8 | Rule

6.8K 388 100
                                    

POV ASLAN

APA yang aku dah buat?

Apa yang dah berlaku tadi?

Daneen yang terlena aku pandang lama. Rambut yang menutup sedikit wajahnya aku selak. Tangan tak dapat aku tahan untuk mengelus pipinya. Jelas ada warna merah muda menghiasi.

Aku percaya itu hasil ledakan 'rasa' yang berlaku lebih daripada sekali tadi.

Cantik.

Sangat cantik.

Jari perlahan-lahan bergerak ke lehernya. Menuruni dada dan akhirnya berhenti di tangannya. Penuh berhati-hati salah satu jemari runcing yang tersarung cincin perkahwinan itu aku bawa ke bibir.

Daneen Medina.

My Daneen.

Aku tak pernah ada niat nak mainkan perasaan dia.

Aku tak pernah ada niat untuk tak sentuh dia.

Kalaulah dia tahu macam mana payah aku nak kawal diri hanya dengan melihat dia, dia takkan tuduh aku macam tu.

Dari malam pertama, aku mahu tubuhnya berada dalam dakapan aku.

Tak.

Aku mahukan dia dari hari pertama lagi.

Bunyi notifikasi iMessage buat kepala aku beralih ke meja sisi. Fon aku capai.

Gibb: Confirmed.

Heh, aku dah agak. Apa yang aku fikir selama ni memang betul.

Dahi Daneen aku kucup sebelum berdiri. Baju tee di atas lantai aku sarungkan ke tubuh. Nombor Gibb aku dail sambil berjalan menjauh dari katil.

Talian bersambung sebaik saja aku berada di depan sliding door.

"Apa yang kau cakap hari tu memang betul, Aslan."

"Aku tahu."

"Semuanya aku dah bagi dekat Xander."

"Good."

"Pasal satu lagi tu, aku perlukan masa."

"Berapa lama?"

"Aku tak sure."

Tubuh Daneen yang terbaring di katil aku pandang sekilas. Mengenangkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi pada dia buat dada aku sesak.

"Daneen tak boleh tahu, Gibb."

"For now. Sampai masa kau kena bagi tahu dia jugak."

Belakang leher yang mula tegang aku pegang. Aku belum bersedia.

"Aku tahu kau tak nak bagi tahu. Sebab Sarah, kan?"

"Kau tahu kenapa, Gibb. Daneen tak sepatutnya jadi mangsa dalam hal ni."

"Kau buat aku rasa bersalah, Aslan." Jelas suara Gibb mengeluh kasar.

Kalau Gibb sebagai abang rasa begitu, apatah lagi aku. Lagi-lagi lepas apa yang dah jadi antara aku dengan Daneen tadi.

"Aku tak nak Sarah dekat dengan Daneen. Aku tak nak dia rosakkan pelan aku. Daneen tak boleh tahu-tahu apa. Kau jumpa aku dekat hotel esok."

"Okey."

Dan, talian terus aku tamatkan.

Bila aku berpusing, kaki terhenti melangkah. Daneen dah terjaga. Dia sedang duduk memerhatikan aku tanpa lepas.

Dia dengar apa yang aku cakap tadi?

"You bercakap dengan siapa, Aslan?"

Good. Dia tak dengar.

"Sleep, Daneen. You dah banyak hilang tenaga lepas apa yang kita buat tadi." Sambil berjalan, aku campak fon ke sofa. Baju tee aku buka dan biarkan tersadai di lantai bilik.

Wajahnya mula memerah. Malu mungkin.

"You jawab call Sarah?"

Suara serak Daneen buat aku tersenyum sendiri. Seksi.

"Jadi betullah Sarah yang call." Daneen masih tak berhenti meneka.

Katil aku panjat dengan sekali langkah. Merapat dengan menggunakan lutut ke arahnya. Tubuhnya yang hanya dibaluti duvet itu sangatlah mengundang.

"You cemburu."

"Oh, I tak patut cemburu. Okey." Daneen menjeling.

Ah, Daneen. Kalaulah you tahu apa yang jelingan you tu boleh buat pada I.

Dagunya aku dongakkan. Mahu dia menatap wajah aku. Biar segala ekpresi yang terpamer pada mukanya dapat aku lihat.

"I have a rule, Daneen."

"What rule?"

Bibirnya yang sedikit bengkak itu aku hadiahkan kucupan. Hanya sekejap. Sekadar mahu menggoda.

"Tak ada nama lain yang boleh you sebut bila I berada di atas katil dengan you. Semua yang ada dekat tubuh you hak I. Semuanya perlukan kebenaran I terlebih dulu. Termasuk bibir you."

"Kalau I nak sebut jugak?"

Aku tahu Daneen tengah sembunyi senyum. Dia sengaja mencabar.

Tubuhnya aku tolak ke belakang. Dia dah terbaring menunggu apa yang aku nak buat seterusnya. Tangan aku letakkan di kiri dan kanan tubuhnya sebagai penghadang. Dia takkan dapat lari lagi.

She's mine.

Only mine.

"I akan buat you sampai tak ingat apa-apa, Daneen."
.
PS: Okay ni betul-betul last sebelum SK hold untuk menggua hahaha Teruskan komen and vote. Thank you juta-juta lemon!❤

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now