BAB 12

1.9K 32 6
                                    

EISYA mencapai beberapa fail yang ada di dalam tray untuk dibawa masuk ke bilik bosnya. Langkah diayun dengan melekapkan fail-fail di dadanya. Nafas ditarik seketika sebelum tangannya mengetuk pintu beberapa kali.

"Masuk."

Pintu dibuka perlahan.

"Eisya, come."

Bibir Eisya segera mengoyak senyum. Langkah diatur menghampiri meja di hadapannya.

"Encik Ziddan, ini fail yang Encik Ziddan minta tadi."

Eisya segera meletakkan fail-fail itu di hadapan Ziddan.

"Terima kasih," ucap Ziddan sambil menatap wajah ayu di hadapannya.

Tetap manis seperti hari-hari biasa. Hari ini rasanya gadis ini bertambah manis bila mengenakan selendang bercorak bersama baju kurung yang bersulam. Wajah inilah yang membuatkan dia bersemangat untuk datang kerja setiap hari.

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu."

Eisya sudah mula rasa tidak selesa dengan renungan mata lelaki itu.

"Boleh you buatkan kopi untuk I?" pinta Ziddan tiba-tiba.

"Boleh, nanti saya buatkan." Eisya mengukir senyum.

"Jangan lupa, air mineral sekali ya," tambah Ziddan lagi sebelum sempat Eisya beredar.

"Baiklah. Macam biasa ya."

Eisya tergelak kecil. Tahu sangat akan kesukaan bosnya. Kalau minum kopi mesti nak kena bilas dengan air kosong.

"Ya, macam biasa. I ni kalau tak pekena kopi buatan you, rasa tak lengkap hidup I sehari-hari," tutur Ziddan sekadar mengusik gadis comel itu.

"Hmm, saya hanya bertugas pada hari biasa saja. Kalau hari minggu, tak dapatlah saya menolong."

Eisya pamer senyum.

Ziddan mengeluh perlahan. Badannya disandar ke kerusi.

"Itu yang susahnya. Kalau boleh, hari minggu pun I nak suruh you datang kerja sebab I rindukan kopi yang you buat."

Ziddan mengangkat keningnya bersama sengihan. Sempat pula dia gelak-gelak.

"Amboi, dah teruk sangat bunyinya tu. Encik jangan tuduh saya yang bukan-bukan ya. Saya tak ada pun jampi-jampi supaya encik terkenangkan kopi buatan saya tu."

Eisya tergelak kecil. Tahu sangat bahawa lelaki di hadapannya sekadar bergurau sahaja.

"Kalau you jampi pun, I tak kisah."

Sekali lagi Ziddan gelak-gelak.

Mata Eisya sudah membulat.

"Nampaknya, Encik Ziddan kena cepat-cepat cari orang rumah. Nanti penyakit angau kopi Encik Ziddan makin parah."

Kali ini barulah Eisya tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Cari orang rumah ya?" Mata Ziddan tepat memandang wajah Eisya.

Eisya mengangguk perlahan, mengiakan cadangannya. Lagipun, pada pendapat Eisya, lelaki di hadapannya tidak akan mempunyai masalah untuk mencari pasangan hidup memandangkan status, penampilan dan gayanya juga hebat. Dia yakin tidak akan ada perempuan yang menolaknya.

"I tak nak cari orang gaji, I nak cari isteri."

Ziddan bersuara dengan gaya santai. Matanya masih ralit menatap wajah Eisya dengan senyuman.

"Ya. Itu yang saya cadangkan tadi. Cari seorang isteri untuk temankan Encik Ziddan pada hari cuti, jaga makan minum, jaga pakai, temankan malam-malam dan macam-macam lagilah."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PALING AKU CINTAWhere stories live. Discover now