MAAF SAYA TAK SENGAJA - PROLOG

780 10 0
                                    

GADIS kecil belasan tahun itu tercungap-cungap keletihan. Menyembunyikan tubuhnya yang halus disebalik sebatang pokok besar. Peluh didahi disapunya pantas. Matanya liar memandang ke kiri dan kanan penuh berjaga-jaga. Beberapa minit menunggu dia mula berasa bosan. Senapang kayu yang berpelurukan biji getah itu dihumbankan ke tanah. Peperangan antara negara yang tercetus beberapa jam yang lalu kini sudah berakhir. Rasa tidak puas hati membuatkan permainan pada petang itu tidak seperti selalu.

"Ini semua salah Along. Buat penat je aku menapak kat sini!" cemuhnya sendiri. Selipar jepun yang hampir tertanggal disarungnya semula.

"Cempaka, hoi Cempaka!" Kedengaran suara memanggil dari jauh.

"Peduli apa?! Penat aku menyorok macam orang gila. Sekarang baru kau nak cari!" rungut Aina Cempaka. Letih melayani karenah Alongnya. Setiap kali permainan perang bermula pasti dia kena mendengar arahan Along. Bosan! Salahkah kalau perempuan pula yang jadi kapten?

Panggilan suara yang baru mencecah akil baligh itu dihiraukan. Langkah Aina Cempaka kini pantas menuju kearah sungai yang terletak di hujung kampung. Jika Along mencari, biarkanlah dia mencari. Rasakanlah sakit hati aku yang menunggu dari tadi! Biar gengAdik dengan Mohsin yang menang. Gomelnya dalam hati.

Bunyi deras arus sungai menenangkan hati Aina Cempaka yang bergelojak. Batu-batu kecil ditebing sungai itu disepaknya perlahan masuk ke dalam air. Alur-alur halus terbentuk sebaik sahaja batu-batu kecil terdampar masuk ke dasar sungai yang jernih. Matanya tertangkap pada sesuatu benda bulat yang berbulu dan berwarna kemerah-merahan didasar sungai.

Aina Cempaka mendonggak keatas. Rimbunan dahan pokok rambutan yang dipenuhi buah yang masak meranum itu mengecurkan airliurnya. Perutnya tiba-tiba terasa lapar. Tidak suka membuang masa, kaki dan tangannya mula memanjat pokok rambutan yang rendang. Habis satu persatu buah rambutan itu dipetiknya. Makan macam orang yang tak pernah makan setahun!

Penuh senyuman dia melemparkan kulit rambutan ke dalam sungai. Gembira melihat kulit-kulit tersebut dibawa arus sungai yang bergerak perlahan. Kakinya digoyang-goyangkan. Lagak senang hati.

Dari jauh muncul satu kelibat budak lelaki yang berbadan gemuk dan berpakaian kemas. Agak mewah pada pandangan mata Aina Cempaka walaupun dia hanya mengenakan t-shirt biasa.

Budak lelaki itu mengambil tempat diatas batu besar. Membaling batu-batu kecil ke arah sungai. Airmatanya mengalir perlahan. Aina Cempaka tersenyum geli hati. Kalaulah Along yang nangis, mesti lagi dahsyat. Sebab Along suka menangis sambil guling-guling. Meronta-ronta macam orang kena gigit pacat. Lepas kena rotan dengan mak, baru reti diam!

Mulut Aina Cempaka mengopek keluar isi rambutan. Digenggamnya yakin. Membuat sasaran dengan mulut yang penuh. Satu balingan tepat mengenai belakang kepala budak lelaki itu. Pantas dia berpaling. Buat muka bengang.

"Hoi beruk, kau buat apa hah?!" tengkingnya kasar. Pantas menyapu airmata dipipi.

'Beruk?! Aku manusialah. Kaulah yang beruk," jerit Aina Cempaka. Pantang dicabar.

"Hei, beruk! Kau turun sekarang. Sakit pulak hati aku." Budak lelaki berbadan gemuk itu semakin marah. Aina Cempaka hanya ketawa. Lucu melihat mimik mukanya.

"Macamlah kau boleh belasah aku... dah la boyot. Nak panjat tangga pun kau belum tentu lepas." Aina Cempaka ketawa lagi. Memang sengaja mahu mencari nahas.

"Mulut beruk tak ada insurans. Kau turun sekarang!" pekiknya lantang. Aina Cempaka membuat isyarat mengejek. Merah padam muka budak lelaki itu dibuatnya. Macam udang kena bakar.

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira DorayakiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum