Bahagian 6

2 0 0
                                    

Habis waktu bekerja, habis juga bebanan hari ini. Lelah. Tapi masih ada upaya. Berkemas untuk pulang. Pantas menuju ke kereta. Belum sempat menekan butang menghidupkan enjin kereta, telefon sudah berbunyi. WhatsApp.

Zahid : Jam 9, lepas isya', saya pick up Lya. Siap cantik-cantik. MISS YOU.

'Angau ke mamat ni. Tak boleh lekang langsung' bisik Zalya. Tersenyum sepanjang jalan ke rumah. Rindu. Bahagia. Angau. Mungkin.

***

Zahid : Lya okay ke harini?

Zalya : Okay. Harini busy jugak. Ada meeting tadi semua lepas tutup bank tadi. Customer pun ramai. Tapi okay je.

Zahid : Owh.

Zalya : Kenapa ni? Lya salah cakap ke?

Zahid : Lya busy sangat. Sampai tak rindu saya kan?

Zalya ketawa. Zahid pura-pura sedih.

Zalya : Rindu la. Tak sempat nak sambung cerita. Orang tu dah monyok semacam.

Zahid pula ketawa. Sama-sama menikmati romantis bersama.

Zahid : Lya...

Zalya mengangkat muka dan mengiyakan.

Zahid : Kalau by next month kita tunang then another month nikah okay ke?

Lagi terbeliak mata Zalya. Mati terus segala idea hendak memecah kesunyian.

Zalya : Tak pe ke? Awak memang nak cepatkan ke?

Zahid : Saya berbual dengan mak tadi pasal hujung minggu ni nak bawak Lya balik. Dia punya teruja tu sampai terus bercadang macam yang saya cakap tu la. Buat apa lama-lama, mak tak sabar dah nak terima menantu ni katanya. Tapi, tak bermaksud yang saya terpaksa. Saya boleh je bila-bila. Malam ni pun saya on.

Zalya : Hahahaha. Saya ada berbual dengan papa juga tadi. Dia ajak dinner family... Esok.

Jelas kelihatan halkumnya bergerak seperti sedang menelan air liur. Semakin pucat muka Zahid. Bukan tak kenal. Tuan Amiruddin dari sekolah lagi sudah dikenali sebagai 'Tuan Arimaudin'. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di zaman mereka sekolah menengah. Setahun selepas mereka memasuki universiti, Tuan Amiruddin bersara. Kegarangannya suatu ketika dahulu di sekolah masih dapat dirasai di dalam jiwanya.

Zalya : Awak... Awak...

Terhenti lamunannya. Risau benar. Tak pernah secuak ini.

Zalya : Pucatnya. Hahahaha. Jangan risau la. Papa okay la.

Zahid melemparkan senyuman yang manis kepada Zalya dan mengiyakan saja apa yang diperkatakan. Sungguh, setiap kali mereka meluangkan masa bersama, tiada yang mampu mereka bualkan melainkan mengenai mereka sahaja. Bahagia semakin terasa dan setiap detik itu sangatlah mereka hargai.

***

Azeri : Wanginya. Ni baru petang. Kau nak ke mana Zahid?

Zahid : Menuju masa depan.

Azeri : Amboi. Berfalsafah pula. Betul-betulnya nak ke mana?

Zahid : Bapak mentua aku. Ada tips tak? Aku cuak doh.

Azeri : Hahaha. Relaks je. Bapak dia memang kenal kau ke?

Zahid : Aku kenal la sebab cikgu aku dulu. Tapi tak pasti pulak aku dia ingat aku ke tak.

Azeri : Owh. Bapaknya cikgu sekolah kau? Sekolah yang sama kau sekolah dengan dia?

Zahid mengangguk. Azeri kelihatan serious tentang hal itu. Dikongsinya serba sedikit pengalaman dan tema-tema yang bersesuaian untuk dibualkan dengan orang tua. Zahid berasa sedikit lega walaupun dadanya masih berombak. Gementar.

Hingga Ke Penghabisanजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें