Bahagian 1

11 0 0
                                    

Pagi ini terasa syahdu. Ya, tak janggal lagi. Begitulah juga pagi pagi yang sebelumnya. Zalya lekas mencapai telefon pintarnya melihat jam. Matanya tertumpu pada tarikhnya.

'Harini ke? Birthday aku?' bisiknya dalam hati.

Lantas telefonnya berbunyi. 'Naimah' paparan nama di skrin. Dia pun mengangkat.

Naimah : WEYHHHH!! HAPPY BIRTHDAY BABY GIRL. RINDUU GILA KAT KAU.

Zalya : Aku tak pekak lagi la. Hahaha. Iyaa rindu juga kau. Terima kasih. Bila kita nak reunite? Masing-masing sibuk.

Naimah : Haaa. Aku ada good news ni. Tapi, aku tak tahu good ke tak dekat kau. First of all, aku nak minta maaf la dulu. Nanti aku wassap detail.

Zalya : Good news? Minta maaf? Detail? Apa ni. Blur.

Naimah : Aku... Nak kawin dah.

Zalya : Alhamdulillah weyhhhhh. Aku seronok sangat. Bila ni?

Naimah : Haa nanti aku wassap kad ya. Aku takut kau terasa. Tu yang aku minta maaf dulu. Kau okay ke?

Zalya : Nak terasa kenapa? Kau kawin dengan siapa? Hahaha.

Naimah : Hahaha aku kawin dengan pilihan umi. Aku takut kau terasa sebab kita kan nak kawin sama-sama. Tapi aku pulak tercepat langkah. Sorry.

Zalya : Laaaa. Aku bersyukur la. Ada jugak rezeki kau kawin dengan pilihan umi. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Kalau dah kawin, janji jangan tinggal aku.

Naimah : Ya Allah. Nanti aku suruh husband aku jadi best friend jugak ngan kau.

Panjang perbualan mereka, sehingga tak terlihat jam. Mujur hujung minggu. Habis sahaja panggilan di telefon, Zalya buka aplikasi WhatsApp nya. Penuh ucapan hari lahir dan jemputan makan tengah hari untuk menyambutnya. Zalya membalas semua chat dengan tenang dan menolaknya dengan sopan kerana dia mengambil keputusan untuk berehat sahaja hari itu.

***

Atifa Zalya Amiruddin. Manis, sopan, mudah mesra dan cekap kerjanya. Zalya bekerja sebagai pegawai bank di Perak. 5 adik-beradik dan dia anak yang tengah, perempuan yang ke 2 daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. Sulung, Abang dan bongsu adik lelaki. Hanya dia dan adik bongsunya sahaja yang masih bujang.

Bukan jual mahal, bukan juga anti sosial. Masih belum rezeki, katanya untuk menenangkan hati sendiri. Tahun ini, genap 32 tahun umurnya. Risaunya kerana semua temannya sudah berkahwin termasuk teman baiknya Naimah. Apa boleh buat. Redha sahaja.

Sudah usaha berkenalan, pasti ada yang tak kena. Kalau tidak dia yang undur diri, lelaki itu sendiri yang tinggalkannya tanpa khabar. Tak ada apa yang dia boleh buat melainkan berdoa, berdoa dan berdoa untuk urusan jodohnya dipermudahkan. Dia benar-benar berlapang dada tentang hal jodoh.

***

Hari sudah dipertengahannya, dia mula berasa bosan. Hajatnya hendak ke Tesco untuk membeli barang rumah memandangkan ada kelompongan stok di rumah. Dia lantas bersiap untuk keluar.

***

Ramai juga orang memandangkan hari cuti. Barisan untuk membayar juga perlu beratur panjang. Zalya tidak kisah kerana tiada apa yang hendak dikejarkannya. Santai sahaja.

"Lya?". Terus dia menoleh ke belakang dengan pantas.

"Betul la. Hai. Banyak barang? Kenduri? Hahaha."

"Eh, Zahid. Buat kenduri arwah sikit."

"Innalillahiwainnailaihi Raji'un. Siapa meninggal?"

"Semut."

Hingga Ke PenghabisanWhere stories live. Discover now