•••••||••••••

Aurelia termenung di balkoni biliknya. Matanya ralit memerhatikan langit malam yang suram tanpa bintang dan bulan. Tangannya memeluk erat kakinya yang dilipatkan dekat ke dada. Mindanya melayang mengingati memorinya dengan Mikael.

Aurelia mendekati Mikael yang duduk di luar rumah sambil memerhatikan langit malam Ireland.

"Mika.."

Mikael tersentak. Dia memandang Aurelia yang duduk di sebelahnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Dah habis study?" soal Mikael. Aurelia sengih.

"Sikit lagi. Tapi nantilah sambung." balas Aurelia. Mug di atas meja dicapai. "You ni kenapa duduk sorang-sorang kat luar ni? Tak sejuk ke?" soalnya.

"Dah biasa."

Aurelia mencebik. Dia menghirup perlahan hot chocolate. Mikael memandang wajah gadis itu.

"You takde rasa nak balik Malaysia ke?" soal Mikael. Aurelia memandang Mikael.

"Balik Malaysia?" Mikael angguk. "I yang patut tanya soalan tu kat you. Dah dua tahun kat sini, baru hari ni I dengar you sebut pasal Malaysia." sambung Aurelia.

Mikael senyum. "So you nak balik ke tak?"

Aurelia mengerutkan dahinya. "Asal you tiba-tiba tanya?"

"I ingat lepas you graduate nanti, I nak ajak you balik Malaysia." tutur Mikael. Aurelia membulatkan matanya.

"Seriously?!"

Mikael angguk. Aurelia sengih lebar. "Betul ni?"

Mikael angguk. Aurelia tersenyum lebar. "Thank you!"

Aurelia tersenyum kecil. "Mika, I'm going to miss you." tuturnya perlahan. Jam tangan ditiliknya. 11:35 malam. Aurelia bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Sliding door ditutupnya sebelum dia melangkah ke bilik air.

•••••||•••••

Kayla memandang gambarnya dengan Mikael ketika mereka masih di bangku sekolah. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Mika."

Mikael yang sedang bersandar pada dinding hospital memandang Kayla yang melangkah ke arahnya. Senyuman terukir di bibirnya bila melihat gadis itu menyarungkan kot doktor.

"Asal kau tersengih-sengih ni?" soal Kayla. Mikael hanya senyum. Dia memandang tin cola di dalam tangan Kayla.

"Is that for me?" soalnya. Kayla memandang tin cola di tangannya itu.

"Ni? Memang taklah. Aku punya kot. Kau tahu tak aku tak minum dari pagi tadi?" rungut Kayla. Mikael tergelak.

"Tu lah. Siapa suruh kau gatal sangat jadi doktor? Kan bagus kalau kau jadi macam aku." kata Mikael sekadar untuk bergurau.

"Jadi macam kau? Maksud kau, jadi macam kau yang playboy ni? Lambat lagi!" balas Kayla, jengkel dengan jejaka di hadapannya itu.

"Playboy ni lah yang banyak tolong kau masuk hospital ni." kata Mikael. Kayla mencebik.

"So asal kau nak jumpa aku ni? Tak menyempat tunggu aku habis kerja?" soal Kayla. Mikael tersenyum saat mengingatkan sebab dia berjumpa dengan gadis ini.

"Semalam aku ada jumpa someone ni. A really beautiful girl."

"Perempuan?"

"Perempuanlah! Aku dah terang-terang cakap a really beautiful girl." sakit hati pula Mikael dengan balasan gadis tersebut.

Kayla mencebik. "So asal dengan that girl? Jarang-jarang sungguh Anas Mikael bercakap tentang a girl ni."

Mikael senyum. "Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan perempuan tu. Like.. She's different from the other girls that I ever met."

Kayla yang mendengar tergelak. "Wow! Playboy Anas Mikael jatuh cinta? Kali yang berapa dah ni?" soal Kayla selamba. Mikael terus menampar tangan Kayla membuatkan gadis itu tergelak.

"Aku tak main-mainlah gila."

"Okay, okay." Kayla menarik nafas dan dihelanya perlahan. "Siapa perempuan tu? Nama dia?"

"Aurelia Imanina."

Kayla tersenyum. Orang selalu cakap dia dan Mikael seperti pasangan kekasih kerana dia yang selalu menemani Mikael. Tapi, Kayla tetap Kayla. Tidak pernah menyimpan perasaan kerana dia sedar perasaan itu yang akan menghancurkan persahabatan baik. Dan Alhamdulillah .. Dia tidak pernah dikurniakan perasaan mencintai kawan sendiri. Mikael hanya kawan, malah dianggapnya seperti abangnya dan kadang-kala jejaka itu seperti adiknya.

Tapi kini .. Dia hilang semuanya. Dia hilang kawan. Dia hilang abang. Dia hilang adik. Sejak dia kehilangan ibu dan ayahnya, jejaka itulah yang banyak membina kembali semangatnya. Dan kini, dia kehilangan sumber semangat.

Kayla mengesat air matanya.

"Aku rindu kau, Mika."

•••••||•••••




































Korang rasa persahabatan macam Mikael dan Kayla ni wujud lagi tak zaman sekarang ni ahaks 😂 Kalau ada .. Hargailah that precious friendship ❤

Lol .. Dh knp tiba-tiba bagi nasihat ni 😂 Anyway.. Have a happy reading ❤

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now