4 | Alasan

3.9K 348 70
                                    

AKU duduk bersandar di kepala katil. Dalam hati tengah mengomel-omel pasal Aslan. Ingatkan luggage saja. Rupa-rupanya, dengan aku punya handbag sekali dia pergi sorok.

Dan, paling aku hangin, satu telefon pun aku tak jumpa dalam penthouse hotel ni. Nampak sangat dia tak mahu aku lari.

Haisy, memang membelit betul otak si Aslan ni tau!

Aslan yang baru keluar dari ruangan wardrobe mendekat dengan renungan tajam memerhati. Tengok orang macam nak telan!

"Tunggu I nak tidur sekali?"

"Tolong sikit. Tak ada maknanya." Mata aku julingkan.

Aslan hanya tarik senyum sinis.

Aku kerling dia yang meletakkan fon di meja sisi. Sebelum mengambil tempat di sebelah aku. Pakaiannya dah bertukar. Berbaju tee hitam dan jogger pants kelabu gelap.

Jujurnya, dia nampak...

Lain.

Sepanjang aku kenal Aslan, selalunya aku tengok dia dalam persalinan korporat. Dekat luar pula kalau tak berkemeja, mesti berbaju tee berkolar. Bila dia begini, satu pemandangan yang rare bagi aku sebenarnya.

"Tak payah nak tayang muka tak puas hati macam tu. Lagi baik you tidur." Aslan mula rebahkan badan. Duvet ditarik sehingga ke paras pinggang.

Eee, geramnya aku. Dia punya selamba tu macam tak ada apa yang berlaku!

Tangan aku bawa memeluk tubuh. Dalam keadaan begini, mana mahunya mata aku nak lelap. Lepas macam-macam yang dia buat tadi, boleh jamin ke dia tak buat perangai lagi?

"I takkan buat apa-apa, Daneen." Aslan bersuara dengan mata yang terpejam.

"Yalah tu. I tak percaya."

"Tapi, hanya untuk malam ni."

Hah? Dah tu? Esok? Untuk malam-malam lain? Dia nak buat apa-apalah dekat aku?

"I'm your husband. And, you're my wife. You expect I takkan sentuh you?"

Hampir tercekik aku bila ayat itu menerjah telinga. Cukup hanya dengan kata-kata, Aslan berjaya buat hati aku tak tenang. Debaran dalam dada tunggang-langgang jadinya.

"I silap."

Aku menoleh. Tergamam sekejap bila mata bertembung dengannya.

"I ingatkan gaun tidur nipis tu akan buat you nampak seksi. Tapi, tak. Bila tengok baju I di tubuh you, lagi buat I rasa tertarik."

Erk.

Aku pandang diri sendiri.

Memang baju yang aku pakai ini bajunya. Jogger pants besar ini juga miliknya. Aku tak tahu apa yang buat dia lupakan tentang gaun tidur yang seram tu. Tahu-tahu saja dia berikan pakaiannya ini sekali dengan fail hitam tadi.

"Kalaulah you tahu apa yang I nak buat dekat you sekarang ni, Daneen."

"No! I tak nak tahu." Laju aku membalas. Serius, aku tak mahu tahu!

"I memang takkan bagi tahu. I takut you pengsan kalau tahu."

Terbesar bukaan mata aku.

Aaaa, apa kena dia ni? Nak dera emosi dan perasaan aku ke apa?!

Aslan tergelak perlahan.

Melihatnya begitu, aku rasa lain pula. Dia nampak sangat-sangat...

"Good night, wife."

Mata Aslan terpejam sekali lagi. Dia mula selesakan diri. Kedua-dua tangan diangkat dan ditindih di bawah kepala. Membuatkan segala otot tangannya terbentuk jelas.

Terkebil-kebil sekejap aku. Sebelum kelam-kabut larikan pandangan ke tempat lain. Tapi, tak boleh. Mata tetap juga nak melihat ke situ.

Ah, Aslan ni makhluk apa? Kenapa gaya tidur pun nampak sesuatu sangat?

Ke, aku yang dah tak betul?

Haih, tak boleh jadi ni. Karang aku juga yang tak boleh tidur.

"Aslan." Hujung tangannya aku cuit.

"Hmmm." Aslan menggumam dengan mata terpejam.

"Boleh tak kalau tidur tu you tutup ketiak? Tangan kepit rapat-rapat ke sisi?"

"Why? Bukan ada bau pun."

"Memanglah. Tapi..." Ayat termati sendiri. Aku tak tahu nak terangkan macam mana.

Mata Aslan tiba-tiba terbuka. Dia pandang dengan sebelah keningnya terangkat.

"Tapi apa, Daneen?"

Aku lepaskan nafas yang tadinya terasa tersekat. Haisy, susahlah nak explain!

"I takkan ikut cakap you tanpa alasan yang kukuh."

"Errr, sebab..." Alahhh, nak bagi alasan apa ni?

"I'm waiting, Daneen."

"Sebab I tak sukalah. I tak suka you tayang ketiak macam tu." Ah, bedal jelah!

Aslan buat-buat tak dengar. Lagi dia sengaja tegangkan otot tangan dia tu adalah.

"Aslan, you..."

"Am I too hot for you?" Pipi kiri Aslan ternaik sedikit, mengejek.

Terkedu aku jadinya.

Alamak, tekaannya itu betullah pula!

"Oh, please. Jangan nak perasanlah!" Cepat-cepat aku cover.

Tubuh terus aku jatuhkan dan berbaring membelakanginya. Muka aku tutup dengan duvet.

Dia yang perasan, tapi pipi aku pula yang panas. Arrghhhh, apa kena aku ni?

Dalam tengah berperang dengan perasaan sendiri, aku terdengar fon Aslan berbunyi. Lama dan kemudian terhenti sendiri. Bermakna Aslan sengaja tak mahu menjawab panggilan tersebut.

Tak sampai dua saat, fon Aslan berbunyi lagi. Kali ini, ada pergerakan dari sebelah. Bunyi deringan mati dan suara Aslan mula kedengaran.

"What do you want?" Keras nada Aslan menyoal.

Emmm, siapa yang call tu ya? Curious pula aku.

"You tahu ke tidak sekarang ni pukul berapa?"

Hah, tahu tak apa. Ni dah pagi buta dah kut.

"Don't start it, Sarah. Don't you dare!"

Sarah? Sarah yang call?

Aku dapat rasa Aslan bergerak bangun dari katil. Dari saat bertukar kepada minit. Dan, aku tak tahu dah berapa lama masa berlalu.

Bila aku selak duvet dan menoleh, tempat Aslan masih kosong. Malah, kelibatnya di ruangan itu langsung tak kelihatan.

Dia ke mana?

.

PS: Agak-agak siapa Sarah tu? Hihihi! Do comment and vote okay! 150 vote untuk next part. Happy reading!❤️

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now