Bahagian 8

4 0 0
                                    

Debar. Semakin berdebar. Tak biasa begini. Sejuk tangan. Zalya cuba bernafas secara normal. Sepertinya tak menjadi. Dilihat di sebelahnya, Zahid sangat lena. Tak sampai hati ingin mengejutnya. Penat. Sakit pula. Kasihan. Pelahan-lahan Zalya memasuki simpang kecil menuju ke rumah mak. Kelihatan wanita lebih separuh abad sedang berdiri di laman. Menghirup udara petang mungkin. Zalya meletakkan kenderaannya kemas di sisi laman lantas mematikan enjin kereta. Masih. Tidak terusik sedikit pun Zahid. Dia membiarkan saja.

Zalya : Assalamualaikum, mak.

Memang dari dahulu lagi mak Zahid dipanggil mak oleh Zalya dan Naimah. Rapat sangat. Mak juga suka dipanggil begitu. Mesra.

Mak : Waalaikummussalam... Ya Allah, lamanya tak tengok Lya. Masih sama. Manis juga.

Dipeluk Zalya seeratnya. Dikucup dahi, pipi, berkali-kali. Zalya hanya senyum. Gembira dapat berjumpa lagi.

Zahid : Iya lah. Kita ni dah jemu dah mak tengok. Nak peluk cium anak yang baru pulak kan.

Berkerut mak melihat Zahid bersimen di kaki, bertongkat dan berplaster di dahi.

Mak : Kenapa ni abang? Udah bertongkat semua ni. Jatuh moto ke? Apa dah jadi Lya?

Zahid : Nak mengadu la ni. Lya tu la, garang sangat. Abang ingat orang, rupanya singa. Hahaha.

Terjegil biji mata Zalya mendengarnya. 'Ish budak ni, kau sabar jap'. Geram. Mujur sakit.

Mak : Mari la masuk dulu. HAFIZ! ILMAN! MARI TOLONG AKAK NI ANGKAT BARANG! ABANG BALIK NI!

Laju. Berlari dari sisi rumah. Gayanya dari belakang. Bermain agaknya. Ilman dan Hafiz merupakan adik bongsu Zahid. Mereka kembar.

Zalya : Eh! Tak pe tak pe. Sikit je ni. Akak boleh angkat sendiri. Mari masuk. Ada pizza, cucur pun ada.

Lebar senyum mereka. Tapi tetap mahu membantu untuk mengangkat barang. Lya siapkan sedikit barang dapur untuk mak. Adat bertandang. Rumah mak jelas klasiknya. Tak usang walaupun kayu. Mak pandai menjaga rumah. Kelilling rumah terdapat banyak pokok bunga. Di belakang pula ada pokok cili, kelapa, kangkung dan macam-macam. Mak juga rajin bercucuk tanam. Zahid merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. 2 tahun selepas adik bongsunya lahir, ayah meninggal dunia. Ketika itu, sehari sebelum peperiksaan SPM. Bila diingat kembali, sungguh. Teramatlah sayu. Tapi, Zahid sangat kuat. Demi masa depannya dan keluarga. Sebab itu juga Tuan Amiruddin sangat mengingati Zahid. Setiap kali melawat Zalya di universiti, Tuan Amiruddin pasti akan menanyakan khabar Zahid juga. Kadang kala ada dititipkan sedikit belanja untuknya. Adik Zahid yang ke 2 dan ke 3 ialah perempuan. Insyirah, yang ke 2 sudah di tahun akhir jurusan pergigian di Mesir dan Husna, yang ke 3 masih meneruskan pengajian di IPG. Hafiz dan Ilham pula akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Walaupun kehidupan tidaklah semewah orang lain, mak dan arwah ayah sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Ayah dahulunya merupakan anggota polis. Pencen ayah lah yang menyara mereka sekeluarga.

***

Mak : Kenapa ni Lya, cuba cakap.

Sambil muncung menunjuk ke arah Zahid. Zahid masih ketawa, teringat tentang tadi. Zalya menceritakan hal yang menimpa Zahid. Istighfar panjang mak. Pastinya. Bebel tetap bebel. Tiada siapa boleh tidakkan bebelan mak-mak kerana merisaukan tentang keselamatan anaknya.

Mak : Mujur la ada Lya. Kalau tak, tak jadi la nak balik esok ni kan? Dengan apa pun tak cakap. Haih.

Mengeluh panjang mak.

Zahid : Iya lah. Mujur la ada anak baru mak. Boleh bawak kemari, biar kita kena bebel. Dia saja dipuji. Iya lah.

Zalya ketawa kecil. Zahid pura-pura merajuk. Mak masih menggeleng kepala. Tak tahu nak kata apa lagi. Sudah tua.

Hingga Ke PenghabisanWhere stories live. Discover now