MAAF SAYA TAK SENGAJA - BAB 1

578 7 0
                                    

AWAL pagi lagi Aina Cempaka sudah 'menempah tiket' di dalam tandas. Mukanya berpeluh-peluh menahan sakit. Macam mahu terkeluar semua isi perutnya. Pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalaulah Suzy boleh faham kan bagus!

"Aina, Aina... apa kau buat dalam toilet tu lama sangat? Cepatlah, aku pun nak guna toilet jugak ni!" tempiak Suzy dari luar muka pintu tandas. Perutnya ditekan beberapa kali. Menahan pedih yang teramat.

"Nanti la kejap...sikit lagi ni. Kenapa? Kau dah nak terkeluar sangat ke?!" jerit Aina Cempaka dari dalam.

"Cepatlah!" Suzy tidak mampu bersabar lagi. Perutnya semakin memulas-mulas. Rasa macam mahu terberanak pun ada. Tunggu masa saja mahu terkeluar.

"Gunalah toilet kat bilik kau kalau dah tak tahan sangat."

"Tak naklah aku. Toilet kau best, selesa sikit."

"Iyalah, dah nak selesai dah ni." Aina Cempaka membuka pintu tandas.

"Apa yang kau bagi aku makan semalam, hah?!" soal Suzy sebaik sahaja wajah manis seorang gadis yang berparut didahi terpacul dimuka pintu.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Dahlah pagi ni first day aku masuk kerja. Kau tak apalah boleh ambik MC. Arhh, tension lah macam ni!" rungut Aina Cempaka dengan rambutnya yang kusut-masai. Teringatkan penangan kari yang dibelinya dari kedai mamak semalam. Sedap memang sedap. Sampai tiga pinggan dia kerjakan. Bila pagi tiba, rasalah azabnya!

"Dah lah tu. Jangan membebel lagi. Sekarang giliran aku. Cepat keluar!" bantah Suzy. Mengheret lengan Aina Cempaka keluar dari tandas. Tak sanggup lagi menunggu lama-lama. Hajat yang tersimpan perlu diluahkan. Takut berterabur. Jenuh mencuci nanti.

Lemah longlai Aina Cempaka melangkah. Menghempaskan tubuhnya keatas katil. Mencapai botol minyak panas di atas meja sisi. Hampir penuh minyak panas yang dituangkan ketapak tangannya. Terasa lega dan berangin apabila perutnya diusap lembut. Baring terlentang sambil menghadap siling. Beberapa minit kemudian, Suzy keluar dari tandas. Menekan perut. Sakitnya masih terasa bersisa.

"Aku rasa kau tak payah masuk kerjalah hari ni lah. Temankan aku cuti kat rumah," cadang Suzy. Tersenyum simpul.

"Eh, tak bolehlah macam tu! Hari ni kali pertama kot. Kalau aku tak datang, habislah reputasi aku sebagai seorang secretary yang berkaliber." Aina Cempaka melarikan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. Tak mahu mengalah.

Sudah lama dia menunggu saat-saat ini. Status penganggur perlu dipadamkan segera dari kamus hidupnya. Lagipun, sakit perut bukannya boleh dibuat alasan. Alasan itu hanya untuk orang pemalas yang suka berdalih. Aina Cempaka bukan orang macam itu!

"Dah tu, kau ingat kau boleh jadi secretary yang berkaliberlah kalau dah tercirit-birit dalam office tu?!" ajuk Suzy. Cuba mengejek. Membayangkan apa yang bakal terjadi.

"Aku dah okeylah...lepas sapu minyak ni terus sihat. Kau tryla,confirm berkesan,"saran Aina Cempaka. Suzy membetulkan rambut kerintingnya yang agak berserabut. Kepalanya digarukan beberapa kali. Rasa was-was pun ada.

"Betul ke berkesan? Bagi sini aku cuba," pinta Suzy. Minyak angin bertukar tangan.

"Lepas ni kita bolehlah pergi kerja sama-sama. Aku tumpang kereta kau ek?" pancing Aina Cempaka.

"Bertuah punya kawan! Mmmm... patutlah beriya-iya suruh aku pakai minyak angin ni. Rupanya ada udang disebalik mee. Isk, isk, tak patut, tak patut." Suzy melarikan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan pula. Mengajuk cara.

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira DorayakiWhere stories live. Discover now