3

142 24 8
                                    


UDARA segar dihirup. Naura mengukir senyuman nipis. Terasa segar badannya bila habis bersenam dari pukul tujuh hingga lapan pagi.

Naura berjalan menghampiri kerusi batu yang tersedia. Dia melabuhkan duduknya. Peluh yang laju menitis, dikesat dengan tuala putih.

Telefon dicapai lalu muka depan skrin di pandang sekilas. Tiada mesej. Telefon kembali disimpan. Sambil menunggu badannya keringk dari peluh, mata Naura ligat bergerak ke kiri dan kanan. Memperhatikan setiap gelagat orang disekeliling.

Adakala bibirnya menguntum senyuman lebar, bila melihat gelagat lucu atau comel.

"Aduh!"

"Aish, Ika. Jaga-jagalah! Kau tu sakit, janganlah aktif sangat." Mata Naura menangkap kelibat seorang perempuan sedang memapah seorang lagi kawannya bangun.

"Alah, kau ni overprotective sangatlah. Rileks lah," Gadis yang mengaduh sakit tadi ketawa. Tindak-tanduk mereka hanya diperhatikan oleh Naura dari jauh.

"Over tak over, aku sayang kau tau! Aku ada sahabat, kau sorang je. Ni, kau sakit... mestilah aku risau. Aku ni doktor, aku tahu kondi-" Kening Naura terangkat. Makin kuat suara gadis sakit tadi ketawa. Malah, gadis sakit itu menutup mulut kawannya dari terus membebel.

"Rileks lah. Aku pun doktor lah. Aku tahu kondisi aku, dan aku tahu sakit aku. Ini badan aku, aku tahulah. Kau jangan risau sangat, rileks je. Setakat aku tergelecoh je, kau dah kecoh satu kampung!" Naura berpaling. Pandangannya dijatuhkan ke bawah. Telefon sekali lagi dicapai dan gallery dibuka.

Gambarnya dan Fatima berswafoto terpampang jelas depan skrin telefon pintarnya.

"Fatima... aku tak sepatutnya fikir macam tu."

Imbas kembali...

"Naura... boleh aku minta sesuatu?" Suara Fatima memecahkan kesunyian diantara Naura dan dia. Naura mengangguk. Badannya terasa lemah. Selamatlah Fatima bawa dia ke hospital cepat, bolehlah masukkan air dalam badan. Nak harap Naura jumpa doktor sendiri?

"Aku sayang kau sangat. Aku dah tak ada orang yang mampu aku anggap sahabat, lawan, keluarga macam kau..." Tangan Naura digenggam kemas oleh Fatima. Dengan mata yang bergenang, lurus anak mata Fatima tertumpu pada wajah Naura.

"Kenapa ni? Kau janganlah emosi sangat, weh..." Naura ketawa lemah. Tenang Naura mengukir senyuman.

"Tolong jangan tinggalkan aku. Tolong..." Dahi Fatima menyentuh genggaman kemas tangan mereka. Air mata yang menitis laju, dihiraukan.

"Hey, kenapa ni Fatima? Aku tak kemana-manalah. Kau buat macam aku ni..."

"Tolong jangan mati... jangan bunuh diri... jangan tinggalkan aku sendiri." Dengan wajah yang penuh mengharap, Fatima membalas pandangan kosong Naura. Seketika sunyi.

"Ya. Selagi ajal aku tak sampai, aku tak akan cari ajal sendiri. Aku janji." Genggaman kemas tangan Fatima, Naura balas. Tak sepatutnya dia berfikir begitu, hanya kerana seorang lelaki.

"YA, WAALAIKUMUSSALAM." Nombor yang tertera sekali lagi Naura pandang.

Nombor tak dikenali.

Satukan CintaWhere stories live. Discover now