28

14.9K 867 24
                                    

"Ara.."

Aurelia yang termenung mengangkat muka memandang Nura yang duduk di sebelahnya. "Jom balik." ajak Nura sambil dia memegang lembut bahu Aurelia.

"Mummy baliklah dulu. Ara belum nak balik."

Nura memandang Zarif yang berdiri. Zarif menghelakan nafasnya sebelum melutut di sebelah Aurelia. "Ara, daddy tahu Ara sedih. Tapi Ara tak boleh terus macam ni. Kesian dekat Mikael, sayang. Mikael mesti tidak suka Ara bersedih macam ni." pujuk Zarif sambil mengusap lembut bahu Aurelia.

Aurelia memejamkan matanya. Dan buat kesekian kalinya, air matanya menitis di pipinya.

"Ara sabar ye, sayang? Redhakan pemergian Mikael." Datin Kaysha cuba memujuk menantunya itu. Aurelia mengangguk. Dia memandang tempat persemadian Mikael tersebut.

"Mika, I pergi dulu. Lain kali, I akan datang lawat you." bisik Aurelia perlahan. Nura dan Zarif membantu gadis itu untuk bangun. Mereka mula melangkah keluar dari tanah perkuburan itu.

"Ara.."

Aurelia berpaling memandang Datin Kaysha dan Dato' Hanif. "Ye mama?" soalnya. Nura dan Zarif turut memandang pasangan itu. Datin Kaysha meraih lembut tangan Aurelia.

"Mama nak ucapkan terima kasih kepada Ara sebab banyak jaga Mika sepanjang dia sakit. Mama bersyukur sangat sebab Ara tetap bersama dengan Mika sampailah ke saat terakhir dia. Mama terhutang budi kat Ara." tutur Datin Kaysha. Aurelia menggeleng.

"Ma, bukan Ara seorang je yang jaga Mika. Kayla pun banyak membantu Ara jaga dia. Ara jaga dia sebab tu memang dah tanggungjawab Ara sebagai seorang isteri. Mama tak payahlah rasa terhutang budi. Ara buat semua tu ikhlas." balas Aurelia lembut. Datin Kaysha senyum kecil. Terus, badan menantunya ini dipeluk erat.

"Walaupun Mika dah pergi dari dunia ni, rumah mama sentiasa terbuka untuk Ara. Ara datanglah bila-bila masa yang Ara nak." ujar Datin Kaysha. Aurelia mengangguk.

•••••||•••••

Aurelia menolak perlahan daun pintu biliknya. Dia duduk di birai katil. Gambar yang terdapat di atas meja solek dipandang. Gambarnya dengan Mikael ketika mereka berada di Ireland. Dia melangkah ke arah meja solek tersebut. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Gambar tersebut dipegangnya dan diusapnya.

"Mika, I minta maaf. I minta maaf sebab I tak pernah tunaikan tanggungjawab I sebagai seorang isteri yang sebenar pada you. I minta maaf kalau you selalu kecil hati dengan sikap I selama tempoh perkahwinan kita."

"Kak.."

Aurelia pantas mengesat air matanya bila dia mendengar suara Ilaisa. Ilaisa mendekati kakaknya itu. "Kak.."

"Hmm?"

Ilaisa memeluk lembut badan kakaknya itu. "Isa minta maaf sebab Isa lambat." tutur gadis yang baru sahaja meningkat dewasa itu. "Isa minta maaf sebab Isa takde dengan kakak bila Abang Mika tinggalkan kakak."

Aurelia senyum kecil. "No need to say sorry Isa." tuturnya perlahan. Ilaisa memandang kakaknya itu. Tangannya mengesat lembut air mata yang menitis di pipi kakaknya itu.

"Kakak kena kuat. Isa yakin yang Abang Mika tak nak kakak sedih macam ni."

Aurelia hanya angguk. Ilaisa memeluk erat badan kakaknya itu. Aurelia memejamkan matanya. Air matanya menitis membasahi tudung adiknya itu.

Nura yang melihat keadaan mereka hanya mampu tersenyum kelat. Memang tidak dapat dinafikan, Aurelia ada adik-adik yang sangat menyayanginya. Susah atau senang, Aurelia masih ada adik-adiknya yang akan menceriakannya.

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now