40

18.9K 859 60
                                    

"Marry me?"

Aurelia diam. Zafriel diam, menunggu jawapan daripada gadis itu. Lama mereka dalam keadaan seperti itu sehinggalah Zafriel kembali bersuara kerana tidak dapat menahan debaran di dada.

"Ara? Answer me, please."

Aurelia menunduk. "No. Aku tak nak." tutur Aurelia perlahan. Zafriel jelas tidak percaya dengan jawapan gadis itu. Spontan, tangannya memegang bahu Aurelia agar gadis itu memandangnya.

"Kenapa?" soalnya sepatah. Giginya berlaga sesama sendiri. Aurelia memandang wajah tegang Zafriel.

"I just can't. Kalau aku kahwin dengan kau, Farin akan cuba untuk cederakan kau lagi. Aku tak nak benda tu jadi. Aku tak nak sesiapa terluka disebabkan urusan aku dengan dia." tutur Aurelia. Zafriel hela nafas.

"Look, Ara. Aku ajak kau kahwin bukan je sebab aku sayangkan kau. Tapi aku nak lindungi kau daripada lelaki psiko macam Farin tu. Apa yang buat kau yakin dia takkan cederakan aku even kalau kita tak kahwin?" soal Zafriel. Aurelia diam. "Kalau dia tahu aku masih hidup, tak kisahlah aku kahwin dengan kau atau tak, kalau dia nak bunuh aku, dia akan bunuh aku."

"Zaf!" suara Aurelia naik seoktaf. Zafriel diam. Aurelia menepis tangan Zafriel dari terus memegang bahunya. "Aku tak suka kau sebut pasal tu!" marah Aurelia. Zafriel hela nafas.

"Aku cakap based on the truth je."

Aurelia tidak menjawab. Zafriel mengeluh. Dia memusingkan badan Aurelia yang sudah membelakangkannya. "My baby monster.." panggil Zafriel. Aurelia diam. "Pasal Farin, kau jangan risau. We'll think about it together. Cuma sekarang ni, it's about us." tutur Zafriel perlahan. Aurelia masih diam.

"Aurelia Imanina, this is my last time tanya kau, lepas ni takde dah." ugut Zafriel. Aurelia menjelingnya. Zafriel sengih. "Will you marry me?" soal Zafriel. Aurelia diam.

"Don't say no."

"Hello, it's my choice. So suka hatilah."

"Did I give you a choice?"

Aurelia mengetap bibir. "Kalau macam ni kau layan aku, memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Belum apa-apa dah kongkong aku. Kau ingat kau siapa?"

"Bakal suami kesayangan Aurelia Imanina."

Aurelia mencebik. "Confident je cakap kau tu bakal suami aku." balas Aurelia.

"Confident is a must."

Aurelia mencebik buat kesekian kalinya. Menyampah dengan sikap Zafriel. "Ara. Jawablah. Takkan kau nak biar je." rengek Zafriel. Aurelia sembunyi senyuman.

"Tanya lagi." arahnya.

"Aku dah cakap that is my last time tanya."

"Then you won't know my answer. Simple."

Zafriel merengus. "Cakap jelah kau tak nak kahwin dengan aku!"

"Ha'ah, memang aku tak nak kahwin dengan kau. Tapi kau yang paksa." balas Aurelia selamba. Zafriel merenungnya.

"Then suit yourself!" Zafriel terus ingin melangkah keluar namun tangannya ditarik oleh Aurelia. Zafriel tidak berganjak. Aurelia sengih dan berdiri di hadapan Zafriel.

"Zaf.."

Diam.

Aurelia senyum. "Aku tak nak, kau paksa. Bila aku suruh kau ulang balik, kau tak nak. Sekarang ni, kau nak merajuk dengan aku pulak. Budak-budak betul punya perangai."

Diam.

Aurelia mengemaskan jaket Zafriel. "Zafriel, soalan yang kau tanya kat aku tadi tu, that is a stupid question." tutur Aurelia. Zafriel terus menunduk untuk memandang Aurelia.

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now