AM 7

1.8K 64 35
                                    

Dia mulai keluar daripada perut kereta bersama-sama dengan stapler gun dan lembaran kertas A4 setebal telefon pintar Samsung A9. Lembaran kertas itu dicetak dengan butiran-butiran berkenaan Aralyn bersama nombor telefon Han yang tertera di bawah.

BUTIRAN KEHILANGAN GADIS

NAMA: ARALYN MIKAYLA

UMUR: 18 TAHUN

CIRI-CIRI FIZIKAL: BERAMBUT COKLAT KEPERANGAN, ANGGARAN TINGGI 165 CM

STATUS: GADIS, BELUM BERKAHWIN DAN KEHILANGAN IBU BAPA

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI;- 011-98776534

Setelah puas diteliti kertas-kertas itu, dia mula menampal sehelai demi sehelai kertas tersebut pada palang, tiang dan batang-batang pokok di sekitar kawasan kediamannya dan juga pekan bandar.

"Kalau ada orang yang call aku hari ni, maknanya selama sebulan ni lah kau menipu keluarga aku. Tunggulah kau Aralyn Mikayla. Hari malang kau akan tiba tak lama lagi." Sengihan sinis mula ditayangkan apabila Rizhan berdialog sendirian.

🍰

"Umi! Oh umi! Ara nak pergi 99 speedmart kejap tau! Nak beli barang!" Teriak aku kepada umi yang berada di kebun bunganya selepas keluar daripada pagar.

"Okay! Jangan diri baik-baik tahu! Jangan bagi penculik tu culik Ara lagi!" Balas umi sambil tangannya ligat menggembur tanah di dalam pasu.

"Okay, umi!" Aku terus berjalan menuju ke arah kedai runcit tersebut.

"Penculik tu takkan culik Ara lagi umi, sebab penculik tu kawan Ara. Mana ada orang nak culik kawan sendiri kan?" gumamku sendirian. Tawa aku meletus seperti orang gila apabila terkenangkan peristiwa yang berjaya menjadikan aku seorang anak angkat orang kaya. Haih, macam manalah kau ni boleh pandai berlakon Ara.

Tawa aku dengan automatiknya berhenti apabila melihat satu kertas A4 yang banyak ditampal di tiang-tiang lampu dan pokok-pokok di kawasan ini. Aku berjalan laju menghampiri tiang elektrik yang berdekatan untuk membaca apakah yang tertulis pada kertas A4 itu.

Serta-merta aku menekup mulut sendiri apabila melihat setiap patah perkataan yang tertera pada kertas tersebut.

"Oh my god! Siapa pulak yang tampal benda ni? Masak hanguslah aku kalau umi dengan babah nampak benda ni." Aku mengerling ke arah kiri dan kanan aku.

Tiada orang.

Bagus!

Aku terus mencabut kertas yang tertampal di tiang itu.

"Nampaknya, balik lambatlah aku macam ni." Aku melihat sekeliling kawasan kediaman ini. Fuh! Banyak betul kertas. Ini mesti kerja si Tengku Rizhan Kassyaf! Cis, tak guna punya mamat!

Tanpa membuang masa, aku berjalan dengan pantas ke arah keberadaan kertas-kertas yang ditampal oleh mamat-tak-guna-kurang-attention tu. Ish, kalau tak tambah kerja aku, tak sah tahu mamat bajet tu!

"HAA, lambat kamu balik? Kamu pergi speedmart ke menyimpang tempat lain sekali?" Seloroh umi.

"Umi, kalau umi nak tahu, anak lelaki tak guna umi tu cuba nak bahayakan identiti Ara. Dia tak boleh ke duduk diam-diam buat kerja dia? Ada aje cara dia tu nak kacau Ara ni. Ya Allah, kalau lah si Han ni bukan anak umi, dah lama Ara saman mamat kurang kasih-sayang ni tahu?"

Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]Место, где живут истории. Откройте их для себя