" Eo ? Sayang takde cakap pun . kenapa cepat sangat lupa ni. Ni mesti sayang rasa tak sabar kan. Maklumlah wedding kitakan bakal jadi wedding of the year. Kan sayang kan ? ...".

Yeonha tayang muka loya.
Uwerkk!

Please , aku tak ingin ngok !

" Kau jangan macam macam ea . Aku cekik kau kejap lagi. "
Perlahan sahaja Yeonha berbisik di telinganya namun Jungkook buat muka acah sweet.

" Amboi sayang nak cekik saya. Janganlah cekik lagi. Malu la kat sini. Nanti lepas acara wedding kita nanti kita check in la mana-mana hotel mahal . "

" HAHAHA ! "

" Gila la korang ni. Aku yang tak kahwin lagi pun rasa geli-geli. Nah Yeonha, kau kalau tertinggal benda ni mati kau. Kau jangan minta omma pergi hantar depan pintu pula. protection ni dek "
Usik Seokjin lalu melambung plastik hitam kecil ke arah Yeonha dan lantas ia disambut laju.

Cepat-cepat sahaja plastik hitam itu dimasukkan dalam bajunya. Malu kalau Jungkook nampak.

Dan seperti tekaannya, memang jelas mata Jungkook memerhatikan setiap perlakuannya.

Cis, semua kau nak ambil tahu. Serabutnya !

" Dah, jom sayang. Nanti kita lambat sampai pula. Kami pergi dulu, hyung " .

Yeonha angguk-angguk dan terus masuk ke dalam kereta .
Setapak kakinya masuk, Jungkook bersuara lagi.

" Andwae ! Oh my god, nak masuk kereta aku kau kena check tapak kasut dulu. Manalah tahu terlekat tahi anjing, tahi kucing . Kalau kotor kau nak buat apa ? Agak-agak lah, main masuk je . "

" Kau ni banyak bunyi betul. Aku geram je nak cili-cili mulut kau tu. Kau ingat aku bongok macam kau ke. Aku pun retilah benda macam ni. Tak payah nak ajar aku sangat. Macamlah kau seorang je ada kereta macam ni. Kereta pun bapak kau yang bayar ."
Luah Yeonha selamba dan terus menutup pintu.

" Kau ulang lagi sekali. Kau cakap apa ? "
Jungkook melontar pandangan tajam.

Yeonha buat-buat pakai seatbelt dan menghalakan pandangannya ke arah depan.

" Kau tak nak gerak ke ? Tadi bukan main kau suruh cepat-cepat."

" Kau jangan macam-macam. Aku perhati je kau. Tak faham aku ! "

" Tak faham sudah. Bila dah bongok tu tetap juga bongok. Hahaa—"

" Kau jangan nak rapat sangat dengan aku. Kan melekat unsur- unsur keselekehan kau . Aku pantang bila orang tengok aku lain macam bila berjalan dengan kau nanti ."

Tak habis lagi bebelan Jungkook kepadanya. Ada sahaja yang tak kenalah dekat mata dia.

" Macamlah aku bela saka moyang kau. Kalau ada pun dah lama aku suruh saka aku tu korek-korek isi perut kau. Bila kau dah mati. Aku pun tak perlu bersusah payah dengan nak kahwin dengan kau. Senang kerja aku, Jeon Jungkook ! "

" Diamlah, minah dobi . Aku stapler mulut kau baru tahu ".

***

" Tak nak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tak nak..."

Yeonha menggelengkan kepalanya tatkala dia mendengar pesanan Puan Ahn itu.

Gila !
Awal-awal nak buat apa omma.Itu namanya tempah bala.

" Apa yang tak nak . Elok lah tu, esok kamu dengan Jungkook dah nak kahwin. Sekarang ni lah masanya untuk kamu fikir apa nak buat esok ".

" Seokjin, tengoklah omma tu. Janganlah ajar aku yang bukan-bukan. Weh..."
Yeonha bangun dan menghentak kaki nya dilantai.

" Betul lah, omma. Janganlah, lagi. Yeonha tak biasa. Bagi dia masa ..."
Baiklah Seokjin, back up adik.

" Shh ! Esok bila dah cantik-cantik, omma yakin Jungkook takkan larikan mata dia dari pandang kamu. "

" Lagipun omma ada dengar, bukan calang-calang makeup artist yang dia booking. Mesti hasil kerja dia tip top ! "

Yeonha meramas rambutnya kerana terlalu serabut dengan permintaan omma yang bukan-bukan itu.

" Omma ni kan, tak habis-habis lah. Hari tu beria suruh orang kahwin, sekarang bila dah nak kahwin suruh itu ini pula. "

" Janganlah gelojoh sangat. Ingat omma, orang tak akan lahirkan zuriat Jungkook tau, cucu omma. Kami hanya berkahwin sahaja . Dah ! "
Yeonha dah serabut lalu melompat di atas katil empuk dalam bilik hotel itu.

Bantal lembut itu ditekup pada mukanya.

" Tengok, omma lah ni. Esok kalau majlis kahwin dia, muka dia tak berapa naik seri. Ini semua salah omma. "

" Orang juga kena pujuk. Aduh! Dah lah orang takde yeoja ".
Suaranya dibuat-buat sedih.

Yeonha bangun dan memandang wajah Seokjin.

" Apa ? "
Tegur Seokjin bila Yeonha memandang nya dengan mata yang tajam.

" Haa, sepatutnya omma carikan jodoh untuk Seokjin, bukan orang. Dia lagi memerlukan teman hidup. Kesian dia..."
Sempat Yeonha membahan abangnya itu.

Dan tak lama kemudian, dua beradik itu menahan kesakitan gara-gara kena sepit ketam oleh Puan Ahn.

" Argh, sakit omma ! "
Jerit Seokjin.

" Aduh, sakit duh kena ketam omma. Tua-tua pun gagah..."







_____________________________
To Be Continue

bymenantuPakcikJeon 🌼

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now