Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Bab 8

498 3 0
                                    

INTAN telah menjadi seorang isteri. Walaupun

begitu, dia masih berasa gementar, apakah yang akan

berlaku setelah dia bergelar isteri kepada Assad Effendi,

pemuda yang diketahuinya cepat naik darah dan

mempunyai hati yang keras.

Dia pasrah dengan nasibnya. Berjanji pada

dirinya, kalau derita, akan ditempuhinya dengan tabah.

Kalau bahagia pula, dia akan bersyukur dan tidak

akan lupa daratan. Kemudian, apa yang diragukan,

memikirkan pernikahan ini tidak dengan kerelaan hati,

adalah mustahil dia akan bahagia.

Intan memerhati sekitar bilik tidur itu. Sebuah

bilik tamu di rumah Pak Haji Hasyim. Biliknya tidaklah

besar, tetapi keadaannya kemas, rapi dan bersih. Dia

dan Assad akan menginap di bilik itu hanya malam ini

sahaja. Esok Assad dan teman-temannya akan kembali

ke tanah besar. Sudah pasti dia juga akan mengikut

sama.

Jam dinding di ruang tamu rumah pak imam

berbunyi dua kali. Menunjukkan sudah jam 2 pagi.

Suaminya masih belum pulang. Tadi, suaminya keluar

bersama teman-temannya untuk menurunkan khemah

dan jangkanya mereka akan bermalam di rumah pak

imam.

"Kenapa masih duduk di situ?" Assad menegur

dengan suara yang dalam. Tiba-tiba suaminya sudah

tercegat di ambang pintu.

Intan terkejut dan pantas menoleh. Namun,

apabila melihat wajah serius suaminya, dia ketakutan

dan menundukkan kepala.

Assad segera menutup pintu bilik rapat-rapat.

Meskipun bunyi pintu yang ditutup itu tidak begitu kuat,

sekali lagi Intan terkejut. Jantungnya berdebar kencang.

"Aku tanya, kenapa masih duduk di situ?"

ulangnya lagi. "Disebabkan kau berharap sangat nak jadi

isteri aku, kenapa tak tanggalkan dulu pakaian kau?"

Sinis bicaranya.

Merah wajah Intan. Bibirnya digigit rapat. Dia

tidak mahu suaminya marah-marah, jadi dia bangkit dan

beredar ke satu sudut.

"Ke mana kau nak pergi?" Assad bersuara.

Sangkanya Intan cuba melarikan diri.

Terhenti langkah Intan. Dia hanya menunduk.

Tidak berani menentang mata suaminya.

"Saya mahu tanggalkan pakaian," jawabnya,

sinis juga.

Assad mendengus.

"Sini saja tak boleh? Sekarang kita kan dah jadi

suami isteri, apa nak dimalukan?"

Sekali lagi pipi Intan terasa hangat. Dia menggigit

Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf HamzahWhere stories live. Discover now