun, setelah bertahun kami berkhawin, dan telah mempunyai seorang putera, suamiku tiba-tiba telah jatuh cinta dengan wanita lain.
Suamiku telah mewariskan cermin ajaib itu padaku, dan juga anakku. Akan tetapi, setelah suamiku berkhawin dengan wanita yang dicintainya itu, dia telah berhasrat untuk menyerahkan cermin ajaib milik anakku kepada isteri barunya. Isteri barunya itu sangat jahat, dan telah melayan aku dengan puteraku dengan sangat teruk sekali." Kata Sinu menceritakan.

"Bukankah kau mengatakan cermin ajaib itu adalah pemberian daripada guru kamu." Ayehe bertanya.

"Sebenarnya, aku tidak berterus terang dengan puan. Guru yang saya maksudkan itu adalah, suamiku sendiri. Aku telah diajar oleh suami,
bagaimana menggunakan ilmu sihir. Aku telah dilatih oleh suami sehinggalah aku berjaya menjadi seorang penyihir sepertinya.
Ketika puteraku berumur dua puluh tahun, suamiku telah meminta cermin itu daripadanya.

"Aku perlukan cerminmu itu, untuk diberikan Kepada makcik."
Kata suamiku, Kepada puteraku.
Namun, aku tidak bersetuju dan telah menghalang puteraku daripada memberikan cermin miliknya itu. Dengan itu pertengkaran pun berlaku. Suamiku yang sangat mencintai isteri barunya, sanggup menuruti segala permintaannya. Maduku itu, mahu supaya suamiku membunuh aku saja, jika puteraku itu enggan. Kerana takut dengan ugutan itu, puteraku terpaksa menurut. Akan tetapi, aku tetap tidak bersetuju, dan telah menghalang puteraku.

Kerana berasa tercabar, suamiku telah menundingkan tongkat saktinya ke arahku. Suamiku ingin menyumpah aku namun, puteraku sempat menghadang cahaya sakti daripada tongkat milik suamiku. Puteraku telah menghadang cahaya itu menggunakan cermin ajaib miliknya. Dengan itu, cahaya yang telah terhalang dengan cermin itu, telah terpantul dan telah mengenai tubuh maduku.

Kesan daripada pantulan itu, telah membuat maduku telah berubah menjadi gunung. gunung yang telah kita daki itulah dia. Kerana isterinya lagi penting, suamiku sanggup menyumpah puteraku, menjadi gergasi untuk dan menjaga gunung itu selama-lamanya. Suamiku telah memberikan kunci bagaimana puteraku itu boleh kembali menjadi manusia.

"Kau hanya akan menjadi manusia sekiranya ada wanita cantik yang sanggup berkhawin denganmu. Selepas persetujuan itu, kau akan menghilang, dan hanya akan muncul, seratus tahun kemudian."
Kata sumpahan suamiku. Kerana berasa sangat kecewa, aku telah menikam mati suamiku.
Kerana aku tidak mampu menghapuskan sumpahan yang dikenakan pada puteraku, maka aku telah berjanji untuk tidak datang lagi di tempat itu. Aku hanya berharap, agar puteraku itu bebas daripada sumpahan itu tanpa menyusahakan sesiapa. Sebab itu, aku minta supaya puan mempertimbangkan segala keputusan yang puan sanggupi.

"Terima Kasih diatas nasihat itu, tetapi saya sudah bertekad dan sanggup menerima segala apa pun kemungkinan." Jawab Ayehe.

Sehari kemudian, cahaya matahari yang ditunggu-tunggu pun menjelma. Ayehe dan permaisuri tidak mahu membuang masa lagi. Gundik dan permaisuri segera mengarahkan panglima dan beberapa orang lagi supaya segera mengangkat raja menuju ke atas bukit.

Ayehe mengeluarkan cermin ajaib lalu menghalakan ke arah matahari. Pantulan cahaya yang terhasil daripada cahaya matahari dan cermin, Ayehe halakan ke atas tubuh Maharaja. Cahaya semakin kuat dan kelihatan maharaja bangkit daripada tidur.

Bersambung.

Please vote and comment
Thank you💐

Kasih Dari Dasar Laut.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin