BAB 11

34 3 0
                                    

LET'S SEE... :3

~~



"Assalamualaikum Lisya,"

Farah memandang lelaki yang betul-betul berada di hadapannya itu yang sudah menjadi suaminya. Dialah yang akan menjadi imamku nanti. Ya Allah, kau bukakkanlah hatiku untuknya..

"Waalaikumusalam.." jawab Farah perlahan. Emil tersenyum bahagia. Ah, abang betul-betul cintakan Lisya!

Tangan kanan Emil mencari tangan kiri isterinya itu lalu digenggam kemas. Dia tersenyum bila beberapa orang memintanya berdiri di situ untuk diambil gambar sebagai kenangan. Dia menarik Farah supaya berada sedikit dekat dengannya. Hatinya senang bila Farah hanya menurut.

"Senyum sayang.." bisik Emil perlahan. Dengan serta-merta bibir Farah melemparkan senyuman kearah camera-camera yang berada di sekeliling mereka. Auw, macam artis pulak dia rasa!

"Good girl.."

Farah hanya menahan rasa dengan kata-kata suaminya itu. Amboi, dia ingat kita ni apa siap cakap macam tu. Emil tersenyum. Dia memulakan langkah kananya untuk menaiki rumah mertuanya itu. Eleeya dan lelaki di sebelah Emil menurut di belakang pengantin tersebut.

"Rasa macam kita pulak pengantinnya, kan?"

Eleeya menjeling lelaki di sebelahnya itu. Dia mengetap bibir,

"Hmmp, jangan nak perasan sangat, ya!"

"Eh betul apa? Tak apalah, sekarang kita jadi pengapit je dulu. Kot-kot nanti seru kita berdua sampai kan? Haa, time tu masa untuk kita berdua pulak!" balas lelaki itu dengan masih menggunakan nada yang sama. Perbualan mereka hanya di dengari oleh mereka sahaja.

"Kalau ya pun seru saya sampai, inshaAllah bukan dengan awak." Eleeya membalas geram.

"Heh, kita tengok nanti, siapa husband awak tu!"

Eleeya tidak sempat membalas kata-kata lelaki tersebut bila laluan mereka berpisah. Dia naik keatas pelamin disebelah Farah manakala lelaki itu menuju kearah Emil. Dia menjeling bila lelaki tersebut mengeyit mata kearahnya sambil senyuman nakal menghiasi bibir lelaki tersebut. Dia mengaku bahawa lelaki itu boleh menggetarkan hati perempuannya itu tapi bila berhadapan dan mengenali sikap 'ulat bulu' lelaki itu buat dia naik muak. Terlebih gatal!

Persandingan berlansung hampir sejam sehingga habis satu bungkus tisu yang digunakan oleh Eleeya untuk mengesat peluh di wajah temannya itu. Ish ish kesian betul jadi pengantin ni. Mesti tak tahan panas dengan bajunya yang berbelit-belit tambah lagi dengan tudung, selendang apa semua memang basah betullah. Nasib baik ada kipas di sebelah mereka sehingga boleh menghilangkan kepanasan mereka. Kalau nak di harapkan Eleeya untuk mengipas dia jangan harap. Kipas untuk dikipaskan kepada pengantin dikipaskan pada dirinya sendiri pulak. Memang nasiblah dapat pengapit seperti Eleeya. Bila dia membisikkan hal tersebut, Eleeya tersenggih seperti kerang busuk lalu mengipasnya tapi selepas lima minit dikipaskan pada dirinya sendiri pulak. Naik pening kepalanya memikirkan semua itu. Nampaknya dia sudah tersalah memilih pengapit untuk dirinya!

Sepanjang persandingan berlangsung Emil langsung tidak menghentikan senyuman yang terukir dibibirnya. Dia bahagia. Dia betul-betul bahagia! Inilah yang selama ini menjadi mimpi-mimpi di malam harinya. Hari ini mimpi itu telah menjadi kenyataan. Betapa indahnya hidupnya sekarang! Dia mengerling kearah isterinya yang turut tersenyum. Adakah dia pun bahagia seperti dirinya? Adakah ini juga menjadi impian isterinya juga??

"Okay, sekarang kita makan beradab pula, ya?" Puan Ain membuka suara. Eleeya mengangguk. Dia menolong Farah untuk bangun dari tempat duduknya. Bimbang jika kaki temannya sudah menjadi kebas. Karang tak pepasal tegolek di situ. Memang tergelak tergolek jugaklah dia dekat situ. Pengantin perempuan tergolek di pelamin sebab kaki kerana duduk terlalu lama di kerusi pelamin?? Wow, hot story punya! Hahaha..

"Bro, tak sangka letih jugak ya jadi pengantin ni?" Emil memandang sekilas kearah Nazreil yang selama ini menjadi pengapitnya.

"Ceh ayat macam kau pulak yang jadi pengantin hari ni!"

"Sentap nampak! Woi, aku yang jadi pengapit ni pun boleh rasa penat, mesti kau yang jadi pengantin ni berganda-ganda penat dari aku, kan? Tapi, mana aci wei kau duduk je dari tadi tak macam aku yang jadi tiang kat sini." Balas Nazreil dengan nada membisik sambil membetulkan baju melayu Emil bila Emil bangun dari kerusi.

"Dah memanglah. Nama pun pengapit, kan? Aku raja hari ni memanglah kena duduk sini. Tak bengong ke nak bagi pengapit duduk atas kerusi, aku dengan isteri aku tu duk tempat kau tu? Agak-agaklah wei.."

Nazreil mengetap bibirnya cuba menahan ketawa. Ish, kadang-kala abangnya itu senggal jugak! Bila jadi suami orang ni makin senggal pulak dia tengok!

" Senggal betullah kau ni, bro!"

Emil menjeling kearah Nazrei,

" Amboi mulut. Macam tak ada insurans pulak aku dengar," Nazreil tersenggih. Mereka turun dari pelamin. Sekali lagi Emil mecapai tangan isterinya lalu digenggam. Eleeya tersenyum senang. Dia gembira sebab dia yakin lelaki itu boleh menjadi suami yang penyayang buat sahabat baiknya itu. Bahagialah kau nanti Farah!


****

HAHA jujur Daisy suka relationship antara Emil dengan adik dia, Arey. Dua2 gila2. Hahaaa

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now