"Gadis Misteri Dalam Mimpi"

33 1 0
                                    

Pernah sesekali Kamal cuba merungkai mimpi disebalik tidurnya yang seringkali menjadi tanda tanya kepada seorang gadis yang tidak bernama selalu muncul tak kala beliau melelapkan mata. Hari demi hari tidurnya bagaikan satu drama bersiri yang amatlah panjang hinggakan Kamal lebih suka tidur dari melakukan pekerjaan harianya semata-mata untuk menantikan kehadiran gadis misteri itu dalam mimpinya.

Kisahnya Kamal merupakan  seorang anak bujang seperti mana orang lain biasa dan menginginkan dambaan seorang kekasih, tapi malangnya belum ditakdirkan beliau untuk punyai kekasih. Kamal kerap kali di reject oleh perempuan yang dia minat, nak kata Kamal ni tak handsome, handsome tu ada manis pom ada, mungkin nasibnya tidak seperti kawan-kawan yang lain, walaupun begitu Kamal tidak pernah sesekali menyalahkan takdir dan beliau tahu jodoh semuanya ketentuan ilahi. Seringkali ditertawakan oleh rakan-rakanya, namun Kamal tidak mengendahkan nya dan ada juga rakan-rakan yang suka menyakat Kamal dan menyuruh beliau "MANDI BUNGA", tapi itu hanyalah gurauan baginya.

Pada suatu hari, Kamal yang ketika itu sudah letih setelah penat seharian berkerja pulang ke rumah, setibanya beliau di rumah, dia telah di sapa oleh ibunya "Eh Kamu Dah Balik Kamal?" lantas Kamal menganguk kepala yang lesu, tanpa membuka pakaian kerjanya Kamal terus melabuhkan tirai melelapkan matanya diatas sofa di ruang tamu, tak berapa ketika sedang lena diulik nyenyak, Kamal sekali lagi telah di sapa oleh seorang gadis yang sangat lah cantik, Kecantikan luar biasa yang ada pada gadis tersebut membuatkan Kamal jadi tidak keruan.

Setahu Kamal dia tidak pernah lagi melihat gadis secantik itu, dek kerana sikapnya yang bersahaja, Kamal cuba menyapa gadis tersebut dan ingin tahu mengapakah, siapakah dan kenapa dia muncul dalam mimpi Kamal. Namun ianya tidaklah semudah itu kerana gadis tersebut hilang dengan tiba-tiba saat Kamal baru hendak membuka mulut, Seolah-olah gadis tersebut tahu apa yang Kamal inginkan. "PANG" pipi kamal ditepuk oleh ibunya "Kamu Ni Kamal Kalau Ya Pun Nak Tidur Pergilah Mandi Dahulu". Kamal bangun dari tidur terus berjalan naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Selesai mandi dan solat Kamal turun ke bawah untuk makan malam yang telah disediakan oleh ibunya. Ketika sedang enak menjamu selera berdua dengan ibunya, bunyi ketukan pintu rumah "KUK-KUK" dan ada yang memberikan salam "Assalammualaikum", Kamal terus berdiri dan berjalan ke pintu rumahnya, dia membuka pintu dan melihat muka ayahnya yang keletihan pada masa itu baru pulang dari kerja. Ajak kamal "Yah jom la makan sekali" dan ayahnya Kamal ke meja dan makan malam bersama. Tiada aktiviti lain selepas makan malam, mereka anak beranak akan duduk di ruangtamu dan menonton televisyen sambil berborak kosong, ibunya teringan mulut bertanya "Kamal kamu bila hendak ada kekasih", dan kamal hanya tersenyum melihat ayahnya yang sedang khusyuk menonton tv. Kamal menjawab soalan ibunya tadi, "Ala bu kalau ada jodoh nanti Kamal bawa lah jumpa ibu ayah" Kamal bangkit dan terus berjalan masuk ke dalam biliknya, Niat hatinya cuma satu, ingin bertemu kembali gadis misteri yang hadir dalam mimpinya tadi.

Tanpa berlengah Kamal terus tutup lampu dan tarik selimut hingga ke dada, tanganya pula di dahi dengan bibir mulut tersengeh-sengeh mengingatkan kembali mimpinya tadi.

Kamal Perlahan-lahan cuba untuk menutup mata, dan berharap tidurnya kali ini akan membuahkan hasil untuk bertemu dengan gadis misteri itu, tak sampai beberapa minit Kamal lena diulit mimpi lagi. Dalam keadaan samar-samar dia terpandang sebuah pondok di  tengah padang rumput yang seluas mata memandang, langkah demi langkah Kamal menyusun kemas menuju ke arah pondok itu.

Betul sangkaanya, Kamal akhirnya temui gadis misteri itu yang pada ketika itu seolah-olah sedang menanti Kamal kembali, kali ni Kamal lebih berani untuk mendekati gadis tersebut dengan harapan tinggi nya itu untuk mengetahui identiti sebenar siapakah gadis misteri itu.

"Assalammualaikum Cik Adik" Ucap Kamal kepada si gadis misteri itu,

"Boleh saya tahu siapakah gerangan cik adik" kata Kamal lagi. Tapi gadis tersebut hanya diam seperti bisu. Ermm kalau awak tak nak bagitahu tak apa lah kata Kamal. "Nama saya Kamal" dan saya cuma nak tahu kenapa tiap kali saya bermimpi pasti kamu akan hadir?.

Soalan Kamal seperti tiada keputusan dan dia hampir kecewa dengan setiap soalan yang diajukan. Kamal akhirnya akur dan hendak melangkah pergi meninggalkan pondok tersebut, tiba-tiba terdengar suara perempuan itu memperkenalkan diri "Saya Adalah Awak Dan Awak Adalah Saya". Kamal yang kebingungan mendengar kata-kata gadis tersebut terus berpaling dan pergi lebih dekat kepada gadis itu. "Apa yang kamu katakan ini" saya tidak faham kata Kamal, Gadis itu hanya tersenyum melihat raut wajah Kamal yang pada masa itu seperti hairan dan pelik.

Tapi Kamal tidak berputus asa, dia tetap berkeras untuk mendapatkan jawapan siapakah gadis misteri itu.

Bersambung....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GADIS MISTERI DALAM MIMPIWhere stories live. Discover now