MAAF SAYA TAK SENGAJA - BAB 1

ابدأ من البداية
                                    

"Bukan macam itulah. Aku ikhlas ni. Sementara aku nak beli motor baru, apa kata kalau kau tumpangkan aku. Jimat sikit duit minyak kereta kau. Kan, kan?" Aina Cempaka mencuba nasib.

Sebelum ini Aina Cempaka memang ada menyatakan hasratnya mahu membeli motorsikal baru. Tapi, dibantah oleh Suzy. Kata Suzy, daripada dia beli motorsikal lebih baik beli sebuah kereta. Sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh daripada hujan dan panas matahari. Namun, bukan Aina Cempakalah kalau tak membantah. Dia lebih selesa dengan motorsikal. Lebih rare katanya.

"Aku tak ada hal nak tumpangkan kau. Tapi hari ni perut aku betul-betul sakit la. Dahtak larat dah nak tanggung. Aku rasa aku nak ambik MC la hari ni. Sorry..."

"Nampaknya terpaksalah aku datingdengan Pak cik teksi lagi hari ni." Aina Cempaka memuncungkan bibir.Agak kecewa. Kali ini gaya pancingannya tidak mengena.

"Alahai, merajuk la pulak minah ni! Iyalah, lain kali aku janji. Aku tumpangkan. Cuma hari ni je aku nak rehat. Boleh?" pujuk Suzy. Aina Cempaka tersengih.

"Alamak! Dia datang lagi?" kejut Suzy.

"Siapa?" Terbeliak biji mata Aina Cempaka.

"Toilet!" jerit Suzy. Terus berlari ke tandas.

"Tak senonoh punya kawan!" Aina Cempaka mengeleng-gelengkan kepala.

"Dah pukul berapa ni?! Nanti lambat pulak kau masuk office," teriak Suzy dari dalam tandas. Bergema kuat suaranya,

"Alamak, macam mana ni?!" Aina Cempaka jadi kalut. Mengerling jam yang sudah menunjukkan angka 7.50 pagi. Baru dia teringat. Dia perlu bertemu dengan Encik Latif sebelum jam 8 pagi. Habislah! Kelam-kabut dibuatnya.

"Jangan lupa baca bismillah tau. Nanti tolong kirim salam kat bos kau tu. Okeylah, selamat bekerja setiausahaku," usik Suzy. Melambai-lambaikan tangan di muka pintu. Aina Cempaka tak ada masa mahu melayan. Dia benar-benar sudah lewat. Menahan teksi ke pejabat.

NAFASAina Cempaka turun naik. Bergegas pantas menuju ke perkarangan pintu masuk Ibunda Cooperation. Memeriksa tas tangannya. Mencari-cari pas pekerja yang bercampur aduk dengan alat solek. Menarik nafas lega sebaik sahaja pas pekerja berada didalam gengamannya. Langkah diaturnya berhati-hati. Maklumlah,dah lama tak memakai kasut tumit tinggi, jadi agak kekok sedikit. Selalunya, dia lebih selesa memakai sneaker. Nasib baik dia masih mampu mengawal susun atur langkahnya. Barulah nampak macam natural.

Sebaik sahaja mengimbas pas pekerja, dia menekan butang lif. Pantas melangkah masuk kedalam kotak lif sebaik sahaja pintunya terbuka. Menekan butang lif menuju ke aras 15 kerana teringat pesanan Encik Latif yang ingin berjumpanya terlebih dahulu di aras tersebut. Rambut panjang ikalnya dibetulkan agar kelihatan lebih kemas dan sepadan dengan baju kurung yang baru dibelinya semalam. Tiba-tiba perutnya kembali memulas.

"Alahai, perut! Tolonglah jangan buat hal lagi, aku nak cari rezekilah hari ni." Aina Cempaka memicit-micit perutnya. Tangannya dipautkan pada besi pemegang. Menahan perit. Rasa lega sebaik sahaja satu letusan angin berjaya dilepaskan. Dia menarik nafas lega. Penuh nikmat. Mengibas-gibas belakang punggung. Semoga angin lalu mampu membawa dan menyedut bau-bauan semulajadi yang tidak diingini itu.

Tiba-tiba pintu lif terbuka.

Seorang lelaki tinggi lampai berkemeja kuning cair melangkah masuk. Aina Cempaka sudah tidak keruan. Peluh seram sejuk membasahi dahinya. Bimbang jika lelaki di sebelahannya itu terhidu haruman yang dilepaskan.

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira Dorayakiحيث تعيش القصص. اكتشف الآن