6 | Nothing

4K 352 56
                                    

PALSU.

Hanya senyuman palsu yang aku berikan bila flash lensa kamera menyinggah di sepanjang majlis berlangsung. Sedangkan dalam hati aku sebenarnya tengah berkecamuk.

Reputasi sebagai Mrs. Aslan kena aku jaga. Terlalu ramai yang memerhati tingkah laku aku, gadis spesial seperti yang dicanang media, iaitu isteri kepada Akid Aslan.

Heh, apa yang spesialnya pun tak tahulah.

Majlis resepsi dah tamat. Aslan masih lagi kelihatan berbual dengan beberapa orang tetamu. Sesekali matanya akan terarah kepada aku. Memerhati dari jauh.

Botol mineral di tangan aku buka penutupnya. Kepala sedikit mendongak ketika mahu meneguk. Hilang terus rasa dahaga bila air melalui tekak.

"Daneen."

Mendengar suara itu saja dah cukup buat aku rasa mahu menangis. Bila aku lihat dia yang dah berdiri di depan, laju aku meluru memeluknya. Entah macam mana, aku boleh terus teresak perlahan.

"Aik, baru 24 jam jadi isteri orang dah rindu I?"

Pelukan aku dia balas. Elusan lembut daripadanya di belakang tubuh buat aku makin sebak. Padahal, aku baru saja jumpa dia semasa di majlis akad nikah semalam.

"I missed you, Gibb."

Damn! Aku betul-betul rindu dia!

"I missed you too, little sister."

Bila Gibb kata macam tu lagilah aku emo. Sedaya upaya aku kawal esakan.

"Hey, what's wrong? Apa yang sedih sangat ni?"

Tangan Gibb menolak perlahan tubuh aku. Dia menunduk sedikit mahu melihat wajah yang aku cuba sorokkan.

"Look at me, Daneen. Tengok along." Suara Gibb tak dah selembut tadi. Kini lebih tegas.

Lambat-lambat aku angkat pandangan. Pipi yang basah aku lap.

"You menangis bukan sebab rindukan along je. Ada sebab lain. What?" Kening Gibb mula berkerut.

"Nothing."

"Tipu. Aslan, kan? Dia buat apa dekat you?"

"Nothing. He did nothing." Air mata yang jatuh aku seka.

Aku cuba larikan pandangan daripada Gibb. Tapi, sayangnya bertembung dengan Aslan pula. Renungannya dari jauh itu mula mengecil. Tajam.

"Did he hurt you?"

Aku menggeleng.

Secara fizikalnya, tak. Kalau emosi, ya.

Baru 24 jam menjadi isterinya, perasaan aku dah macam apa saja. Tak tahu apa motif Aslan. Dia seolah-olah sengaja mahu menguji hati aku. Tak, bukan menguji. Tapi, mendera.

Mendera perasaan aku.

Gibb mengeluh perlahan.

"I'm so sorry kalau you rasa terpaksa ikut kemahuan along. Tapi, along tak pernah menyesal pilih Aslan sebagai husband you. Dia yang paling layak. To protect you."

"From what?"

Gibb tak menjawab, senyap mengunci jawapan.

"Dia nak protect I daripada apa, along?" Aku sedikit mendesak.

"Dia husband you. Of course tugas dia protect you, Daneen."

"Along percayakan dia?"

"Lebih daripada nyawa along sendiri."

Jawapan Gibb buat aku terdiam. Sampai macam tu sekali?

"Tapi, kenapa mesti Aslan? Along ada rahsiakan sesuatu, kan? Perkahwinan ni ada sebabnya. Apa dia? Aslan yang paksa along?"

Kalau tak, takkanlah Aslan berani ugut aku untuk jatuhkan Gibb kalau aku tak sign dokumen tu!

Tapi, dokumen tu...

"Gibb."

Gibb berpaling. Aku yakin dia juga memandang ke arah yang sama. Kepada Aslan yang berjalan mendekati kami.

Sedikit cuak aku bila tengok Gibb berhadapan dengan Aslan. Kalau sebelum ini mereka berdua itu kawan baik, sekarang keadaan seperti dah berubah.

Apa yang dah jadi dengan mereka berdua ni?

"Aslan." Gibb mengangguk sedikit. Riaknya nampak sedikit tegang.

Aslan pula berlagak selamba. Berdiri dengan tangan di belakang. Senyum senget dia tarik. Atau lebih tepatnya, sinis.

"Aku ingat kau dah balik." Pandangan Aslan setara dengan Gibb.

"Aku nak jumpa adik aku kejap. Dan, aku nak jumpa kau sekali."

"Shoot. Cakap apa yang kau nak cakap, Gibb." Sempat Aslan mengerling melihat aku.

Gibb merapatkan jarak. Dia bisikkan sesuatu kepada Aslan.

Walaupun aku berada dekat di situ, tapi sepatah haram pun aku tak dengar.

Aslan aku tengok membalas kata-kata Gibb. Pendek saja tapi cukup untuk buat muka along aku tu berubah.

Bahu Gibb ditepuk-tepuk Aslan. Aku tak tahu apa maksudnya. Kemudian, dia menuju ke arah aku pula. Tangan aku diraih, digenggamnya erat.

"You cakap apa dekat Gibb, Aslan?"

Tak ada jawapan yang aku dapat. Hanya jelingan garang saja yang Aslan beri.

Sebaik saja melintasi Gibb, dia berhenti menapak. Riaknya serius.

"Daneen adik kau. Sampai bila-bila. Dan, dia jugak isteri aku. Sampai bila-bila. Kau ingat tu."

Aku pandang Aslan. Kemudian, Gibb pula.

"Aku tak lupa, Aslan. Aku pegang janji kau tu. Tapi..."

"Tak ada 'tapi' dalam hidup aku, Gibb. Kau tahu apa yang aku mampu buat."

Gibb terlihat senyap sebelum mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Aslan. Begitu juga Aslan. Seperti mencapai kata sepakat dalam diam.

"We're leaving." Aslan terus buka langkah.

Sekaligus, menarik aku mengikutnya sekali.

"Take care, little sister." Itu pula pesanan yang Gibb titipkan.

Oh, God. Sumpah, aku stres.

Apa yang dia orang rahsiakan daripada aku sebenarnya?!
.
PS: Ampun sebab lambat update. Jangan lupa komen and vote ya. 150 vote untuk next part. Thank you!❤

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now