Cerpen Chempaka

3.3K 156 25
                                    

"Kak Chem, Abang Riz nak jumpa. Dekat tingkat atas ye.. "Aulia memberitahu sebelum hilang kelibat dari ruang dapur. Bila Chempaka ke depan, Dilihat si adik ipar sudah terbungkam depan televisyen bersama gadget ditangan.

Mengeleng kepala dia seketika. Umi Diah tidak ada bolehlah Aulia berkeadaan begitu. Cuba kalau Umi Diah ada waktu ini, pasti telinga Aulia dipiat geram. Sudah tentu dibebelnya Aulia yang bermalas-malasan begitu.

Hayunan kaki dibawa menaiki anak tangga penuh hati-hati. Tangan dibawa memegang perut yang semakin memboyot kedepan. Sejak akhir-akhir ini kerap kali dia terasa penat. Baru buat kerja sedikit sudah semput seperti berlari beratus-ratus meter.

"Kak Chem.."Laungan Aulia kuat memanggil nama Chempaka. Spontan saja Chempaka palingkan wajah kebelakang mencari wajah Aulia yang tersengih memandangnya.Kening terangkat sebelah seolah bertanya kenapa.

"Lupa nak cakap tadi. Abang Riz pesan, dia suruh Kak Chem bawa Kopi panas sekali."Sambung Aulia. Sudahnya kaki Chempaka diatur turun kebawah semula. Nasib baik dia tidak sampai menemui Rizyad lagi. Kalau tidak, memang lain pula yang jadi.

Rizyad dengan kopi panas pun boleh mengundang kemarahan. Dia kenal benar dengan sikap panas baran lelaki itu.

"Sorrylah Kak Chem.Aulia terlupa tadi. "Riak serba salah terpamer dari muka Aulia.

Chempaka hanya mengeleng saja. Nasib baik juga Aulia teringat dari awal lagi.

Selasai mengacau kopi panas kegemaran Rizyad, Chempaka naik ketingkat atas kembali. Berlama-lama dibawah takut juga nanti jika Rizyad melenting.

"Abang, kopi.. "Chempaka masuk selepas mengetuk pintu pejabat Rizyad. Kopi diletakkan atas meja berhadapan Rizyad. Lelaki itu tidak sedikitpun mengangkat wajah melihat si isteri. Tekun dengan segala kertas yang berselerakan didepan.

Chempaka bawa diri duduk diatas salah satu sofa. Merenung dari sisi wajah sang suami yang meneliti dari satu kertas ke satu kertas. Dia tidak peka dengan kerja Rizyad,sementelah dia hanya belajar sehingga tingkatan 5 sahaja. Lainlah jika dibandingkan dengan Rizyad. Lelaki itu berpelajaran tinggi. Jauh lebih tinggi dari dia.

Melihat Rizyad yang menghirup kopi buatannya tanpa mengalihkan pandangan dari kertas kerja, membuatkan Chempaka fikir, lelaki itu pastinya sangat sibuk ketika ini.

"Abang sibuk? "Chempaka memulakan pertanyaan. Mahu juga dia berborak dengan Rizyad. Semenjak Umi Diah ke Kelantan kerana melawat Saudara yang sakit disana, Rizyad tidak langsung mahu bermesra dengan dia. Kalau ada Umi Diah, pasti sikap Rizyad akan berubah lain macam. Romantik terlebih gula. Itu yang dikata Aulia jika melihat mereka.

Berlainan pula jika Umi Diah tidak ada. Rizyad akan berubah dingin. Sedingin ais yang membeku.

"Hmmm.. "Itu balasan dari Rizyad. Hambar dan mengecewakan Chempaka.

"Abang taknak temankan Chem tidur ke? Dah tiga hari Abang biarkan Chem tidur sorang-sorang. Kesian baby rindukan Abang. "Ujar Chempaka seolah merungut. Bukan baby saja yang rindukan Abang, Chem pun sama.

Rizyad diam. Senyap sambil tangan lincah membelek setiap helaian kertas yang tidak terurus diatas meja kerjanya. Kata-kata Chempaka langsung tidak menusuk kekalbu.

"Abang tak rindu Chem ke? Chem rindukan Abang.. "
Tanpa malu Chempaka luahkan isi hati yang terbuku. Seakan airmata mahu gugur dengan pengakuan tersebut. Hanya dia yang beriya-iya rindukan Rizyad, tidak bagi lelaki itu.

"Chem rindu Abang.. "Kaki sudah bangkit mendekati Rizyad. Belakang tubuh si Suami didakap erat. Melingkar tangan Chempaka dileher Rizyad. Kali ini dia betul-betul tidak boleh kawal diri dari memeluk Rizyad. Sungguh, dia begitu rindukan Rizyad. Sangat rindukan Rizyad.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Chempaka Rizyad (CERPAN)Where stories live. Discover now