Kasih Dari Dasar Laut.Episod Enam

401 22 0
                                    

Mendengar apa yang diperkatakan oleh dua ekor burung itu, Permaisuri terus mengarahkan supaya dia segera dibawa pulang. Perasaan teruja, mumbuak-buak di dalam dadanya.

Manakala di menara terasing, maharani sedang menangis. Di dalam hatinya sangat berdukacita. Maharani menyesal kerana tindakannya yang terburu-buru, telah menyebabkan sahabat baiknya itu bertukar menjadi batu.

"Sinu maafkan beta, beta benar-benar tidak berniat begitu...beta tidak tahu bahawa tindakan beta itu, telah mengundang kesudahan begini." Keluh maharani.

Hari sudah senja, Ayehe yang berada di dalam laut mendongak ke atas. Di dalam hati Ayehe berkata.

"Hari sudah senja, tidak sabar rasanya aku berubah menjadi manusia semula, aku rindukan puteraku dan juga tuanku." Bisik hati kecil Ayehe.

Ketika di dalam lamunan, Ayehe terdengar suara permaisuri menjerit melaungkan namanya.

"Ayehe...beta sudah menemui cara bagaimana hendak mengembalikan kamu kepada manusia semula." Dengan gembira permaisuri memberitahukan hal itu.

"Apakah benar apa yang tuanku katakan ini?"
Ayehe bertanya.

"Ayehe, kebenaran akan terjawab apabila matahari menyingsing esok pagi. Beta berharap ianya benar." sahut permaisuri.

"Oh...awak sudah menjadi manusia semula, marilah kita pulang bersama." ajak permaisuri.
Ayehe keluar dari laut, lalu pulang bersama permaisuri.

Di depan istana, Ayehe berlari masuk.
Ayehe berlari sehinggalah ke bilik puteranya.

"Tuanku..."
Sapa dayang yang ditugaskan menjaga putera.

"Kau boleh keluar sekarang...beta mahu bersendirian dengan putera." Kata Ayehe.

"Sayang bonda sangat merinduimu."
Kata Ayehe memeluk erat untuk, melepaskan kerinduannya pada putera.

Ayehe membawa putera keluar dengan hasrat membawa putera melawat ayahandanya.

"Ayehe...putera baru berusia seminggu, ada baiknya jangan membawa putera bertemu dengan Kanda dahulu, kerana beta rasa tidak sesuai. Alangkah baiknya apabila putera sudah mengerti, tuanku sudah pulih." Kata permaisuri Eleanor. Ayehe tidak mambantah
apa yang permaisuri usulkan, kerana Ayehe  menyedari akan benarnya Kata-kata permaisuri itu.

Malam pun berlabuh. Ayehe dan permaisuri, tidur bersama menemani raja.

"Kok...kok...kok..."

Kedengaran ayam berkokok.
Permaisuri terjaga, kerana kekokan ayam pada pagi itu agak sedikit berlainan daripada biasa.

Permaisuri bergegas ke dalam bilik peraduannya,mencari dimanakah dia menyimpan cermin itu.
Disebabkan tekanan yang dialami, permaisuri telah lupa dimanakah dia menyimpan cermin ajaib itu.

"Oh... akhirnya aku menjumpai cermin ini...sekarang sudah hampir siang aku harus segera
mengesa Ayehe." Kata permaisuri teruja.

"Ayehe...segeralah bersiap, kita akan ke satu tempat." Kata permaisuri.

"Tuanku, sebentar lagi aku akan berubah menjadi duyung, kemanakah tuanku mahu membawa saya?" gundik Ayehe bertanya.

"Awak hanya perlu ikut saja, selebihnya biar beta yang uruskan." Jawab permaisuri ringkas.

Akhirnya, fajar pun mulai menyingsing. Permaisuri membawa gundik di atas bukit.

"Tuanku, kakiku sudah mula kejang, sebentar lagi  saya akan berubah menjadi duyung. kakiku juga sukar untuk melangkah. tuanku, ada baiknya kita kembali turun ke bawah." Pinta Ayehe.

Kasih Dari Dasar Laut.Where stories live. Discover now