BAB 4

48 4 0
                                    


"Hah bila kamu sampai, Emil?"

Emil menghulurkan tangannya kepada Encik Sulaiman yang berada di tangga rumah mereka itu. Dia menganggukkan kepalanya sedikit kearah Puan Ain yang berada di sebelah suaminya.

"Emil sampai pagi tadi, abah. Abah dengan ibu sihat?"

"Kami baik-baik je, Emil. Macam kamu lihat sekaranglah. Kami ni dah tua, kadang-kadang sihat, kadang-kadang sakit. Biasalah tu," balas Puan Ain mesra sambil memandang bakal menantunya itu. Dia menjemput Emil masuk ke rumahnya.

"Kamu datang ke kampung ni sebab apa Emil? Kerja ke??" soal Encik Sulaiman sambil menyambut huluran air yang dihulurkan oleh Puan Ain.

"Haah abah. Papa ada buat satu projek dekat-dekat kawasan sini. Yang tu Emil datang."

Encik Sulaiman menganggukan kepalanya. Mereka terus berbual panjang. Puan Ain tersenyum senang memandang Emil yang berada dihadapannya itu. Dia bersyukur kerana anaknya dapat mempersuamikan lelaki tersebut. Dia yakin bakal menantunya itu boleh menjanjikan kebahagiaan anak kesayangannya. Hampir sejam mereka berbual membuatkan Emil mula merasakan keselesaan berada di rumah tersebut. Dia senang dengan layanan yang diberikan oleh bakal mertuanya itu.

"Hah, itu mesti Farah yang minta ambil dia dari sekolah."

Kata-kata dari Puan Ain menarik perhatian Emil yang sedang menghabiskan minuman dihadapannya. Dia memandang Puan Ain.

"Biasalah Emil. Waktu-waktu ni memang Farah yang akan telefon. Waktu sekolahnya sudah lama habis tapi biasalah, exam sudah nak hampir jadi dia duduk lama sikit kat sekolah. Mengulangkaji katanya." Jelas Encik Sulaiman seperti dapat membaca apa yang difikirkan oleh Emil. Emil yang mendengar menganggukan kepalanya.

"Kalau macam tu abah, biar Emil jelah yang pergi ambik Farah. Boleh tak abah, ibu?" Emil memberanikan dirinya untuk menanyakan perkara yang berada dikepalanya itu. Dia tersenyum bila mendengar persetujuan daripada mereka. Yes! Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan tunangnya itu. Semenjak dia datang kerumah itu, dia memang mencari seseorang yang dirinduinya selama ini tapi sayang bila dapat tahu bahawa tunangnya itu masih berada di sekolah. Walau ikutkan rasa penatnya yang masih terasa di badannya ingin sahaja dia sambung tidur di rumah neneknya tetapi atas sebab rasa rindunya yang sudah tidak dapat ditanggung olehnya telah memaksa dirinya untuk memberanikan diri pergi ke rumah bakal mertuanya itu tetapi hampa bila orang yang ingin dilihatnya tidak menunjukkan batang hidung.

"Emil tahu tak dekat mana sekolah Farah tu??" Soal Puan Ain kepada bakal menantunya itu yang sudah membuka pintu keretanya. Emil mengangkat mukanya memadang kearah Puan Ain. Dia tersenggih. Stupid me! Dia lupa yang dia ni tidak tahu dimana tunangnya sekolah. Kenapalah dia ni gelojoh sangat. Sekarang tengok, kan dah malu dengan bakal mertua sendiri!

"Err.. Emil tak tahulah ibu. Lupa pula nak tanya ibu."

"Emil. Emil. Nasib baik kamu tak pergi lagi. Amboi, takkan tak sabar-sabar nak jumpa anak ibu tu," usik Puan Ain. Encik Sulaiman tersenggih. Faham apa yang berada di hati anak muda dihadapannya itu. Emil mula rasa mukanya membahang. Bukan kerana cuaca panas yang dirasakan tetapi kerana perasaan malu yang mula meresap di seluruh tubuhnya itu.

"Sudah-sudahlah. Kesian pula abah tengok kamu ni Emil. Kamu kenal tak SMK Kuala Terengganu II? Hah, itulah sekolah dia," sampuk Encik Sulaiman apabila melihat Emil yang terkebil-kebil dibawah pancaran matahari itu. Dia tersenggih.

"Err.. Emil kenal. Sekolah tu ya abah?? Kalau macam tu, Emil gerak dulu, ya??" balas Emil sambil tersenggih. Dia menggarukan kepalanya sebelum masuk ke keretanya itu. Adoi, tak pepasal kena dengan abah dan ibunya itu!

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now