chapter 24 - terima kasih taehyung

1.9K 198 25
                                    


ok gais , chapter ni mungkin agak membosankan sikit hokhok tapi sis harap korang boleh layan lagi lah okehh. sis janji chap seterusnya akan lebih dasyetttt tauu . ok bubbye lebiuuu my readers sekalian 😂😘

**

" awak rasa apa yang awak buat ni betul ke ? "

minju mula bersuara . sejujurnya bila dia tengok lyea diperlakukan seteruk itu oleh jimin cukup membuatkan perasaan simpati pada lyea mula terbit dihatinya.

" saya tak rasa awak berhak nak hukum dia sampai macam ni sekali jimin " sambungnya lagi.

dan katanya itu cukup membuatkan jimin mula berasa tidak puas hati . baru haritu minju bersetuju untuk lakukan benda ni bersamanya namun sekarang kenapa tiba-tiba dia pula dipersalahkan

" yalah jimin , aku pun rasa kau tak patut buat lyea seteruk ni. Kesian dia " tambah sungwoon

" apa masalah korang berdua ni ? " soal jimin dengan kasar

" maksud saya , walaupun awak berdendam dengan lyea sekalipun, ini bukan caranya untuk balas "

perlahan kaki jimin melangkah mendekati minju. sejujurnya mahu saja dia lakukan sesuatu pada gadis itu namun dia masih menahan perasaannya .

"habistu cara apa yang betul ? Kau nak aku tengok je dia buat apa yang dia suka ? buat apa yang dia nak sampai dia langsung tak rasa bersalah atas apa yang dia buat pada aku hah ? Eh aku tak bodoh lah dan aku bukan pengecu— "

" tapi awak ego "

potong minju . dia cuba dengan sedaya upaya untuk memberanikan diri dengan lelaki yang panas baran dihadapannya sekarang. sejujurnya dia amat mengenali bagaimana orang seperti jimin ni , jenis yang suka bertindak tanpa berfikir panjang dan diluar jangkaan .

" apa yang dia dah buat pada awak , biarkan saja tuhan yang balas  . itu bukan kerja awak untuk menghukum dan sakiti dia "

jimin sekadar diam namun lain pula disudut hati . sememangnya dia sengaja memberi ruang pada minju untuk menceramahi dia. walaupun kebenaranya dia langsung tak mendengar kata-kata yang digelarnya sampah .

" dan awak fikir dengan cara awak balas dendam macam ni , perkara ni akan selesai dan hati awak akan puas ? Tak jimin "

" kau tak ada di tempat aku dan kau tak faham— "

"saya juga pernah tumpas ditangan lyea , saya pernah disakiti dia juga jadi saya tahu bagaimana perasaan tu "

" kau tak payah lah nak menyebelahi dia , dia tu bukannya baik pun . diri kau sendiri pun dia makan "

balas jimin sebelum dia membuka langkah meninggalkan minju yang semakin galak ingin berdebat dengannya.

" dia pernah cuba bunuh awak tapi awak terselamat . Kalau awak nak hukum dia disebabkan dia dah bunuh anak awak yang dia kandungkan , you're totally a mess jimin . Anak boleh dicari tapi seorang ayah ? sampai mati takkan ada pengantinya tapi awak senang-senang gugurkan nyawa papa lyea kan ? manusia jenis apa ya awak ni ? langsung tak ada hati perut ! "

nafas dihembus kasar . pelbagai sumpahan jimin ungkapkan didalam hati . makin lama dia melayan minju makin buat dia berasa marah . dia cuma risau yang nasib perempuan tu akan sama pula dengan papa lyea .

" pergi mampos lah apa yang kau nak cakap " balasnya ringkas sebelum dia meneruskan langkahnya .

kelibatan jimin direnung tajam oleh minju dari belakang . tanpa membuang masa lagi dia terus berpatah balik semula ke dewan yang lyea dikurung tadi bersama sungwoon

" aduh kunci pula ergh sungwoon awak ada kunci lebihan kan ? "

sungwoon sekadar mengangguk lalu dia mula mengeledah poket seluarnya . dengan pantas minju membuka pintu tersebut dengan kunci

BANGG
BANGG
BANG !!

bunyi beberapa tembakan terus membuatkan minju dan sungwoon terkejut . tanpa membuang masa lagi pintu ditolak .

terpampang 6 orang lelaki yang sudah terbaring diatas lantai dengan lumuran darah akibat terkena tembakan daripada taehyung .

mata minju mula melirik kearah lyea yang sedang meratapi papanya , pantas gadis itu dirapati.

" taehyung , apa yang dah jadi ni ? " soal sungwoon .

" sebelum jimin suruh aku datang sini aku terniat nak bawa pistol ni sekali so tadi aku tak sanggup nak tengok lyea kena teruk dengan diorang jadi aku cuba lah halang tapi diorang lawan , aku malas nak fikir panjang aku tembak jela terus bagi mampos sekor-sekor "

terang aehyung dengan panjang lebar . belakang kepalanya mula digaru dengan bahagian hujung pistol sebelum dilemparkan ke atas tanah lalu dipijaknya hingga berkecai .

" aku tak sangka kau seorang lelaki yang baik kim taehyung ..."

" jap mana kau tahu nama family ak—"

pantas sungwoon memeluk badan taehyung untuk seketika walaupun ditolak berkali-kali .
Disudut hati sungwoon mula berasa bangga dengan taehyung. walaupun dia tahu yang dulu taehyung juga pernah tergilakan lyea namun kalini lelaki tersebut telahpun berebuh .

syukur .

" lyea.. dah lah jangan meraung macam ni , tak elok "

lembut bahu lyea , minju sentuh lalu diusapnya perlahan-lahan . sejujurnya dia berasa sangat bersalah sebaik sahaja melihat lyea menangis seteruk ni .

mahu taknya , dia juga dikira punca juga atas kematian ayahnya.

" t-tolong panggilkan ambulan hikks... papa..." erat badan papanya dipeluk . darah yang masih mengalir dari kepala papanya langsung tak diendahkan lagi

" tak boleh lyea .. kita kena pergi cepat sebelum ada yang dapat tahu apa yang terjadi kat sini , malang kita nanti "

ucap taehyung . dia juga turut kasihan pada lyea. walaupun dia masih tak dapat terima kenyataan dengan apa yang lyea pernah buat pada dia dulu semasa dia betul-betul cintakan gadis itu namun dia tetap cuba menutup perasaan negatif tersebut .

" ya lyea . jom kita pergi dari sini . lagi pun papa.. papa awak dah tak ada " serba salah minju ingin mengungkapkan ayatnya .

walaupun lyea masih meraung dan menolak ajakan minju,taehyung dan sungwoon , mereka bertiga tetap berkeras menarik lyea keluar dari tempat tersebut .

meskipun agak sukar, akhirnya mereka dapat pergi dari tempat yang dipenuhi mayat itu bersama lyea.

" kita nak pergi mana ni ? " sempat sungwoon menyoal sebaik sahaja dia baru menyedari yang mereka berempat masih tiada hala tuju .

" aku nak jumpa nyea .. tolong bawa aku pergi rumah dia "

tanpa menyoal banyak perkara , mereka segera bergegas menuju ke kereta Taehyung sebelum dapat diketahui oleh jimin tentang apa yang berlaku pada mereka .

" sekejup "

belum sempat taehyung ingin memasuki keretan , pantas lyea menegur . memandangkan sungwoon dan minju sudahpun berada didalam perut kereta jadi ada lah sedikit ruang lyea ingin mengucapkan sesuatu kepada taehyung

" kenapa ? "

" terima kasih taehyung " balasnya disertakan senyuman kelat .

begitu juga dengan taehyung , dia tidak membalas tetapi hanya senyuman menghiasi bibirnya.

Vvroom !

pedal minyak ditekan kuat oleh taehyung sebaik sahaja mereka berempat sudah pun berada didalam perut kereta .


- tbc -

godaan.Where stories live. Discover now