Aurelia senyum sinis. "Tak bunuh?! Kau ingat aku tak tahu ke muslihat kau?! Kau upah orang untuk masukkan potassium dalam badan dia! Kau ingat aku bodoh sangat macam kau ke gila?!" Aurelia naik angin.

"Kau jangan lupa Farin, kau tak kenal aku lagi! Kau tak kenal family aku lagi! Jangan sampai aku naik hantu, baru kau nak cari tempat sembunyi! Jangan sampai aku sendiri yang bunuh kau!" ugut Aurelia.

Farin senyum sinis. "Kau boleh buat apa pada aku? Jangan lupa Ara, kalau kau berani buat apa-apa, maksudnya kau berani letakkan nyawa adik-adik kau dalam bahaya."

Aurelia senyum sinis. Ugutan jejaka itu langsung tidak memberikannya kesan. "Then kau jangan lupa juga, kalau kau berani apa-apakan adik-adik aku, rahsia kau akan aku bawa ke mahkamah. Masa tu, kau jangan merayu dengan aku lagi. Aku tahu, kau banyak buat jahat. Kau ingat aku tak tahu ke di sebalik kemalangan Zafriel, kau ialah dalangnya!"

Farin mengetap bibir. "Tak guna kau Aurelia!" Farin spontan mengeluarkan pistol yang diselitkan di belakang bajunya dan terus diacukan kepada Aurelia. "Jangan buat aku berkasar dengan kau!"

Aurelia tidak berganjak. Hanya senyuman sinis di bibirnya. "Tembaklah. Aku nak tengok macam mana muka kau bila polis cari kau. Kau, kalau jadi manusia jangan bodoh sangat. Dekat sini banyak cctv. Bila-bila je orang boleh tangkap kau."

Farin mengetap bibir. Terus, dia menurunkan tangannya. "Tak guna!"

Aurelia hanya memandang langkah Farin yang beredar. Seketika, tangannya berpegang pada tiang, cuba mencari kekuatan.

"Ara.."

Aurelia memandang Zafriel. "Zaf.."

Zafriel laju menyambut badan Aurelia sebelum badan gadis itu menyembah tanah. Pipi Aurelia ditepuknya perlahan. "Ara?"

Zafriel merengus. Dia mendukung badan Aurelia dan terus dibawanya masuk ke dalam keretanya. Sebaik sahaja memasangkan seatbelt untuk gadis itu, Zafriel beralih ke tempat pemandu. Badannya diboloskan ke dalam kereta sebelum dia mula memandu keretanya.

Sesekali dia mengerling sekilas pada Aurelia yang tidak sedarkan diri di sebelahnya. Niat untuk menjemput Aurelia balik dari kerja terbantut apabila dia mendengar pertelingkahan antara Aurelia dan Farin. Hatinya mengelegak panas bila melihat Farin hampir mencederakan gadis itu. Hampir sahaja dia memunculkan diri untuk berhadapan dengan Farin namun Aurelia lebih bijak berkata-kata sehingga Farin terpaksa berundur. Dia mengaku, Aurelia sememangnya gadis luar biasa. Seorang yang berani dan kuat. Yang langsung tidak takut pada ancaman. Namun, dia risau sekiranya keberanian gadis itu hanya akan membuatkan Farin semakin menyimpan dendam dengannya. Dia tidak mahu Aurelia terluka.

Zafriel mengeluh. Wireless earbuds dipakaikan pada telinganya. Nombir Fikry didail. Tidak lama kemudian, panggilannya bersambung.

"Hah apa?"

"Kau masih lama lagi ke kat Scotland?"

"Lepas siasatan aku settle, aku balik Malaysia. Kenapa?"

"Kau pass kerja kau kat orang lain dulu. Sekarang ni, aku nak kau balik sekali dengan Grandpa dan Grandma. Aku ada kerja untuk kau kat sini."

"Kerja apa?"

"Kau sampai sini aku cerita. Yang penting, kau balik sini secepat yang mungkin."

"Er, aku bukan tak nak balik sana. Tapi sekarang ni, siasatan aku betul-betul dah hampir habis. Kalau aku stop dan pass pada orang lain, dah satu hal aku kena explain satu-satu."

Zafriel merengus.

"Okay, macam ni. Aku hantar Qyra ke Malaysia? Kau tahu kan kerja dia pun tip-top."

"Qyra?"

"Yes. Kalau kau okay, aku bagitau dia. Lagipun, dia takde buat apa-apa sekarang ni."

"Hmm.. Okay. Tapi woi, lepas je kerja kau kat sana settle, aku nak kau balik. Tak kisahlah Qyra ada ke tak."

"Okay, boss!"

"Okay."

Zafriel menamatkan panggilan. Dia memandang Aurelia yang masih lagi lena. Tangannya naik mengusap lembut kepala Aurelia yang dilitupi dengan tudung.

"Aku takkan biarkan sesiapa sentuh kau."

•••••||•••••





































































































Done! Another chapter for you guys to enjoy!

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now