"Eh Duck Face, tak faham bahasa ke?!Aku tak rasapun kau jawab soalan aku. Sekarang beritahu aku dekat mana kau."marah Blaze dalam panggilan.

Hana menjuling mata menyampah sebaik mendengar bebelan Blaze. Lelaki ni ingat dia siapa?Nak arah-arahkan orang. Dasar pembuli jerkface! Memang taklah dia nak beritahu. Ganggu ketenteraman jer! Cukuplah dengan stress yang dia alami gara-gara lelaki bertuah ni.

"Hana Delisha!"bentak Blaze dengan lantang dalam panggilan setelah Hana mendiam tidak memberi respon.

Serta merta Hana jauhkan telefonnya dari telinga. Terkejut bila dengar suara marah Blaze. Dia hayun penumbuk kerana geram ke skrin telefonnya. Seakan telefon itu adalah Blaze.

"Hei!"bentak Hana semula. "Siapa senior nak bentak saya macam tu hah!"ingat lelaki ni je ke yang boleh tinggikan suara. Dia pun boleh lah.

"Fine...kau tak nak beritahu ya. Aku akan cari kau sendiri. Dan bila aku jumpa kau. Siap kau nanti!"ugut Blaze sebelum memutuskan panggilan.

Hana melepaskan dengusan mengejeknya lalu meletakkan telefonnya semula ke dalam poket kot. Ingat dia takut. Cubalah cari kalau tahu. Sekalipun lelaki tu tanya Nadine, kawannya itu takkan beritahu!

Sambil bernyanyi kecil, Hana bawa tangan kanan ke belakang kepala. dia goyangkan kakinya yang tidak sakit ke kanan dan kiri dengan senang hati.

Hmm...kan bagus kalau hari-hari macam ni.

10 minit kemudian, ZRAAPP! Bunyi langsir diselak dengan kasar kedengaran. Membuatkan mata Hana terbuka serta merta. Dia terus duduk tegak setelah melihat orang yang berdiri di sebelah katilnya itu.

"What the hell?!"tanya Hana dengan muka tergamamnya.

Macam mana lelaki ni boleh tahu?

Langsir tadi ditutup semula. "Well-well...tengok aku jumpa siapa?"kata Blaze dengan nada sinisnya semasa memandang Hana yang serupa seperti arnab terjerat dalam perangkap.

Hana tilik Blaze dari atas sampai bawah dengan curiga. Apa lelaki ni?Macam mana boleh tahu dia dekat sini secepat ni?Superman pun tak secepat ni lah.

"Macam mana senior boleh tahu saya dekat sini?"soal Hana semasa duduk tegak dan menyilakan kakinya yang tidak cedera di atas katil.

Blaze dekati katil Hana lalu duduk di birai tersebut menghadap Hana. Mulanya Hana bergerak hendak jauhkan diri, tapi Blaze cekau kolar kot Hana untuk hentikan gadis itu.

"Hei!"marah Hana semasa kolarnya dicengkam begitu. Keningnya mencerlung tajam semasa memandang muka Blaze yang hanya berjarak sejengkal sahaja darinya. "Nak apa ni."

"Aku dah beritahu kau untuk behave kan?" tanya Blaze dengan serius sambil mengoncang sikit Hana dibalik cengkaman pada kolar itu.

Hana pegang tangan Blaze. Dia tolak tangan yang ada di kolar kotnya dengan kuat tapi tak berganjak. Apa yang lelaki ni makan sampai kuat macam ni.

"Lepaslah, senior tak pernah belajar adab ke! Sampai manhandle lady macam ni?"Hana tumbuk lengan Blaze. Tapi sikit pun tak ada gunanya.

"Kau?Lady?Tolonglah..."cebik lelaki tu semasa menarik Hana supaya rapat kepadanya.

Hana kebelakangkan kepalanya semasa hidungnya hampir bertemu dengan hidung Blaze.

"Senior nak apa dari saya ni?Kenapa senior buat semua ni?Apa salah saya dekat senior? Huh? Dah tak ada life langsung sampai nak ganggu ketenteraman orang lain?Saya fed up tahu tak dengan semua ni. Saya tahulah senior suka buli orang dan lihat orang sengsara, tapi tak bermakna saya kena diamkan diri bila senior ganggu saya macam ni. Saya dah minta maaf kan, tapi senior tak nak terima. Lagipun senior hutang saya dengan surat cinta yang senior tak pulangkan sehingga sekarang. Sekarang ni yang patutnya saya yang marah bukan senior sebab senior dah buatkan saya tertekan selama beberapa minggu ni....-"bebel Hana tanpa henti seperti biasa.

Blaze yang dengar berasa rimas, dia memejam mata menahan sabar lalu berderam geram.

"Diam!"

"Macam mana saya nak diam lepas apa yang dah berlaku. Sebab seniorlah saya sakit macam ni. Kalau senior tak muncul dan ganggu hati dan otak saya, tak adanya saya cedera bagai dan buat perangai macam orang hilang akal tak cukup tidur..."sedang Hana membebel Blaze membuka mata lalu memandang jengkel ke Hana.

Tanpa amaran Blaze menekup mulut Hana dengan tangan kanan.

Mata Hana terbutang luas apabila hal itu terjadi. Dia terpaku untuk beberapa saat semasa bertentang mata dengan Blaze. Tatapan dalam lelaki itu buatkan jantung di dalam dada berdetak aneh.

Terdapat garis emosi yang tak dapat dijelaskan melalui tatapan Blaze ketika itu. Seakan ada yang lelaki itu ingin katakan, tetapi tidak terluah.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα