Zafriel hanya angguk. Zarif senyum nakal. "Lunyai anak daddy kamu kerjakan eh? Tu belum bangun-bangun lagi." usik Zarif sambil memuncungkan mulut ke dalam bilik pasangan itu. Dia dapat melihat Aurelia yang masih berselubung dalam selimut.

Zafriel hanya sengih. Pipinya berbahang kerana malu. Zarif tergelak besar. Dia menepuk-nepuk bahu Zafriel. "You are the man." tuturnya sebelum beredar. Zafriel ketap bibir sebelum menutup pintu.

Zafriel melangkah ke arah katil. Dia tersenyum lebar memandang Aurelia yang masih tidur. "Ara.." Zafriel menggerakkan sedikit lengan Aurelia.

"Hmm.."

Zafriel senyum kecil. "Bangunlah. Mummy panggil makan." kata Zafriel lembut.

"Tak nak.. Penat.." rengek Aurelia. Matanya dipejam rapat sambil tangannya memeluk lengan Zafriel dengan erat. Zafriel senyum.

"Tak nak makan?"

Aurelia geleng. "Nak tidur.."

Zafriel mengusap lembut kepala Aurelia. "Okay, aku turun makan kejap. Nanti lepas tu, aku teman kau, okay?" pujuk Zafriel. Aurelia hanya angguk. Zafriel menarik lengannya dari terus dipeluk. Sempat, bibirnya mengucup lembut dahi Aurelia sebelum beredar keluar. Aurelia buka mata sedikit bila jejaka itu melangkah keluar. Senyuman terukir di bibirnya sebelum dia kembali memejamkan matanya.

Zafriel menuruni tangga. Kakinya mengorak langkah ke ruang makan. Senyuman terukir di bibirnya sambil melabuhkan punggung di sebelah Zarif. Zarif hanya diam sambil sembunyi senyuman.

"Ara mana Zaf?" tanya Nura bila melihat anaknya itu tiada di situ. Zafriel mengangkat wajah memandang Nura. Serentak itu dia tersengih.

"Err, ada kat atas. Dia tengah tidur. Penat katanya." kata Zafriel. Nura kerut dahi.

"Tidur? Masa sekarang? Eh, awal lagi ni, Zaf." kata Nura. Zafriel hanya sengih. Zarif menarik tangan isterinya itu untuk duduk.

"Biarlah Ara tu. Penat melayan suami. Macamlah sayang tak tahu." kata Zarif. Nura memandang wajah suaminya itu sebelum pandangannya jatuh pada wajah Zafriel yang hanya sengih. Setelah itu, hanya gelengan dijadikan sebagai balasan.

•••••||•••••

Aurelia yang termenung di balkoni bilik tersentak apabila sepasang tangan melingkari pinggangnya. Senyuman terukir di bibirnya bila hidungnya disajikan dengan bau badan yang forever dia adore. Bau yang manly dan charismatic. Sesuai dengan personaliti si pemakai.

"Buat apa kat sini? Tak sejuk ke?" soal Zafriel sambil dia meletakkan dagunya di atas bahu Aurelia. Pelukan pada pinggang Aurelia dieratkan.

"Sejuk. But that's before you are here."

Zafriel tersenyum. "Really?"

Aurelia senyum. Buat beberapa ketika, mereka diam, melayani perasaan masing-masing. "I love you." bisik Zafriel. Aurelia memandang Zafriel yang sudah beralih ke tepinya. Zafriel hanya senyum sambil dia menarik tangan Aurelia. Seutas gelang yang pernah dikembalikan Aurelia kepadanya pada suatu ketika dahulu dikeluarkan dari poket seluarnya. Tergamam Aurelia saat melihat gelang itu.

"Zaf.."

Zafriel senyum sambil dia menyarungkan gelang itu pada pergelangan tangan Aurelia. "Kau masih simpan gelang ni?" soal Aurelia sebak. Zafriel angkat muka memandang wanita itu.

"This is yours and forever, it's yours." tutur Zafriel. Zafriel memeluk lembut badan Aurelia. "Ara, aku sayang kau lebih daripada segalanya. Aku tak boleh kehilangan kau lepas apa yang jadi. Aku tak nak kau jatuh pada orang lain lagi. Aku cuma nak kau ada dengan aku pada setiap masa, tak kira ketika aku happy atau ketika aku sedih. Aku takkan berjanji yang aku akan ada dengan kau buat selama-lamanya, tapi aku janji dengan kau yang aku akan ada bukan sahaja ketika kau tengah happy tapi juga pada setiap masa kau tengah menghadapi kesulitan. Aku takkan biarkan kau menangis sendiri dan aku janji, the rest of my life is just for you. I'm not here just for the pretty parts of our life but I'm here for each parts of our life, either it's a pretty parts or it's an ugly parts. I will love you in the best ways in your better days and I will love you even harder in your hard days. Because you.." Zafriel mengusap lembut pipi wanita itu. "You are my euphoria."

•••••||••••••








































Donee! So guys, ada bad news huhuhu .. This is maybe, MAYBE my last update for the time being. Gonna uninstall this app very soon. So, jangan tunggu update dari saya untuk Hate To Love and Cinta Untuk Dia. Saya dah mengantuk sekarang ni tapi disebabkan esok, saya akan fully offline, no insta, no whatsapp, no wattpad.. Saya tulis this special sweet chapter for you guys 🐾Saya harap korang enjoy lah this special sweet chapter yang saya tulis dalam keadaan sleepy, hahaha 🐾 I'll give you guys more and more update lepas SPM habis (28/11) 🐾 So, sementara tunggu saya habis SPM, korang luangkan lah masa untuk baca karya Azunte18 yang bertajuk The Hearter 🐾 Do support her story 🐾

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now