everything

31 10 3
                                        

1 tahun yang lepas , 4:05 p.m

Nahee menghantar pesanan kepada Jungkook agar berjumpa dengan dia di tempat biasa. Tidak lama kemudian, pesanan itu dibalas oleh Jungkook. Setelah nampak kelibat Jungkook, Nahee melambaikan tangannya menyuruh Jungkook cepat datang kepadanya.

" Ada apa nak jumpa?", Jungkook membongkokkan sedikit tubuhnya supaya sama dengan ketinggian gadis itu.

"Saja.. Nanti kalau saya tiba-tiba dah takda siapa nak rindu awak lagi kan? " balasnya dengan sengihan. Jungkook mengusutkan rambut gadis itu.

"Apa kau merepek ni? Mengadalah!"

"Ish, janganlah kacau rambut! Penat saya pergi salon setiap minggu, tengok-tengok awak yang rosakkan," bebel gadis itu sambil memuncungkan bibirnya.

"Muncung-muncung tu nak kena kiss ke?", usik Jungkook sambil terkekeh seraya mendekatkan muka dia berura-ura ingin mencium bibir gadis itu. Terasa pinggangnya dicubit, lantas dia mengaduh sakit.

"Cringey la Jungkook!"

"Oh nak main ya? sini !" Lelaki itu mula mengejar Nahee yang sudah melarikan diri dulu.

•••

1 august 2018 , 7:01 p.m

Dimana hari dan waktu, Jungkook akan melamar Nahee sebagai teman kekasihnya. Sementara menunggu gadis itu sampai, dia mengemaskan bajunya.

"Aku nervouslah," kata Jungkook kepada Taehyung.

"Chill ni bukan majlis kahwin lagi. Kau nampak smart harini," bahu Jungkook ditepuk-tepuknya. Kalaulah dia ada girlfriend, confirm dia nak ikut cara Jungkook. Ini la namanya gentleman.

Jungkook senyum senget. Bangga dengan diri sendiri. Tiba-tiba, "Tuan Muda.. ada panggilan", phone bertukar tangan.

Nahee?

Butang hijau ditekan."Yeobseyo?"

"Jungkook-ah, to-long sa-ya"

tolong?

Tut! Panggilan tiba-tiba terputus.

"Yeobseyo? Nahee? Yeobseyo?!"

Jungkook cuba hubungi Nahee kembali namun gadis itu tidak menjawab. Jantungnya berdegup laju. Fikirannya sudah berfikir yang bukan-bukan. Taehyung yang tadi mendiamkan diri mula bersuara,"Kenapa?"

"Nahee call aku sambil minta tolong. JungMin, check article terkini."

Jungkook dengan gelisah menunggu bodyguardnya yang masih memeriksa berita.

Bodyguard Jungkook yang bernama JungMin itu mula mencari.

"Ada Tuan. Ada satu kemalangan tidak jauh dari sini. Sorang maut, sorang lagi cedera parah. Jangan-jangan.."

Jungkook cepat-cepat mengambil cincin yang berada didalam kotak yang disediakan lalu berlari kearah kereta.

"Taehyung, JungMin, cepat naik!!" gegas Jungkook. Patutlah dari tadi dia berasa tidak sedap hati.

Sesampai di hospital, belum sempat Jungkook bertanya apa-apa, doktor dari ruang kecemasan keluar dengan langkah yang berat.

"Saya minta maaf puan , tuan. Anak anda masih dalam keadaan kritikal. Saya tak boleh beri kata putus sama ada Cik Nahee ada peluang besar untuk hidup. Buat masa sekarang Cik Nahee masih dalam pantauan saya."

Saat mendengar itu, jantungnya seakan-akan berhenti seketika. Dia jatuh terduduk. Taehyung hanya menahan sebak di dada. Buat kali pertama, air mata si pembuli dan paling ditakuti di sekolah jatuh hanya kerana seorang yeoja yang dia sayang.

Setiap hari Jungkook melawat Nahee. Tiada khabar gembira tentang keadaan gadis itu. Hatinya seakan-akan ditusuk apabila melihat tubuh Nahee terlantar lemah di katil hospital.

"Semuanya salah aku."

Suatu hari dimana Eomma Nahee memberitahu Jungkook yang Nahee sudah sedar dan ingin berjumpa dengan dia, Jungkook bergegas ke hospital walaupun masa itu dia baru terima khabar buruk tentang dirinya.

"jangan pernah salahkan diri awak. awak satu-satunya lelaki yang saya sayang. saya cintakan awak, Jungkook."

Hari pertama Nahee sedar dan juga hari terakhir gadis itu menghembuskan nafasnya.

Sejak pemergian gadis itu, dunia seakan-akan gelap tanpa cahaya dan Jungkook jadi benci manusia. Dia benci dikelilingi orang yang ramai. Ianya kerana Nahee sangat sukakan manusia.


• 🌙 •

You are my EUPHORIA (editing + completed)Where stories live. Discover now