33 : Flashback - Restart?

1.8K 69 12
                                        

Necolle P.O.V

"Ada towel? Saya mahu mandi..." Tanya si El dengan suara yang tidak bermaya.

Jadi saya pun bangunlah pigi cari extra towel di dalam almari. Sugul saja muka dia ne sambut tu towel masa saya hulur. Terus tanpa banyak cakap, dia keluar balik pigi kamar mandi.

📨 Si eldre sini rumah kami baru saja dia sampai.

Pantas saja saya send wasap sama si Andrew untuk update pasal si El. Harap legalah dorang tau yang si El di sini dalam keadaan selamat.

📩 Thanks for the info Necolle. Senang sikit sudah hati saya tahu dia selamat. Nanti saya bagitahu si mama. Biarlah dia di sana dulu, kasi tenang fikiran. Kalau dia mahu balik KK pun jangan dulu suruh dia pigi rumah si mama, nanti makin dia stress kena marah. Suruh dia pigi rumah kami saja.

Panjangnya balasan dari si Andrew ne.

📨 Ok nti sy bagitahu dia.

Itu saja saya jawap, malas mahu ulas satu-satu.

Adalah dalam beberapa minit kemudian si Eldre masuk balik di bilik untuk pakai baju. Nasiblah ada beberapa helai baju dia kasi tinggal di sini sebelum ini. Kalau tidak sehelai sepinggan saja dia tu sebab datang tanpa bawa apa-apa.

"Mama sama abang ko datang cari ko tadi..." Bilang saya memulakan bicara.

Kalau ikutkan hati malas saya bercakap sama si El. Tapi macam tidak bagus juga kalau dia langsung tidak tahu yang keluarga dia risau pasal dia. Tapi dia diam saja ne, menunduk saja dia dengan wajah sugul. Kecewa kali sebab tidak dapat kahwin si Jess.

"Saya ada wasap abang ko yang ko di sini sekarang, dia cakap kalau ko mo balik KK nanti stay tempat dia dulu." Sambung saya lagi kasi sampai pesanan si Andrew.

"Baby kita okay?" Tanya si El.

Sengaja kali dia kasi tukar tajuk perbincangan pigi baby.

"Ok..." Itu saja saya jawab.

Terus macam biasalah, dia dengan ber-boxer saja pigi dekat saya yang sedang berbaring di katil. Satu kucupan hinggap di dahi saya sebelum tangan dia pun pigi belai-belai perut saya yang makin membuyung. Tersenyum lebar dia bila rasa tendangan ne baby dalam perut.

"Kuatnya dia menendang, baby rindu daddy kah ne?" Bilang si El, lepas tu beberapa kucupan hinggap di perut saya. Saya macam biasalah, kasi biar saja si El berbual-bual sama ne baby.

Sedar tidak sedar, saya pun terlelap...

😴😴😴😴😴😴

Eldre POV

Saya renung saja muka si Necolle yang sudah nyenyak, dan tangan saya masih tidak berganjak dari perut dia. Selalunya nafsu saya yang bergelojak bila berdua-duan dengan dia. Apatah lagi masa dia mengandung sebab perubahan fizikal dia sepanjang mengandung menjadikan dia semakin sexxxyyyyyy 🤤😜 .

Tapi kali ini tidak! Perasaan sayu dan sayang lebih menguasai diri. Pada masa yang sama, perasaan bersalah memenuhi segenap jiwa saya sebab dia ikut terpalit dengan isu perkahwinan saya sama si Jess.

Dan apa yang berlaku di antara kami dua ini semakin menyakinkan saya. Bahawa kami memang ditakdirkan untuk bersama. Saya mungkin tidak dapat rawat kekecewaan dia... Apa yang saya mampu untuk jadi lelaki yang lebih baik daripada hari ini.

Saya memang boyfriend yang teruk bagi si Necolle. Tapi saya janji saya akan jadi suami yang terbaik untuk dia... Dan sudah pasti bapa yang terbaik untuk anak kami! Inilah janji saya untuk keluarga kecil kami! Apa pun berlaku, saya akan berusaha pertahankan perkahwinan kami! Saya akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan dia.

You, Me, Us~~~Where stories live. Discover now