38

15.5K 765 9
                                    

Aurelia yang melihat Calvin sedang berbual mesra dengan salah seorang pekerjanya mencebik. Laju, Aurelia melangkah ke arah jejaka itu.

"Seronok nampak?"

Calvin tersentak. Dia memandang Aurelia yang berpeluk tubuh. Sengihan di bibir ditayangkan di wajah. "Hello."

Aurelia geleng kepala. "Cepatlah masuk." kata Aurelia sambil berpaling untuk masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusinya. Tidak lama kemudian, Calvin masuk.

"So, kau nak aku buat apa?" soal Calvin terus. Aurelia senyum. Ini yang dia suka tentang Calvin. Walaupun suka berfoya-foya, tetapi kalau kerja, memang profesional dan hasil kerjanya memang memuaskan. No wonder daddy sayang sangat dengan Calvin ini.

"Aku nak kau cari maklumat tentang Farin."

Calvin kerut dahi. "Farin? Kawan arwah Mikael, kan?" soalnya untuk memastikan. Aurelia angguk. Calvin jongket kening. "Kau nak tahu apa pasal dia?"

"Everything. Aku tak kisahlah kau cari pasal family dia ke, datuk nenek moyang dia ke, yang aku tahu, aku nak everything that I should know will be on my table." kata Aurelia tegas. Calvin hanya angguk, tanda setuju walaupun tertanya-tanya fungsi semua itu.

"Tu je?"

Aurelia geleng. "Aku nak cari pasal kemalangan yang menimpa Zafriel Fiyan yang lalu." tutur Aurelia. Makin berkerut dahi Calvin. "Aku dah cari kat google semalam pasal kemalangan dia but no results. Takde satu pun media yang menyiarkan tentang berita kemalangan dia setahun yang lalu. I wonder why. So, please, aku nak kau cari semua tu." jelas Aurelia.

Calvin hela nafas dan angguk. "Just leave it to me." kata Calvin. Aurelia angguk. "But hey.."

Aurelia angkat wajah. Keningnya dijongketkan tanda bertanya apa.

"Payment double kan?" soal Calvin sambil tersengih-sengih. Aurelia mencebik. Dia mengeluarkan buku cek dari laci meja kerjanya itu. Butir-butir di dalam buku cek tersebut diisi.

"Sebagai deposit, aku bagi kau 3K dulu. Enough?" soal Aurelia sinis. Calvin tersengih. Laju, tangannya mengambil helaian cek tersebut.

"Okay. Aku akan bagi kau semua maklumat yang kau perlukan as soon as possible." janji Calvin.

Aurelia mencebik. "Aku bagi duit baru nak cakap macam tu. Dengan aku pun nak berkira ke?" soal Aurelia, jengkel dengan sikap Calvin. Calvin jungkit bahu.

"Kawan memang kawan, tapi work still a work. Kau ingat senang ke nak masuk dalam privacy orang, nak hack semua tu?" bebel Calvin. Aurelia mencebik.

"Yea, whatever. I don't even care." balas Aurelia. Calvin mencebik. Aurelia memandang Calvin yang tiada ura-ura ingin keluar. "Kau buat apa lagi kat sini? Tak reti nak pergi buat kerja?" tegur Aurelia. Calvin tersengih.

"Sorry!" Kerusi ditolaknya ke belakang sebelum bangun. "See you, bye!"

Aurelia hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap Calvin. Sebaik sahaja Calvin keluar, Aurelia menghidupkan MacBook miliknya. Kertas lakaran untuk dipersembahkan kepada kliennya tengah hari nanti diteliti untuk memastikan tiada kecacatan pada lakaran tersebut. Perfect!

Bunyi deringan daripada iPhone miliknya membuatkannya memandang ke sudut mejanya. Segera, panggilan disambutnya tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello.."

"Aurelia Imanina.."

Automatik badan Aurelia tegak saat mendengar suara tersebut. Dia terus melihat skrin telefonnya itu. Private number?

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now